Ali bin Abi Talib

Sahabat Muhammad, Khalifah Islam keempat


Saidina Ali bin Abi Talib (Arab: علي بن أبي طالب[1] nama Sebenarnya ialah ('Ali bin Abi Thalib bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdul Manaf); 13 Rejab, 22 atau 16 SH – 21 Ramadan, 40 H; 20 September 601[1] atau 17 Julai 607 – 31 Januari 661 Masihi)[2]) ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. selepas mengahwini puteri Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra. Beliau merupakan Khulafa al-Rasyidin yang keempat, memerintah dari tahun 656 hingga 661 Masihi. Penganut Syiah mengganggap beliau sebagai Imam pertama dan waris sah selepas Rasulullah SAW.

Kaligrafi khat melambangkan Ali.

Kehidupan awal sunting

Sayyidina Ali R.A dilahirkan dalam Ka'abah oleh ibu baginda Fatima bint Asad di Makkah pada tahun 601. Bapa Sayyidina Ali, Abu Talib ialah pembesar puak Quraisy dan juga bapa saudara kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa baginda Nabi Muhammad S.A.W. menerima wahyu daripada Allah s.w.t., Sayyidina Ali R.A merupakan kanak-kanak dan lelaki yang pertama memeluk Islam.

Sayyidina Ali R.A sentiasa menyokong Nabi Muhammad S.A.W. semasa kezaliman terhadap orang Muslim berlaku. Pada tahun 622 Masihi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Saidina Ali R.A orang yang berani mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah S.A.W. lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh baginda.[3] Ali sendiri berhijrah beberapa tahun selepas itu.[2]

Sayyidina Ali di Madinah sunting

Semasa berlakunya Perang Badar, Sayyidina Ali menumpaskan seorang jaguh Quraisy iaitu Al Walid bin Utbah di samping askar-askar Makkah yang lain. disamping itu para sahabat Rasulullah s.a.w juga memainkan peranan yang penting di sisi Nabi sebagai pejuang agama Allah.

Beliau mengahwini Fatimah az-Zahra, anak kepada Rasulullah s.a.w. Ketika itu beliau berumur 25 tahun dan Siti Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya Saidina Ali menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar. walaupun begitu para sahabat lain seperti Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Abdul Rahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah SAW, kekasih yang amat mereka cintai.

Sepanjang sepuluh tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk Madinah, Saidina Ali senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam. Beliau menyertai semua peperangan bersama Rasullullah s.a.w kecuali Perang Tabuk. Beliau juga menjadi salah seorang hakim dan penulis wahyu baginda.

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. sunting

Semasa Sayyidina Ali sedang mempersiapkan jenazah Nabi Muhammad s.a.w. untuk dikebumikan dan melakukan upacara pengkebumiannya pada tahun 632 masihi, sekumpulan kecil orang Muslim bertemu di Saqifah. Di sana, Sayyidina Umar berjanji setia kepada Sayyidina Abu Bakar, yang kemudiannya mengambil alih kekuasaan politik. Perhimpunan di Saqifah telah mempertikaikan bahawa Rasulullah telah menetapkan Sayyidina Ali sebagai penggantinya.

Walaupun begitu, isu penggantian kepada Nabi Muhammad s.a.w. menyebabkan umat Islam berpecah menjadi dua kumpulan, Sunni dan Syiah. Sunni menegaskan bahawa walaupun Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah melantik pengganti, Sayyidina Abu Bakar dipilih sebagai khalifah pertama. Sunni mengiktiraf empat khalifah pertama sebagai penerus Nabi Muhammad. Syiah percaya bahawa Nabi Muhammad s.a.w. secara terang-terangan menamakan Sayyidina Ali sebagai penggantinya di Ghadir Khumm dan kepemimpinan Muslim adalah miliknya oleh perintah Tuhan, dan juga merupakan waris sah Rasulullah s.a.w. Bagaimanapun, Sayyidina Ali tidak berubah fikiran ketika akhirnya beliau setia kepada Sayyidina Abu Bakar dan kemudian kepada Sayyidina Umar dan Sayyidina Uthman, tetapi telah melakukannya demi kesatuan Islam, pada masa yang sama jelas bahawa umat Islam telah berpaling darinya. Sayyidina Ali juga percaya bahawa beliau dapat memenuhi peranan Imam tanpa berperang.

Menjadi khalifah ke-4 sunting

Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman bin Affan wafat kerana dibunuh oleh puak pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Pemberontakan mereka atas sebab tidak puas hati dengan Saidina Uthman yang dikatakan mengamalkan nepotisme dan menggunakan harta baitul mal untuk keluarganya. Atas keputusan ahli Syura mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.

Pentadbiran Saidina Ali sunting

Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah mencari pembunuh saidina Uthman mengikut saluran undang-undang Islam. dengan menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat.

Keluarnya Aisyah bersama Thalhah dan Az Zubair bin Al Awwam ke Bashrah dalam rangka mempersatukan kekuatan mereka bersama Ali bin Abi Thalib untuk menegakkan hukum qishash terhadap para pembunuh Utsman bin Affan. Hanya saja Ali bin Abi Thalib meminta penundaan untuk menunaikan permintaan qishash tersebut. Ini semua mereka lakukan berdasarkan ijtihad walaupun Ali bin Abi Thalib lebih mendekati kebenaran daripada mereka. (Daf'ul Kadzib 216-217)

Selepas itu, Saidina Ali melantik gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh Saidina Uthman. Saidina Ali memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah ke Kufah, Iraq. Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gabebor Syria dan saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi.

Muawiyah, yang menyimpan cita-cita politik yang besar, berpendapat bahawa siasatan berkenaan dengan pembunuhan Saidina Uthman adalah merupakan keutamaan bagi negara ketika itu dan beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Saidina Uthman dan pembunuh tersebut mestilah dihukum qisas. Bagi Saidina Ali, beliau berpendapat keadaan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasat kes pembunuhan Saidina Uthman. Muawiyah kemudiannnya menyatakan rasa kesal dengan kelambatan Saidina Ali menyiasat kematian Saidina Uthman, lalu melancarkan serangan ke atas Saidina Ali. Akhirnya terjadilah Perang Siffin di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Di dalam peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah Amru Al-Ash, Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash, Abdullah ibn Abbas.

 
Kesyahidan Imam Ali - Oleh Yousef Abdinejad

Ada di antara para sahabat bersikap berkecuali di dalam hal ini. Antaranya adalah Abdullah ibn Umar, Muhammad ibn Maslamah, Sa'ad ibn Abi Waqqas, Usamah ibn Zaid.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Ahmed 2005, halaman 234
  2. ^ a b "Alī ibn Abu Talib". Encyclopædia Iranica. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-07. Dicapai pada 2011-12-16.
  3. ^ Quran 2:207

Pautan luar sunting

Didahului oleh
Uthman bin Affan
Khalifah
Khulafa al-Rasyidin
(656661)
Diikuti oleh:
Muawiyah ibn Abu Sufyan