Alisson Ramses Becker (lahir 2 Oktober 1992), atau lebih dikenali sebagai Alisson merupakan seorang pemain bola sepak professional dari Brazil yang bermain sebagai penjaga gol untuk pasukan Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan Pasukan bola sepak kebangsaan Brazil.[4] Beliau merupakan salah seorang penjaga gol terbaik di dunia dan telah memenangi anugerah Penjaga Gol Terbaik FIFA pada tahun 2019.

Alisson
Alisson bersama Brazil pada tahun 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Alisson Ramses Becker[1]
Tarikh lahir (1992-10-02) 2 Oktober 1992 (umur 31)[2]
Tempat lahir Novo Hamburgo, Brazil
Ketinggian 1.93 m (6 ka 4 in)[3]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Liverpool
Nombor 1
Kerjaya remaja
2002–2012 Internacional
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2013–2016 Internacional 44 (0)
2016–2018 Roma 37 (0)
2018– Liverpool 179 (1)
Pasukan kebangsaan
2009 Brazil B17 3 (0)
2013 Brazil B21 5 (0)
2015– Brazil 61 (0)
Pengalaman
Mewakili  Brazil
Pingat kebangsaan
Pingat emas – tempat pertama Copa América 2019 Brazil
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 9 Disember 2022

Alisson telah memulakan kariernya di Internacional, di mana beliau telah melakukan penampilan sebanyak lebih 100 kali penampilan dan berjaya memenangi kejohanan Campeonato Gaúcho dalam setiap empat musim di kelabnya. Pada tahun 2016, beliau telah melengkapkan perpindahannya ke AS Roma sebanyak 7.5 di mana beliau menjadi penjaga gol sandaran kepada Wojciech Szczęsny sebelum mendapat kesebelasan utama di kelabnya. Pada Julai 2018, Alisson menyertai Liverpool FC dengan harga perpindahannya sebanyak €62.5 juta (£56juta) yang membolehkan harganya semakin meningkat kepada €72 juta (£66.8 juta) dan pernah tersenarai sebagai penjaga gol termahal di dunia pada ketika itu.[5] Pada musim pertamanya bersama kelab, beliau berjaya menerima Sarung Tangan Emas Liga Perdana Inggeris kerana berjaya mendapatkan lembaran bersih (clean sheets) sebanyak 21 penampilan dalam liga dan mendapatkan lembaran bersih lainnya setelah Liverpool berjaya menjuarai Perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2019.[6][7]

Alisson telah menjadi kesebelesan utama dalam pasukan Brazil pada peringkat bawah umur sebelum berjaya melakukan penampilan pertamanya dalam peringkat senior pada tahun 2015 di mana beliau bermain untuk pasukan negaranya dalam Copa América Centenario pada tahun 2016, Piala Dunia FIFA 2018 dan berjaya menjuarai dalam kejohanan Copa América 2019 serta dinamakan sebagai penjaga gol paling terbaik di dunia.[8]

Karier kelab sunting

 
Alisson bersama Internacional pada tahun 2015

Internacional sunting

Dilahirkan di Novo Hamburgo, Rio Grande do Sul, Alisson menyertai kelab akademi Internacional pada tahun 2002 yang ketika itu beliau berumur 10 tahun.[9][10] Setelah berkembang dalam peringkat akademi, beliau telah memulakan penampilannya bersama pasukan bawah umur sebelum beliau mendapat keselebasan utama dalam peringkat senior menentang Cruzeiro-RS yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 di tempat lawan dalam kejohanan Campeonato Gaúcho.[11] Penampilan beliau seterusnya diikuti dalam kejohanan Série A pada 25 Ogos 2019 yang memulakan penampilannya dengan sekadar mendapat keputusan seri 3-3 di tempat sendiri menentang Goiás.[12] Beliau menjadi penjaga gol sandaran kepada abangnya, Muriel dan menjadi penjaga gol pilihan kedua bersama Agenor serta menamatkan musim pertamanya sebanyak enam penampilan. [10]

