Alicia Vikander

Pelakon wanita Sweden

Alicia Amanda Vikander (sebutan Sweden: [aˈliːsɪa aˈmanda vɪˈkandər]; lahir 3 Oktober 1988) ialah seorang pelakon dan penari wanita Sweden. Lahir dan membesar di Gothenburg, beliau mula berlakon pada usia muda di dalam pementasan di The Göteborg Opera dan berlatih sebagai penari balet di Sekolah Balet Diraja Sweden dan Sekolah Balet Amerika. Beliau memulakan karier profesional lakonan dengan muncul di dalam filem pendek dan siri televisyen Sweden. Beliau mula dikenali di Eropah Utara selepas peranannya sebagai Josefin Björn-Tegebrandt di dalam drama televisyen, Andra Avenyn (2008–10).

Alicia Vikander
Kelahiran
Alicia Amanda Vikander

(1988-10-03) 3 Oktober 1988 (umur 35)
WarganegaraSweden
Pusat pendidikanSekolah Balet Diraja Sweden
PekerjaanPelakon, penari
Tahun aktif2002–sekarang

Vikander membuat penampilan filem pertamanya di dalam filem Pure (2010) dimana beliau memenangi Anugerah Guldbagge untuk Pelakon Wanita Terbaik. Beliau mendapat pengiktirafan meluas pada tahun 2012 untuk lakonannya sebagai Puteri Ekaterina "Kitty" Alexandrovna Shcherbatskaya di dalam filem Anna Karenina dan Ratu Caroline Mathilde di dalam filem Denmark, A Royal Affair. Beliau kemudiannya membintangi filem Sweden tahun 2013, Hotell dan muncul di dalam filem biopik Julian Assange, The Fifth Estate.

Pada tahun 2014 dan 2015, Vikander mendapat pengiktirafan global dan pujian untuk peranan beliau sebagai Vera Brittain di dalam filem Testament of Youth dan Ava di dalam filem Ex Machina dimana beliau menerima pencalonan Anugerah Golden Globe dan Anugerah BAFTA. Beliau melakonkan watak Gerda Wegener di dalam filem The Danish Girl dimana beliau memenangi Anugerah Akademi dan Anugerah Screen Actors Guild.

Kehidupan awal sunting

Vikander lahir di Gothenburg.[1] Beliau merupakan anak perempuan kepada Maria Fahl Vikander, seorang pelakon pementasan dan Svante Vikander, seorang ahli psikiatri. Ibu-bapa beliau datang dari perkampungan kecil di utara dan selatan Sweden.[2] Mereka berpisah ketika Vikander berumur dua bulan[3][4][5] dan beliau dibesarkan oleh ibunya. Beliau berketurunan Sweden dan Finland.[2]

Vikander memulakan karier beliau sebagai seorang pelakon ketika berumur tujuh tahun. Beliau membintangi sebuah penerbitan Kristina från Duvemåla di Opera Gothenburg; beliau berlakon di dalam pementasan ini selama tiga tahun setengah.[5] Beliau muncul di dalam beberapa muzikal di Opera seperti The Sound of Music dan Les Misérables. Pada tahun 1997, beliau mengambil bahagian di dalam rancangan nyanyian kanak-kanak TV4, Småstjärnorna.[6]

Vikander berlatih tarian balet sejak berumur sembilan tahun di Sekolah Balet Diraja Sweden yang terletak di Gothenburg. Ketika berumur 15 tahun, Vikander berpindah dari Gothenburg untuk berlatih di sekolah balet atasan di Stockholm. Beliau juga pernah berlatih di Sekolah Balet Amerika, Bandar Raya New York.[7] Beliau menjalani ujian untuk sekolah drama tetapi ditolak dua kali.[8] Pada satu ketika, Vikander pernah dipilih ke sekolah undang-undang tetapi beliau tidak pernah hadir untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang pelakon.[9]

Karier sunting

Awal karier sunting

Vikander memulakan kariernya dengan muncul di dalam beberapa filem pendek dan sir televisyen di negara asal beliau, Sweden.[10] Beliau dikenali di negara-negara Scandinavia menerusi peranannya dalam di drama televisyen popular Sweden, Andra Avenyn (2008–2010).

