Ali Setan 2
Filem romantik komedi Malaysia 1986 arahan Yassin Salleh
Ali Setan 2 ialah sebuah filem Malaysia yang ditayangkan pada 1986 dan merupakan sambungan kepada filem Ali Setan.
Ia diterbitkan pada tahun 1986.
SinopsisSunting
Setelah menerima ijazah, Ali dan Asmidar bercadang mahu mendirikan rumahtangga. Bagaimanapun, Jeff telah menyebabkan perkahwinan mereka dibatalkan kerana Jeff telah menceritakan latar belakang Ali kepada ayah Asmidar. Ayah Asmidar, memaksanya berkahwin dengan Jeff. Selepas beberapa bulan, Jeff telah menceraikan Asmidar kerana perkahwinan mereka tidak bahagia. Asmidar dan Ali bertemu dan bersatu semula.
PelakonSunting
- Azmil Mustapha sebagai Ali
- Sharifah Shalina @Shasha sebagai Asmidar
- Izi Yahya sebagai Jeff
- Liza Abdullah sebagai Aini
- Ebby Saiful sebagai Latiff
- Shah Rezza sebagai Jali
- Dayangku Intan sebagai Tipah
- Baharuddin Omar sebagai Bapa Asmidar
TriviaSunting
- Shasha menggantikan Fauziah Ahmad Daud untuk watak Asmidar.
- Dayang Ku Intan menggantikan Sheila Majid untuk watak Tipah.