Pada tahun berikutnya, Alisson telah menjumpai kebolehan dirinya bahawa beliau disamakan dengan lagenda Brazil Dida yang telah menyertai Internacional dari Grêmio. Beliau mendapat tempat utama pada bulan Oktober dan menghabiskan musimnya dengan memperoleh penampilannya sebanyak 11 penampilan liga dalam karier bolanya. [13] Beliau adalah pemain permulaan yang tidak dapat dipersoalkan pada tahun berikutnya di mana beliau berjaha mengumpulkan 57 penampilan dalam semua pertandingan. Pada 4 Februari 2016, Alisson telah menandatangani sebuah perjanjian prakontrak di kelab Itali, AS Roma dan menyertai kelab tersebut dengan tempoh kontrak selama lima tahun yang berharga 7.5 juta.[14] Beliau tampil dengan aksi akhir penampilannya bersama Internacional pada 15 Mei 2016 dengan berjaya mengekalkan lembaran bersih (clean sheet) yang berakhir dengan keputusan seri 0-0 menentang Chapecoense di halaman sendiri.[15] Ketika empat tahun bersama Internacional peringkat senior, Alisson berjaya melakukan penampilan lebih 100 kali dan menjuarai kejohanan Campeonato Gaúcho dalam setiap musim.[10]

AS Roma sunting

Alisson secara rasminya telah melakukan perpindahan ke kelab Serie A Itali, AS Roma pada bulan Julai 2016.[16]

Musim 2016-17 sunting

Beliau memulakan penampilan pertamanya untuk kelab pada 17 Ogos 2016 dengan keputusan seri 1-1 menentang FC Porto dalam perlawanan Liga Juara-Juara UEFA. Walau bagaimanapun, kebanyakan musimnya telah dihabiskan sebagai penjaga gol sandaran kepada penjaga gol asal Poland, Wojciech Szczęsny.[17] Beliau melengkapkan 15 penampilan daripada semua kejohanan dalam musim tersebut tetapi gagal untuk menampilkan dalam beberapa perlawanan liga. Setelah Szczęsny berpindah ke kelab barunya di Juventus, Alisson telah menjadi penjaga gol utama di kelabnya tetapi beliau dicadangkan untuk berpindah dari AS Roma ke kelab lain kerana kedudukannya yang tidak jelas untuk memberikan lebih masa sebagai penjaga gol utama.[18]

Musim 2017-18 sunting

Alisson akhirnya mendapat peluang sebagai penjaga gol utama dalam perlawanan pembukaan Serie A 2017-18 dengan mencapai keputusan menang 1-0 menentang Atalanta BC.[19] Beliau kemudiannya mendapat penampilan pertamanya dalam Derby della Capitale pada 18 November dengan memperoleh kemenangan 2-1 menentang seteru terdekat mereka, Lazio.[20] Beliau juga telah mendapat pujian kerana menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam kempen Liga Juara-Juara UEFA dan berperanan sebagai pemain kunci utama dalam kelabnya yang telah mencapai peringkatnya sehingga separuh akhir.[21][22] Kelab tersebut tidak pernah dibolosi meskipun sebiji gol di Stadio Olimpico dalam kempen Liga Juara-Juara sehingga perlawanan menentang Liverpool dalam peringkat separuh akhir pada 2 Mei 2018 di mana mereka menang 4-2 pada malam tersebut tetapi kalah dengan keputusan agregat 7-2.[23] Alisson juga menerima pujian atas prestasinya yang bagus sepanjang musim 2017-18 di AS Roma.[24] Beliau mengekalkan sebanyak 22 lembaran bersih (clean sheet) sepanjang musim 2017-18, iaitu sebanyak 17 lembaran bersih dalam Serie A dan 5 lembaran bersih dalam Liga Juara-Juara UEFA.[25][26]

