Alias Razak

ahli politik Malaysia

Yang Berhormat Dato' Dr. Haji Alias Razak adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Terengganu bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Di peringkat Kerajaan Negeri beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu.[1]

Yang Berhormat Dato' Dr. Haji

Alias Razak

DPMT, SMT (Terengganu)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuala Nerus, Terengganu
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehMohd Khairuddin Aman Razali
Majoriti29,765 (PRU-15)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu
Dalam jawatan
2018–2023
TimbalanAhmad Shah Muhamed
PortfolioKerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Bukit Tunggal
Dalam jawatan
2008–2023
Didahului oleh Mohd Nasir Ibrahim Fikri
Digantikan oleh Zaharudin Zaid
Majoriti2,344 (PRU-14)
652 (PRU-13)
336 (PRU-12)
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului oleh Mohamad Abu Bakar
Digantikan oleh Mohd Nasir Ibrahim Fikri
Butiran peribadi
Lahir1959 (umur 64–65)
Bukit Tunggal, Kuala Terengganu, Terengganu
KerakyatanMelayu
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganTo' Puan Hajah Fatimah Omar
Anak-anak10
PekerjaanAhli Politik

Latar Belakang sunting

Dr Alias Razak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, telah memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, 2008, 2013, dan 2018. Beliau juga memenangi kerusi Parlimen Kuala Nerus pada PRU ke-15 dengan majoriti 29,765 undi selepas mengalahkan tiga calon lain.

Dr Alias adalah Pesuruhjaya III Pas Terengganu yang pernah bertanggungjawab menyusun `road map’ pilihan raya dan manifesto Pas. Sejak 2018, beliau telah dilantik sebagai EXCO Perumahan, Kesihatan, dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri Terengganu.[2]

Beliau dilahirkan pada tahun 1959 dan telah berkahwin dengan Fatimah Omar. Mereka dikurniakan seramai 10 anak. Dr Alias mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Tunggal Kuala Terengganu dan meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Seberang Takir, Terengganu Ibrahim Fikri hingga Tingkatan 3. Seterusnya, beliau bersekolah di Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur (hingga matrikulasi) sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perubatan.

Selepas tamat pengajian, beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Kuala Terengganu, Pusat Kesihatan Marang Terengganu, dan Hospital daerah Besut termasuk sebagai Pegawai Kesihatan Epedemiologi Terengganu. Kemudian, beliau dilantik sebagai Pengarah Hospital Kemaman dan memiliki sebuah klinik swasta.

Di pentas politik, Dr. Alias turut memegang jawatan Pengerusi MTD ,PAS DUN Bukit Tunggal. Pada PRU14, beliau berjaya memenangi kerusi dengan mendapat 8,308 undi, mengalahkan Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad daripada parti Barisan Nasional yang hanya mendapat 5,964 undi, dengan majoriti undi sebanyak 2,344.

Anugerah dan penghargaan sunting

  •   Terengganu
    • Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) - 2022[3]
    • Setia Mahkota Terengganu (S.M.T.) - 2019[4]

Rujukan sunting

  1. ^ Senarai EXCO Terengganu
  2. ^ Dr Alias Razak https://pru.sinarharian.com.my/calon/2713/dr-alias-razak
  3. ^ ZAID MOHD NOOR (14 Ogos 2022). "91 terima darjah, pingat hari keputeraan Sultan Terengganu". Utusan. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  4. ^ "MB, YDP DUN Terima Darjah Kebesaran Terengganu". TRDI. 22 Julai 2019. Dicapai pada 16 Ogos 2022.