Aliff Dalam 7 Dimensi

Aliff Dalam 7 Dimensi ialah sebuah filem aksi seram Malaysia. Diterbitkan bersama dan diedarkan oleh Astro Shaw, filem ini diarahkan oleh Faisal Ishak, ditulis oleh Anwari Ashraf dan Ashraf Zain dan dihasilkan oleh Anwari Ashraf dan Syahrul Imran Shariffuddin. Filem ini dibintangi oleh Izzue Islam, Alif Satar, Juliana Evans dan Kaka Azraff.

Aliff Dalam 7 Dimensi
PengarahFaisal Ishak
Penulis
Cerita olehAnwari Ashraf
Dihasilkan oleh
  • Anwari Ashraf
  • Syahrul Imran Shariffudin
  • Roshfaizal Ariffin (bersekutu)
  • Muhammad Fasya Daud (bersekutu)
  • Anuarul Zaid Suhut (bersekutu)
  • Gayatri Su-Lin Pillai (bersekutu)
  • Imylia Irwani Roslan (bersekutu)
  • Najwa Abu Bakar (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiJepon Helmizan
Disunting olehIsazaly Mohd Isa
Beh Jing Qiang
Muzik oleh
  • Ken Hor
  • Lo Shi Seng
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 8 September 2016 (2016-09-08) (Malaysia)
Masa tayangan
107 Minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1.5 juta
Pecah panggungRM1.73 juta

Filem ini pertama kali ditayangkan di pawagam Malaysia pada 8 September 2016.

Sinopsis

sunting

Aliff, seorang pelajar universiti yang memiliki kelebihan luar biasa dalam melihat entiti paranormal. Setelah kelebihan Aliff diketahui oleh rakan-rakannya, mereka mula melakukan aktiviti paranormal pada waktu malam untuk mengkaji dan merakam bukti kewujudan entiti.

Filem ini mengisahkan Aliff (Izzue Islam) sebagai seorang pelajar universiti yang memiliki kelebihan luar biasa. Setelah kelebihan Aliff diketahui oleh rakan-rakannya, mereka mula melakukan aktiviti paranormal pada waktu malam untuk mengkaji dan merakam bukti kewujudan entiti.

Aliff kurang bergaul dengan rakan-rakannya di universiti kerana dia tidak mahu kelebihan yang dia ada diketahui orang lain. Aliff dapat untuk merahsiakan kelebihannya daripada pengetahuan semua orang, sehinggalah pada satu hari, apabila sejenis makhluk halus menyerangnya, Aliff terpaksa mempertahankan dirinya. Tindakan Aliff ini sekaligus mengejutkan rakan-rakan kelasnya.

Sejak insiden Aliff di dalam kelas tempoh hari, Anna (Juliana Evans) mula rapat dengan Aliff untuk mengorek kisah hidup Aliff. Akhirnya rahsia kelebihan yang ada pada Aliff terbongkar apabila dia terpaksa menyelamatkan Anna dan Naim (Alif Satar) daripada makhluk gergasi yang menyerang mereka.

Anna terus mengajak Aliff untuk menyertai pasukannya menjejak entiti. Sejak itu, bermulalah aktiviti Aliff, Anna dan Naim dengan mendokumentasi kejadian paranormal di sekitar universiti. Hubungan Aliff dengan Anna dan Naim juga mula semakin rapat. Pelbagai kejadian pelik yang mereka bertiga lalui sepanjang merakamkan dokumentari tentang makhluk halus.

Aliff mendapat tahu bahawa Anna dirasuk oleh saka dan dia terpaksa membantu rakan-rakannya dan selamatkan Anna daripada saka itu. Selepas Aliff terjatuh dari bangunan tingkat 3 akibat perbuatan sakanya, dia bertemu dengan arwah ayahnya (Hasnul Rahmat) di perkarangan rumah lama.

Apabila Aliff sedar di hospital, Aliff bertemu semula dengan Naim dan Anna yang tangannya tercedera. Naim diceritakan mempunyai teman wanita, Izreen (Kaka Azraff) yang pernah diselamatkannya dalam kejadian tempoh hari. Pada masa yang sama, Aliff mula jatuh hati pada Anna. Melihat Aliff dan Anna, Naim bergurau kasar dengan menyuruh mereka berkahwin sahaja membuatkan Aliff tertolak Naim dan menyebabkan dia tercedera pada bahunya. Kemudian Aliff mendapat tahu yang dia telah dirasuk oleh bekas sakanya yang kembali dalam tubuhnya.