Liverpool sunting

Pada 19 Julai 2018, Liverpool secara rasminya telah mendapatkan Alisson dengan harga sebanyak £66.8 juta (€72.5 juta) yang membuatkan beliau sebagai penjaga gol paling mahal untuk sepanjang masa mengatasi Ederson Moraes yang tercatat sebagai paling termahal dalam pound sterling dan Gianluigi Buffon yang tercatat sebagai paling termahal dalam Euro.[4][27][28][29] Walau bagaimanapun, harga tersebut akhirnya dipecahkan dalam jangka masa empat minggu apabila Chelsea mendapatkan Kepa Arrizabalaga yang dilaporkan berjumlah £71.6 juta (€80 juta) dari Athletic Bilbao.[30][31][32] Pada 10 Ogos, Liverpool mengesahkan melalui laman web rasmi mereka bahawa beliau memakai jersi yang bernombor 13 sepanjang musim 2018-19.[33][34][35]

Musim 2018-19 sunting

Alisson memulakan penampilan pertamanya bersama Liverpool pada 12 Ogos dan berjaya mengekalkan lembaran bersih (clean sheet) menentang West Ham United yang berakhir dengan kemenangan 4-0.[36] Beliau menerima banyak pujian atas prestasi yang memberangsangkan dengan kemenangan ke atas Crystal Palace dan Brighton yang melihatkan beliau kekal dengan tiga lembaran bersih secara berturut-turut.[37][38] Pada Ogos 2018, Alisson telah disenaraikan untuk menerima anugerah Penjaga Gol Terbaik pada Musim Lepas,[39] yang hanya sekadar mendapat tempat kedua sahaja.[40] Pada 1 September, dalam kemenangan 2-1 ke atas Leicester City, beliau menerima beberapa pujian dan kritikan atas prestasinya yang membuat penyelamatan yang dianggap penting tetapi juga memberikan gol mudah kepada pihak lawan.[41][42] Walau bagaimanapun, penglibatan Alisson dalam permainan telah menyebabkan Liverpool mendapat 20 aksi permainan mereka tanpa kalah dalam liga sejak permulaan musim lagi sekali gus dapat memecahkan rekod tanpa kalah paling lama yang dibuat oleh pemain asal Argentina, Javier Mascherano.[43] Alisson juga berpernan penting dalam kelabnya yang mengharungi kempen dalam kumpulan Liga Juara-Juara UEFA dalam membuat penyelamatan lewat yang penting dalam perlawanan akhir dalam kumpulan menentang Napoli yang berkesudahan menang 1-0 sekali gus melayakkan kelabnya ke pusingan kalah mati.[44]

On 4 March 2019, he kept his 17th Premier League clean sheet for the season; the most by any Premier League goalkeeper in his debut season since former Liverpool goalkeeper, Pepe Reina in 2006.[45] At the end of the season, Alisson kept a total of 21 clean sheets in Premier League, and won the Golden Glove.[46] In the Champions League knockout stages, meanwhile, Alisson played a starring role as Liverpool advanced to their second consecutive final in the competition; in their second-leg semi-final at home to Barcelona, he made a number of impressive saves as Liverpool overturned a 3–0 first leg deficit to advance past their opponents with a 4–0 home win.[47] In the final on 1 June 2019, Alisson kept a clean sheet for Liverpool as they defeated Tottenham Hotspur 2–0, making eight saves in the process, to win his first trophy with the club.[7]

Musim 2019–20 sunting

 
Alisson bersama Liverpool pada tahun 2019.

Setelah menghabiskan musim pertamanya dengan menyarung jersi nombor 13, Liverpool mengumumkan bahawa Alisson akan menyarung jersi nombor 1 untuk musim 2019-20, yang sebelumnya digunakan oleh Loris Karius.

Pada 4 Ogos 2019, Alisson bermain dalam perlawanan Piala Perisai Komuniti FA 2019 menentang Manchester City; setelah seri 1-1, Manchester City akhirnya memenangi gelaran 5-4 menerusi penalti. Dalam pertandingan pembukaan kempen Liga Perdana Inggeris musim 2019-2020 menentang Norwich, Alisson mengalami kecederaan betis pada babak pertama dan digantikan oleh penjaga gol baru, Adrián selepas minit ke-38. Kecederaan yang beliau alami dijangka akan mengambil masa selama "beberapa minggu" untuk pemulihan. Akibatnya, Alisson diketepikan dari perlawanan Piala Super UEFA 2019 yang dimenangi oleh Liverpool 5-4 menerusi penalti pada 14 Ogos, setelah seri 2-2 dengan Chelsea setelah masa tambahan. Pada 1 Oktober 2019, Alisson dikatakan hampir kembali bersama pasukan utama Liverpool.