2010–2014 sunting

 
Vikander dan pengarah, Lisa Langseth di Festival Filem Cannes 2012

Vikander menerima pujian dalam penampilan filem pertamanya sebagai Katarina di dalam filem Sweden, Pure (2010). Menerusi filem ini, Vikander memenangi Anugerah Bintang Meningkat Naik pada tahun 2010 di Festival Filem Stockholm,[11] Anugerah Shooting Star di Festival Filem Antarabangsa Berlin[12] dan Anugerah Guldbagge bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik.[13] Pada tahun 2011, beliau mempunyai peranan sebagai Fragancia Fernandez di dalam filem The Crown Jewels.

Pada tahun 2012, Vikander mendapat perhatian antarabangsa selepas melakonkan watak Kitty di dalam filem Anna Karenina yang dibintangi oleh Keira Knightley. Filem ini ditayangkan di Festival Filem Toronto 2012 dan menerima ulasan positif.[14] Pada tahun itu, beliau juga membintangi sebagai Ratu Caroline Mathilde di dalam filem arahan Nikolaj Arcel, A Royal Affair. Filem ini ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-62 dan menerima pujian meluas.[15] Filem ini kemudiannya dicalonkan untuk Anugerah Akademi bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-85.[1][16]

Pada tahun 2013, beliau membintangi sebagai ahli Parti Lanun Jerman, Anke Domscheit-Berg di dalam filem The Fifth Estate.[17] Filem ini ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2013 pada 5 September 2013.[18] Beliau mempunyai peranan utama sebagai Erika di dalam filem Sweden, Hotell dimana beliau memenangi Anugerah Festival Filem Antarabangsa Marrakech untuk Pelakon Wanita Terbaik.[19]

Pada tahun 2014, beliau muncul di dalam filem thriller Australia, Son of a Gun. Filem ini ditayangkan di Australia pada 16 Oktober 2014 dan menerima ulasan bercampur[20] tetapi Vikander dipuji untuk persembahan lakonannya.[21]

2015–sekarang sunting

Pada tahun 2015, Vikander membintangi enam filem. Dalam filem pertamanya pada tahun tersebut, beliau mempunyai peranan sebagai Vera Brittain di dalam filem Testament of Youth. Testament of Youth diterima dengan baik selepas tayangan dengan ramai pengkritik filem memuji persembahan lakonan Vikander.[22][23] Untuk peranan beliau sebagai Brittain, Vikander dicalonkan Anugerah BIFA untuk Lakonan Terbaik oleh Pelakon Wanita dalam Filem Bebas British. Beliau juga melakonkan watak Alice Deane di dalam filem fantasi, Seventh Son (2015),[24] menyumbangkan suara untuk filem dokumentari Sweden, Ingrid Bergman: In Her Own Words (2015), mempunyai peranan utama di dalam filem The Man from U.N.C.L.E. dan muncul di dalam fo;em Burnt (2015).[25]

Vikander menerima pujian meluas untuk lakonannya sebagai Ava[26] di dalam filem Ex Machina dimana beliau menerima pencalonan Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Filem dan Anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Pembantu. Beliau juga dipuji untuk lakonannya sebagai Gerda Wegener di dalam filem The Danish Girl. Untuk peranannya sebagai Geda Wegener, beliau memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, menjadikan beliau pelakon wanita Sweden kedua untuk memenangi anugerah ini; Anugerah Screen Actors Guild dan Anugerah Filem Pilihan Pengkritik serta menerima pencalonan Anugerah Golden Globe dan Anugerah BAFTA.[27][28][29]

