Alice Norin

Pelakon wanita Indonesia

Alice Norin (lahir di Stavanger, Norway, 21 Jun 1987; umur 36 tahun) merupakan seorang model dan pelakon Indonesia.

Alice Norin
Kelahiran
Alice Norin

(1987-06-21) 21 Jun 1987 (umur 36)
Pekerjaan
Tahun aktif2000–kini
PasanganAudy Riri Mestika Rachman (k. 2007; c. 2009)
Alvin Yudhapatria (k. 2011)
Anak-anakPernikahan dengan Alvin Yudhapatria: 2

Biografi sunting

Alice memulakan kerjayanya dalam bidang peragaan sejak dia berumur 13 tahun. Selain peragaan, Wanita mulatto NorwayManadoSunda yang memeluk Islam sejak 2007 ini turut menceburi dunia lakonan dengan membintangi beberapa sinetron. Sinetron lakonan Alice iaitu, Wulan Bukan setakat layar kecil, anak sulung daripada 3 beradik itu turut menembusi skrin lebar. Filem pertama Alice adalah genre seram dengan tajuk Psikopat. Dalam filem pertama ini, Alice mendapat watak utama sebagai Mita. Dalam filem ini Alice berlakon dengan Sigit Hardadi dan Ferry Ixel arahan Rudi Aryanto, dan dihasilkan oleh Andi Ekim.

Selepas menerokai dunia model dan sinetron, Alice mencuba menjadi pengarah. Perkara ini tidak memeranjatkan kerana anak kepada Alfred Almendingan dan Sofie ini mengambil jurusan penyiaran. Alice bekerja pada klip video bertajuk Rusty Guitar, yang terdapat pada album Keluar Malam Repackage dimiliki oleh suaminya DJ Riri. Sudah lama, peminat warna merah dan hitam ini mengimpikan untuk menjadi pengarah.

Kehidupan peribadi sunting

Apabila kerjayanya mula meningkat, Alice secara mengejutkan memutuskan untuk berkahwin dengan DJ Riri pada 19 Januari 2007. Padahal ketika itu umurnya belum sampai 20 tahun. Akad nikah pasangan selebriti ini telah diadakan di rumah Alice di Bilangan Cipete pada pagi Jumaat, 19 Januari 2007 dengan mas kahwin satu set alat solat. Sementara itu, majlis resepsi gabungan dua budaya iaitu Norway dan Sunda telah diadakan di Masjid Pondok Indah. Baru-baru ini (April 2009), Alice Norin mengaku menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki bernama Agus Laksmono Sudwikatmono.[1]

Filmografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2005 Psikopat Mita Tobali Putra Production
2008 Ada Kamu, Aku Ada DJ di pantai Maxima Pictures
2009 Ketika Cinta Bertasbih Eliana Pramesti Alam SinemArt
Ketika Cinta Bertasbih 2
2018 Hanum & Rangga: Faith & the City Vera MD Pictures
2019 Kutuk Elena MD Pictures & Dee Company

Drama lipur lara sunting

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2003-2005 Dia Susi MD Entertainment
Marsha
2005—2006 Si Cantik dan Si Buruk Rupa (Eps. Ratapan Anak Tiri) SinemArt
2006 Putri Kembar
Bunga Kasih Sayang Melati
2006—2007 Wulan Aline
2007 Kasih Sheila
2008 Diva Mona
Assalamualaikum Cinta Alda
2010 Amanah dalam Cinta Alya
Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadhan Elliana
2011—2012 Anugerah Karin
Dewa Dita/Yola
2012 Asmara Nora
2012—2017 Tukang Bubur Naik Haji Rere
2016 7 Manusia Harimau New Generation Wiwit Lestari SinemArt (dengan label MNC Pictures)
2018 Mahluk Manis dalam Bis Dewi SinemArt
2019 Orang Ketiga Novi
Supir dan Majikan Lanny
Catatan
  • N/A : Not Available

FTV sunting

  • TV Movie: Awas Kalau Lebaran Ini Gak Mudik (2013)
  • TV Movie: Dimana Ibu Akan Tinggal (2014)
  • TV Movie: Pembantu dan Majikan (2015)

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2010 Festival Film Bandung Pemeran Pembantu Wanita Terpuji Film Bioskop Ketika Cinta Bertasbih Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Haryanto, Rachman. "Alice Norin Ngaku Intim dengan Anak Sudwikatmono". detikhot. Dicapai pada 23 Mei 2009.

Pautan luar sunting