Beliau secara rasmi kembali ke skuad pertandingan pada 20 Oktober ketika seri 1-1 menentang Manchester United. Pada 30 November 2019, Alisson dibuang padang kerana mengendalikan bola di luar kawasan kotak penalti ketika pasukannya menang 2-1 ke atas Brighton. Pada 21 Disember, Alisson mengekalkan lembaran bersih menentang Flamengo dalam perlawanan akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2019 dengan Liverpool memenangi trofi buat pertama kalinya. Pada 19 Januari 2020, Alisson menghasilkan bantuan gol kepada Mohamed Salah dalam kemenangan 2-0 menentang Manchester United di Stadium Anfield. Pada 6 Mac 2020, Alisson sekali lagi mengalami cedera yang bermaksud beliau terlepas kemenangan Liga pada hari berikutnya menentang Bournemouth, dan kekalahan peringkat pusingan 16 kejohanan Liga Juara-Juara UEFA ke atas Atletico Madrid sebelum musim ditangguhkan kerana wabak COVID-19 di United Kingdom.

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Alisson bersama Brazil dalam kejohanan Piala Dunia FIFA 2018.

2015–17: Terobosan pasukan senior sunting

Selepas mewakili Brazil di peringkat bawah-17 dan bawah-20, Alisson dipanggil ke skuad utama oleh pengurus Dunga untuk dua perlawanan pertama kempen kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 menentang Chile dan Venezuela.[48] Beliau membuat debutnya menentang Venezuela pada 13 Oktober, memulakan perlawanan dengan kemenangan 3–1 di Castelão.[49]

Pada 5 Mei 2016, Alisson dipilih dalam skuad 23 pemain Brazil untuk Copa América Centenario.[50] Dalam perlawanan pertama pasukan, seri tanpa gol menentang Ecuador, beliau tersilap menangkap tembakan Miller Bolaños ke dalam golnya sendiri yang dibatalkan kerana bola telah keluar dari permainan sebelum itu.[51] Beliau memberikan gol sebanyak dua dalam tiga perlawanan ketika Brazil tersingkir di peringkat kumpulan.

2018–19: Piala Dunia FIFA 2018 dan Copa América 2019 sunting

Pada Mei 2018, Alisson dipilih dalam skuad akhir 23 orang untuk Piala Dunia 2018 di Russia.[52] Beliau berada dalam setiap perlawanan apabila Brazil berjaya ke peringkat separuh akhir sebelum disingkirkan oleh Belgium.[53]

Pada Mei 2019, dia dimasukkan oleh pengurus Tite dalam skuad 23 orang Brazil untuk 2019 Copa América di tanah sendiri.[54] Sepanjang kejohanan, dia hanya melepaskan satu gol dalam enam perlawanan, ketika Brazil meneruskan kejayaan menjuarai piala tersebut. Perlawanan tunggal di mana Alisson gagal mengekalkan lembaran bersih adalah kemenangan akhir 3–1 menentang Peru pada 7 Julai, di Maracanã Stadium, di mana dia dibezakan oleh sepakan penalti Paolo Guerrero.[55] Selepas kejohanan, Alisson diberi anugerah Anugerah Penjaga Gol Terbaik untuk persembahannya.[56]

2021: Copa América 2021 sunting

Pada 13 Jun 2021, beliau memulakan perlawanan pembukaan Brazil di 2021 Copa América di tanah air, menjaga lembaran bersih dalam kemenangan 3–0 menentang Venezuela.[57] Beliau adalah pemain simpanan tidak digunakan dalam kekalahan 1–0 negaranya kepada Argentina dalam akhir pada 10 Julai, dengan Ederson memulakan perlawanan sebagai gantinya.[58]

2021–22: Sukan Olimpik Musim Panas 2020 dan Piala Dunia FIFA 2022 sunting

Pada 15 Jun 2021, dia dimasukkan dalam senarai awal 50 orang Brazil untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2020, walaupun beliau tidak termasuk dalam senarai akhir.[59]

Pada 7 November 2022, Alisson dipilih dalam skuad untuk Piala Dunia 2022 di Qatar.[60] Brazil dikalahkan oleh Croatia dalam peringkat separuh akhir.