Pada tahun 2016, Vikander membintangi bersama Matt Damon di dalam filem Jason Bourne, sebuah filem arahan Paul Greengrass. Filem ini mula ditayangkan pada 29 Julai 2016.[30][31] Vikander kemudiannya muncul di dalam filem The Light Between Oceans (2016) bersama-sama Michael Fassbender dan Rachel Weisz. Filem ini mula ditayangkan di Amerika Syarikat pada 2 September 2016.[32][33]

Kehidupan peribadi sunting

Vikander menetap di London.[34] Sejak bulan Disember 2014, beliau mempunyai hubungan dengan pelakon, Michael Fassbender.[5]

Filmografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Nota
2006 Standing Outside Doors Alicia Filem pendek
2007 Darkness of Truth Sandra Svensson Filem pendek
2007 The Rain Penari Filem pendek
2008 My Name is Love Fredrika Filem pendek
2009 Susans längtan Wanita di pangsapuri Filem pendek
2010 Pure Katarina
2011 Jeu de chiennes Wanita Sweden Filem pendek
2011 The Crown Jewels Fragancia Fernandez
2012 A Royal Affair Caroline Mathilde
2012 Anna Karenina Kitty
2013 Hotell Erika
2013 The Fifth Estate Anke Domscheit-Berg
2014 Testament of Youth Vera Brittain
2014 Son of a Gun Tasha
2014 Seventh Son Alice Deane
2015 Ex Machina Ava
2015 Ingrid Bergman: In Her Own Words Pencerita Dokumentari
2015 The Man from U.N.C.L.E. Gaby Teller
2015 Burnt Anne Marie
2015 The Danish Girl Gerda Wegener
2016 Jason Bourne Ejen Heather Lee
The Light Between Oceans Isabel Sherbourne
2017 Tulip Fever Sophia
Submergence Danielle Flinders
Euphoria Ines
2018 Tomb Raider Lara Croft

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Nota
2002 Min balsamerade mor Ebba Du Rietz Filem televisyen
2005 En decemberdröm Tony 3 episod
2007 Levande föda Linda Minisiri
2007–2008 Andra Avenyn Jossan Tegebrandt Björn 39 episod
2008 Höök Katarina 2 episod

