Aliran Namboku (Tokyo Metro)

Aliran Namboku Tokyo Metro (東京メトロ南北線, Tōkyō Metoro Nanboku-sen) merupakan salah satu aliran kereta api alihan laju yang terdapat di Tokyo, Jepun. Ia dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat Tokyo Metro. Secara harfiahnya, nama aliran ini bermaksud "Aliran Selatan-Utara" dan ia juga dikenali sebagai Aliran 7 Aliran Namboku (7号線南北線7ごうせんなんぼくせん, 7-gōsen Namboku-sen).

Aliran Namboku Tokyo Metro
اليرن نمبوكو توکيو ميترو
Logo bagi aliran Namboku
Umum
Nama lainAliran 7 Aliran Namboku
7号線南北線
7-gōsen Nanboku-sen
Nama asal東京メトロ南北線
Tōkyō Metoro Nanboku-sen
StatusBeroperasi
LokasiTokyo
TerminalMeguro
Akabane-iwabuchi
Stesen19
Penumpang harian449,267 (TF2010)[1]
Laman sesawangwww.tokyometro.jp/global/en/index.html
Operasi
Dibuka29 November 1991[2]
Pemilik Tokyo Metro
Pengendali Tokyo Metro
DepotŌji
Stok kereta api
  • Tokyo Metro siri 9000
  • Kereta Api Laju Saitama siri 2000
  • Tokyu siri 3000
  • Tokyu siri 5080
Teknikal
Panjang aliran21.3 km (13.2 bt)
Tolok landasan1,067 mm (3 kaki 6 in)
Pengelektrikan1,500 V DC katenari overhed
Kelajuan operasi80 km/j (50 mph)
Peta laluan

Peta aliran Namboku

Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Gambaran keseluruhan

sunting

Kereta api aliran ini beroperasi melalui ke aliran Meguro Tōkyū untuk Hiyoshi dan aliran Kereta Api Laju Saitama untuk Urawa-misono.

Bahagian landasan dan stesen di antara stesen Shirokane-takanawa dan Meguro turut berkongsi dengan aliran Mita Toei. Menurut perjanjian di antara Tokyo Metro dan Kerajaan Metropolitan Tokyo, tambang bagi seksyen ini dikira mengikut sistem tambang Toei untuk penumpang yang hendak ke stesen di aliran Mita melepasi Shirokane-takanawa, mengikut sistem tambang Metro untuk penumpang yang hendak ke stesen pada aliran Namboku melalui Shirokane-takanawa serta sistem tambang "yang paling bermanfaat kepada penumpang" (kini jadual Metro) untuk perjalanan hanya pada sektor yang dikongsi.

Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, aliran Namboku ditunjukkan dengan warna zamrud () dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta huruf "N" ( ).

Stesen

sunting

Secara keseluruhannya terdapat 19 buah stesen bagi aliran Namboku dan stesen-stesen tersebut terletak di Bandaraya Tokyo.

Nombor Stesen Jarak (km) Pertukaran Lokasi
Bahasa Melayu Bahasa Jepun Antara stesen Keseluruhan
N-01 Meguro 目黒[* 1] - 0.0
Shinagawa
N-02 Shirokanedai 白金台[* 2] 1.3 1.3   Aliran Mita (Toei) (I-02) (berkongsi) Minato
N-03 Shirokane-takanawa 白金高輪[* 2] 1.0 2.3   Aliran Mita (Toei) (I-03) (berkongsi)
N-04 Azabu-jūban 麻布十番 1.3 3.6   Aliran Oedo (Toei) (E-22)
N-05 Roppongi-itchōme 六本木一丁目 1.2 4.8  
N-06 Tameike-sannō 溜池山王 0.9 5.7
Chiyoda
N-07 Nagatachō 永田町 0.9 6.6
N-08 Yotsuya 四ツ谷 1.3 7.9
Shinjuku
N-09 Ichigaya 市ケ谷 1.0 8.9
N-10 Iidabashi 飯田橋 1.1 10.0
N-11 Kōrakuen 後楽園 1.4 11.4
  •   Aliran Marunouchi (M-22)
  •   Aliran Mita (Toei) (Kasuga: I-12)
  •   Aliran Oedo (Toei) (Kasuga: E-07)
Bunkyō
N-12 Tōdaimae 東大前 1.3 12.7  
N-13 Hon-komagome 本駒込 0.9 13.6  
N-14 Komagome 駒込 1.4 15.0      Aliran Yamanote (JR Timur) Toshima
N-15 Nishigahara 西ケ原 1.4 16.4   Kita
N-16 Ōji 王子 1.0 17.4
N-17 Ōji-kamiya 王子神谷 1.2 18.6  
N-18 Shimo 志茂 1.6 20.2  
N-19 Akabane-iwabuchi 赤羽岩淵[* 3] 1.1 21.3           Aliran Kereta Api Laju Saitama (melalui perkhidmatan untuk Urawa-misono)
  1. ^ Meguro berkongsi di antara syarikat Toei, Tokyo Metro, dan Perbadanan Tokyu di mana Perbadanan Tokyu menguruskan stesen ini.
  2. ^ a b Shirokanedai dan Shirokane-takanawa berkongsi di antara Toei dan Tokyo Metro di mana Tokyo Metro menguruskan kedua-dua stesen ini.
  3. ^ Akabane-iwabuchi berkongsi di antara Tokyo Metro dan Kereta Api Laju Saitama di mana Tokyo Metro menguruskan stesen ini

Rujukan

sunting
  1. ^ "Tokyo Metro station ridership in 2010" (PDF) (dalam bahasa Jepun). Train Media. Dicapai pada 28 Mei 2012.
  2. ^ "Sejarah Tokyo Metro". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Januari 2016. Dicapai pada 23 Januari 2016.

Pautan luar

sunting