Kehidupan peribadi sunting

Alisson mempunyai abang bernama Muriel yang juga bermain dalam posisi penjaga gol dan dibangunkan di kelab Internacional. Keluarga Alisson berketurunan Jerman dengan ayah dan neneknya berbicara bahasa Jerman dengan lancar dan ketika di Roma, beliau dijuluki "Orang Jerman." Selain bahasa Portugis asalnya, Alisson juga boleh berbahasa Inggeris. Pada bulan Mei 2019, beliau dilantik sebagai duta muhibah oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Pada tahun 2015, Alisson berkahwin dengan Natalia Loewe, seorang doktor dari Brazil. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Helena, lahir pada bulan April 2017 dan seorang anak lelaki, Matteo, yang dilahirkan pada 14 Jun 2019.

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga perlawanan yang dimainkan pada 26 Julai 2020[61]
Kelab Musim Liga Liga Negeri[a] Piala Piala Liga Benua Lain[b] Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmcln Gol Kmncln Gol
Internacional 2013 Série A 6 0 1 0 2[c] 0 9 0
2014 Série A 11 0 3 0 0 0 14 0 28 0
2015 Série A 26 0 15 0 4[c] 0 12[d] 0 57 0
2016 Série A 1 0 17 0 0 0 3 0 21 0
Jumlah 44 0 36 0 6 0 12 0 17 0 115 0
Roma 2016–17 Serie A 0 0 4[e] 0 11[f] 0 15 0
2017–18 Serie A 37 0 0 0 12[g] 0 49 0
Jumlah 37 0 4 0 23 0 64 0
Liverpool 2018–19 Liga Perdana Inggeris 38 0 0 0 0 0 13[g] 0 51 0
2019–20 Liga Perdana Inggeris 29 0 0 0 0 0 5[g] 0 3[h] 0 37 0
Jumlah 67 0 0 0 0 0 18 0 3 0 88 0
Jumlah Kerjaya 148 0 36 0 10 0 0 0 53 0 21 0 267 0
  1. ^ Penampilan di Campeonato Gaúcho
  2. ^ Penampilan di Primeira Liga (Brazil), Copa FGF dan Supercopa Gaúcha
  3. ^ a b Penampilan di Copa do Brasil
  4. ^ Penampilan di Copa Libertadores
  5. ^ Penampilan di Coppa Italia
  6. ^ Satu penampilan di Liga Juara-Juara UEFA dan sepuluh penampilan di Liga Europa UEFA
  7. ^ a b c Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
  8. ^ Satu penampilan di Piala Perisai Komuniti FA, dua penampilan di Piala Kelab Dunia FIFA

Antarabangsa sunting

Sehingga perlawanan yang dimainkan pada 19 November 2019[62]
Pasukan kebangsaan Tahun Kmncln Gol
Brazil 2015 3 0
2016 12 0
2017 7 0
2018 12 0
2019 10 0
Jumlah 44 0

Penghormatan dan anugerah sunting

 
Alisson bersama anugerah sarung emas dari Copa América 2019.