Anugerah dan pencalonan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Lawrence, Vanessa. "Alicia Vikander". W. Condé Nast: 71. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-01. Dicapai pada 2013-11-11.
  2. ^ a b Stated on Conan, 5 May 2015, can be viewed here, https://www.youtube.com/watch?v=gCD7aEBOQwE, starting at 26:42
  3. ^ MacNab, Geoffrey (2012-09-15). "Alicia Vikander – Make room for a new Swedish sensation". The Independent. Dicapai pada 2013-11-11.
  4. ^ "LĂśrdagsintervjun: ELLE mĂśter Alicia Vikander | ELLE". Elle.se. Dicapai pada 2014-06-17.
  5. ^ a b c Rob Haskell (2015-12-14). "Alicia Vikander: The Danish Girl Star Jumps Out of a Plane and Talks Overnight Fame". Vogue. Dicapai pada 2015-12-14.
  6. ^ Josefine Gustafsson (2016-02-29). "Alicia Vikander: Från "Småstjärnorna" till Oscarsvinnare". Ystads Allehanda. Dicapai pada 2016-02-29.
  7. ^ Horowitz, Josh. "Happy Sad Confused- Alicia Vikander". SoundCloud. Dicapai pada 2015-06-17.
  8. ^ Shattuck, Kathryn (2015-05-29). "Alicia Vikander, Who Portrayed Denmark's Queen, Is Screen Royalty". The New York Times. Dicapai pada 2015-06-17.
  9. ^ "DP/30: Alicia Vikander, actor, A Royal Affair/Anna Karenina". YouTube. 2012-10-30. Dicapai pada 2015-06-17.
  10. ^ "Actress Spotlight: Alicia Vikander". Entertainment Fuse. 2014-11-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-18. Dicapai pada 2015-03-21.
  11. ^ "Focus on the young stars of Testament of Youth". The Daily Telegraph. 2014-12-22. Dicapai pada 2015-03-21.
  12. ^ "LĂśrdagsintervjun: ELLE mĂśter Alicia Vikander | ELLE". Elle.se. Dicapai pada 2015-03-21.
  13. ^ "Alice Vikander". Guldbagge Award. Dicapai pada 2011-08-01.
  14. ^ "Critic Reviews for Anna Karenina". Metacritic. Dicapai pada 2012-09-05.
  15. ^ "A Royal Affair". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada 2013-01-30.
  16. ^ "Oscars: Hollywood announces 85th Academy Award nominations". BBC News. Dicapai pada 2013-01-10.
  17. ^ Fleming Jr, Mike (2013-01-22). "UPDATE: Participant Media Joins DreamWorks For WikiLeaks Movie 'The Fifth Estate'". Deadline.com. Dicapai pada 2015-03-21.
  18. ^ Fleming, Mike (2013-09-06). "Toronto 2013: Will Deals Take Back Seat As Buyers Focus On Fest Oscar Hopefuls?". Deadline Hollywood. Dicapai pada 2013-10-14.
  19. ^ "The Winners of the Marrakech International Film Festival". The Huffington Post. Dicapai pada 2015-04-11.
  20. ^ "Son of a Gun". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada 2015-02-06.
  21. ^ Lyttelton, Oliver (2015-01-20). "Review: Forgettable Crime Flick 'Son Of A Gun' Starring Ewan McGregor, Alicia Vikander, & Brenton Thwaites". Indiewire. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-03. Dicapai pada 2015-03-21.
  22. ^ Robey, Tim (2015-01-16). "Testament of Youth, review: 'stirring'". The Daily Telegraph. Dicapai pada 2015-03-21.
  23. ^ Lodge, Guy (2014-10-14). "London Film Review: 'Testament of Youth'". Variety (magazine). Dicapai pada 2015-03-21.
  24. ^ Kroll, Justin. "'Seventh Son' finds young leads". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-03. Dicapai pada 2016-02-08.
  25. ^ Sneider, Jeff (2014-07-21). "Jamie Dornan's First Movie After 'Fifty Shades of Grey' – Bradley Cooper's 'Adam Jones'". The Wrap. Dicapai pada 2015-03-21.
  26. ^ "Ex Machina". Dread Central. Dread Central. Dicapai pada 2015-02-26.
  27. ^ "Oscar nominations 2016: The Revenant leads field, Mad Max in second place". Guardian. 2016-01-14. Dicapai pada 2016-01-14.
  28. ^ "Golden Globe Nominations: The Complete List". The Hollywood Reporter. 2015-12-10. Dicapai pada 2015-12-10.
  29. ^ http://deadline.com/2016/01/bafta-nominations-full-list-2016-1201678332/
  30. ^ Jaafar, Ali (2015-06-23). "Alicia Vikander Confirmed For Bourne Sequel Opposite Matt Damon". Deadline. Dicapai pada 2015-06-23.
  31. ^ Foutch, Haleigh (2016-07-18). "'Jason Bourne': 17 New Images Find Matt Damon's Superspy Back in Action". Collider.com. Dicapai pada 2016-07-18.
  32. ^ McClintock, Pamela (2016-02-09). "Michael Fassbender, Alicia Vikander's 'Light Between Oceans' Lands Fall Release Date". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 2016-02-10.
  33. ^ Fleming Jr, Mike (2014-06-19). "Alicia Vikander Landing Leads In 'Light Between Oceans' And 'Danish Girl'". Deadline.com. Dicapai pada 2015-03-21.
  34. ^ "Alicia Vikander: The North Star". W Magazine. 2015-03-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-12. Dicapai pada 2015-03-31.

Pautan luar sunting