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting
  • Man Kadir sebagai Pak Zai
  • Muhd Shahidan sebagai Aliff (Watak Remaja)
  • Isazaly Mohd Isa sebagai Pengarah Teater
  • Farid Ismail sebagai Pengawal Keselamatan

Pelakon kanak-kanak

sunting
  • Eunous Madeonus sebagai Aliff

Penampilan khas

sunting

Produksi

sunting

FIlem ini merupakan terbitan bersama Astro Shaw dan Tayangan Unggul bersama syarikat kesan visual dan animasi Malaysia, Chain FX dengan bajet sebanyak RM1.5 juta.[1] Syarikat animasi meningkat naik dengan penerbitan Ejen Ali, WAU Animation turut membantu dengan animasi 3D tambahan.

Penggambaran dijalankan selama 25 hari di sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang terletak di Bangi dan di sekitar Lembah Klang.[2] Alif Satar yang membawa watak Naim mengatakan beliau mengalami pengalaman menankutkan ketika penggambaran kerana perlu menjalankan fotografi pada waktu malam dan hanya berakhir pada waktu siang.[3] Dalam trivia Astro Gempak turut menyatakan bahawa beberapa kejadian pelik berlaku. Antaranya ialah kru produksi ternampak lembaga berdekatan lampu teknikal serta lembaga berterbangan di atas khemah pada pukul 5 pagi.[2]

Pereka kostum serta jorusolek kesan khas, Sharulnizam Mazlan atau turut dikenali sebagai Syarified meninggal dunia sehari selepas penggambaran filem ini selesai selepas rebah pada set. Walaubagaimanapun, topeng-topeng kesan khas berjaya disiapkan sebelum itu.[2]

30 peratus kesan visual dan animasi digunakan hasil sokongan dua syarikat animasi Malaysia sendiri untuk menghidupkan saka-saka serta jin yang terpapar pada skrin.[4][5]

Keluaran

sunting

Filem ini dikeluarkan di pawagam Malaysia pada 8 September 2016 dengan kelulusan rating P13 oleh Lembaga Penapis Filem (LPF). Filem ini sudah boleh ditonton di YouTube Astro Shaw bermula 14 Mac 2024 sempena bulan Ramadan.[6][7]

Promosi

sunting

Bagi mempromosikan filem ini, Gempak Starz dengan kerjasama Astro Shaw mengeluarkan komik prekuel hasil idea Tadatada dan komik oleh pasukan Solar (Solar Team).[8]

Sebuah klip muzik video nyanyian Modescape berjudul "Hilang" arahan dan suntingan Azwan Abdullah dan pengarah bersama oleh Faizal Fauzi dimuat naik dengan suntingan klip-klip dalam filem ini untuk mempromosikan lagu tema tersebut.[9]

Rujukan

sunting
  1. ^ ""Aliff Dalam 7 Dimensi" adds a new dimension to horror". Yahoo News (dalam bahasa Inggeris). 2016-08-30. Dicapai pada 2024-03-23.
  2. ^ a b c "10 Trivia Menarik Filem Aliff Dalam 7 Dimensi". gempak.com. Dicapai pada 2024-03-23.
  3. ^ "Alif Satar Kongsi Kisah Seram Penggambaran 'Aliff Dalam 7 Dimensi' - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my. 2016-08-30. Dicapai pada 2024-03-23.
  4. ^ "'Aliff Dalam 7 Dimensi' ~ antara logik akal dan sains moden". Utusan Borneo. 2016-09-22. Dicapai pada 2024-03-23 – melalui Utusan Borneo.
  5. ^ Aliff Dalam 7 Dimensi 2016 VFX Breakdown, dicapai pada 2024-03-23
  6. ^ "ALIFF DALAM 7 DIMENSI | FULL MOVIE". YouTube. 2024-03-14. Dicapai pada 2024-03-23.
  7. ^ "Tak Tahu Nak Buat Apa Pada Hujung Minggu? Jom Saksikan 2 Filem Ini". gempak.com. Dicapai pada 2024-03-23.
  8. ^ "PressReader.com - Digital Newspaper & Magazine Subscriptions". www.pressreader.com. Dicapai pada 2024-03-23.
  9. ^ Modescape - Hilang (KLIP VIDEO OST ALIFF DALAM 7 DIMENSI) - [HD], dicapai pada 2024-03-23

Pautan luar

sunting