Internacional

  • Campeonato Gaúcho: 2013, 2014, 2015, 2016[10]

Liverpool

Brazil B23

  • Pertandingan Toulon: 2013[10]

Brazil

Individu

Rujukan sunting

  1. ^ "FIFA World Cup Russia 2018: List of players: Brazil" (PDF). FIFA. 15 July 2018. m/s. 4. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 June 2018. Dicapai pada 4 November 2018.
  2. ^ "FIFA Club World Cup Qatar 2019: List of Players: Liverpool" (PDF). FIFA. 21 December 2019. m/s. 7. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 December 2019. Dicapai pada 17 January 2020.
  3. ^ "Alisson: Overview". Premier League. Dicapai pada 6 September 2019.
  4. ^ a b "Liverpool complete Alisson Becker transfer". Liverpool F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 July 2018. Dicapai pada 19 July 2018.
  5. ^ Pearce, James (19 July 2018). "Liverpool confirm signing of Alisson Becker in world record deal". Liverpool Echo. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 July 2018. Dicapai pada 1 August 2018.
  6. ^ "Alisson takes Golden Glove prize with last-day clean sheet". Goal.com.
  7. ^ a b "Liverpool beat Spurs to become champions of Europe for sixth time". BBC Sport. 1 June 2019. Dicapai pada 1 June 2019.
  8. ^ "Daniel Alves é eleito craque da Copa América; Alisson e Everton também ganham prêmios" [Daniel Alves is elected the best player of the Copa América; Alisson and Everton also win awards] (dalam bahasa Portuguese). Globo. 7 July 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Antes de ser titular, goleiro do Inter recebeu convite para virar modelo" [Before becoming a starter, Inter's goalkeeper received an invitation to be a model]. Globo Esporte. 29 November 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2015. Dicapai pada 17 October 2015.
  10. ^ a b c d e "10 things you need to know about new Roma goalkeeper Alisson". AS Roma. 6 July 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 December 2017. Dicapai pada 8 December 2017.
  11. ^ "Inter cede empate para Cruzeiro-RS e determina Gre-Nal nas quartas" [Inter draws with Cruzeiro-RS and establishes a Gre-Nal in the quarterfinals] (dalam bahasa Portugis). Globo Esporte. 17 February 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 August 2017. Dicapai pada 17 October 2015.
  12. ^ "Chuva de gols: Inter e Goiás fazem jogo de reviravoltas e ficam no 3 a 3" [Goal rain: Inter and Goiás make a game of comebacks and end up in 3–3] (dalam bahasa Portugis). Globo Esporte. 25 August 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 December 2015. Dicapai pada 17 October 2015.
  13. ^ Guichard, Diego. "Alisson segue linha de Taffarel e Dida e ganha status de "pegador de pênalti"" [Alisson follows Taffarel and Dida line and gains status of "penalty taker"] (dalam bahasa Portugis). Globo Esporte. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 December 2017. Dicapai pada 8 December 2017.
  14. ^ "Alisson tem pré-contrato com Roma para ser apresentado no meio do ano" [Alisson has pre-contract with Roma to be presented in the middle of the year] (dalam bahasa Portugis). Globo Esporte. 4 February 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 August 2016. Dicapai pada 28 May 2016.
  15. ^ "Alisson recebe homenagem na despedida" [Alisson receives honour in farewell] (dalam bahasa Portugis). Internacional's official website. 15 May 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 July 2016. Dicapai pada 28 May 2016.
  16. ^ "Club confirms the signing of goalkeeper Alisson". AS Roma. 6 July 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 December 2017. Dicapai pada 8 December 2017.
  17. ^ "Porto-Roma, la formazione ufficiale: Alisson in porta, Dzeko in attacco" [Porto-Roma, the official formation: Alisson in goal, Dzeko in attack]. La Gazetta dello Sport (dalam bahasa Itali). 17 August 2016. Dicapai pada 8 December 2017.
  18. ^ "Alisson: 'I'd have left Roma if…'". Football Italia. 10 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 December 2017. Dicapai pada 8 December 2017.
  19. ^ "Atalanta 0–1 Roma". Football Italia. 20 August 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 December 2017. Dicapai pada 8 December 2017.
  20. ^ "Alisson: One of our best performances so far". AS Roma. 18 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 December 2017. Dicapai pada 8 December 2017.
  21. ^ "'The Messi of goalkeepers'! Who is Alisson, the Roma phenomenon valued at €70m?". Goal.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 June 2018. Dicapai pada 18 June 2018.
  22. ^ "UEFA Champions League – Roma-Barcelona". UEFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 June 2018. Dicapai pada 18 June 2018.
  23. ^ "UEFA Champions League – Roma-Liverpool". UEFA. Dicapai pada 18 June 2018.
  24. ^ "How Alisson became the most in-demand goalkeeper in the world – Planet Football". Planet Football. 21 March 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 June 2018. Dicapai pada 18 June 2018.
  25. ^ "2017–18 Serie A Player Goalkeeping Stats | Clean Sheets". www.foxsports.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 June 2018. Dicapai pada 1 August 2018.
  26. ^ "Clean sheets UEFA Champions League 17/18". Statbunker football (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 August 2018. Dicapai pada 1 August 2018.
  27. ^ Romano, Fabrizio (18 July 2018). "Liverpool sign Roma goalkeeper Alisson for world-record £66.9m fee". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 July 2018. Dicapai pada 19 July 2018.
  28. ^ "Alisson: Liverpool offer for Brazil goalkeeper accepted by Roma". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). 18 July 2018. Dicapai pada 19 July 2018.
  29. ^ "Liverpool complete £67m deal for Alisson Becker". Sky Sports (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 July 2018. Dicapai pada 19 July 2018.
  30. ^ "Kepa Arrizabalaga: Athletic Bilbao keeper pays £71m release clause before Chelsea move". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). 8 August 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 August 2018. Dicapai pada 8 August 2018.
  31. ^ "Kepa pays the termination clause". Athletic Bilbao. 8 August 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 August 2018. Dicapai pada 8 August 2018.
  32. ^ "Kepa arrives at Chelsea". Chelsea F.C. 8 August 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 August 2018. Dicapai pada 8 August 2018.
  33. ^ "Liverpool FC". Liverpool F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 August 2018. Dicapai pada 10 August 2018.
  34. ^ "Alisson and Fabinho squad numbers confirmed". Liverpool F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 August 2018. Dicapai pada 10 August 2018.
  35. ^ "Alisson and Fabinho Choose Squad Numbers". The Liverpool Offside. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 August 2018. Dicapai pada 10 August 2018.
  36. ^ "Salah, Mane & Sturridge on target as Liverpool beat West Ham United 4–0". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). 12 August 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 August 2018. Dicapai pada 12 August 2018.
  37. ^ "Crystal Palace 0–2 Liverpool: Player Ratings". This Is Anfield (dalam bahasa Inggeris). 20 August 2018. Dicapai pada 1 September 2018.
  38. ^ "Liverpool 1–0 Brighton: Player Ratings". This Is Anfield (dalam bahasa Inggeris). 25 August 2018. Dicapai pada 1 September 2018.
  39. ^ UEFA.com. "Champions League positional awards: nominees announced" (dalam bahasa Inggeris). UEFA. Dicapai pada 1 September 2018.
  40. ^ UEFA.com. "Keylor Navas: Champions League Goalkeeper of the Season" (dalam bahasa Inggeris). UEFA. Dicapai pada 1 September 2018.
  41. ^ "Liverpool maintain 100% start with nervy win at Leicester". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). 1 September 2018. Dicapai pada 1 September 2018.
  42. ^ "Leicester City 1–2 Liverpool: Player Ratings". This Is Anfield (dalam bahasa Inggeris). 1 September 2018. Dicapai pada 1 September 2018.
  43. ^ Bekker, Liam (21 February 2019). "Liverpool's title challenge is in safe hands with Alisson". Fansided. Dicapai pada 8 March 2019.
  44. ^ Crozier, Aneurin (11 December 2018). "BBC Sport". BBC Sport. Dicapai pada 2 June 2019.
  45. ^ O'Neill, Caoihme (5 March 2019). "Liverpool's Alisson Becker wins global award and the remarkable Pepe Reina stat he could break". Liverpool Echo. Dicapai pada 8 March 2018.
  46. ^ "Alisson takes Golden Glove prize with last-day clean sheet". Goal.
  47. ^ "Liverpool 4–0 Barcelona (4–3 agg): Jurgen Klopp's side complete extraordinary comeback" (dalam bahasa Inggeris). 7 May 2019. Dicapai pada 2 June 2019.
  48. ^ "Alisson celebra convocação e chance de trabalhar com Taffarel: "Espelho"" [Alisson meraikan panggilan dan peluang bekerja dengan Taffarel: "Contoh"] (dalam bahasa Portugis). Globo Esporte. 13 Ogos 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2015. Dicapai pada 17 Oktober 2015. Invalid |url-status=hidup (bantuan)
  49. ^ "Brasil x Venezuela – Kelayakan Piala Dunia – Amerika Selatan 2015–2017". Globo Esporte. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2018. Dicapai pada 20 Julai 2018. Invalid |url-status=hidup (bantuan)
  50. ^ "Dunga convoca Seleção para a Copa América com 7 jogadores olímpicos" [Dunga memanggil Seleção untuk Copa América dengan tujuh pemain Olimpik] (dalam bahasa Portugis). Globo Esporte. 5 Mei 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2016. Dicapai pada 10 Mei 2016. Invalid |url-status=hidup (bantuan)
  51. ^ Belon, Jorge (5 Jun 2016). "Copa America Centenario: Miler Bolaños Ecuador menafikan gol yang menentukan perlawanan dalam seri membosankan menentang Brazil". Vavel. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2016. Dicapai pada 6 Jun 2016. Invalid |url-status=hidup (bantuan)
  52. ^ "Piala Dunia: Neymar dipilih dalam skuad 23 orang Brazil". BBC Sport. 14 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Ogos 2018. Dicapai pada 21 Julai 2018. Invalid |url-status=hidup (bantuan)
  53. ^ Wilson, Jonathan (6 Julai 2018). "Brazil disapu keluar dari Piala Dunia oleh Kevin De Bruyne dan Belgium yang cemerlang". The Guardian. London. ISSN 0261-3077. Dicapai pada 4 Jun 2019.
  54. ^ "Brazil mengumumkan skuad Copa America". Football Italia. 17 Mei 2019. Dicapai pada 21 Mei 2019.
  55. ^ "Copa America: Brazil juara". Football Italia. 7 Julai 2019. Dicapai pada 8 Julai 2019.
  56. ^ "Daniel Alves dipilih sebagai pemain terbaik Copa América; Alisson dan Everton juga menerima anugerah" [Daniel Alves dipilih sebagai pemain terbaik Copa América; Alisson dan Everton juga menerima anugerah] (dalam bahasa Portugis). Globo. 7 Julai 2019.
  57. ^ "Tuah Brazil menang dalam pembukaan Copa America". BBC Sport. 14 Jun 2021. Dicapai pada 24 Jun 2021.
  58. ^ Graham, Bryan Armen (10 Julai 2021). "Argentina 1–0 Brazil: Final Copa América – sebagaimana berlaku". The Guardian. London. Dicapai pada 13 Julai 2021.
  59. ^ "Senarai awal 50 orang pasukan Olimpik" (dalam bahasa Portugis). ESPN. 15 Jun 2021. Dicapai pada 1 Julai 2021.
  60. ^ "Seleção Brasileira está convocada para a Copa do Mundo FIFA Qatar 2022" (dalam bahasa Portugis). CBF. 7 November 2022. Unknown parameter |access -date= ignored (bantuan)
  61. ^ "Alisson". Soccerway. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2018. Dicapai pada 4 Ogos 2019.
  62. ^ (Inggeris) Profil Alisson di National-Football-Teams.com
  63. ^ "Premier League: 2019/20: Current table". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 25 Jun 2020.
    "Liverpool: Squad details: 2019/20". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 25 Jun 2020.
    "Premier League Handbook Season 2019/20" (PDF). Premier League. m/s. 56. Dicapai pada 25 Jun 2020.
  64. ^ McNulty, Phil (1 Jun 2019). "Tottenham Hotspur 0–2 Liverpool". BBC Sport. Dicapai pada 1 Jun 2019.
  65. ^ Poole, Harry (21 Disember 2019). "Liverpool 1–0 Flamengo". BBC Sport. Dicapai pada 21 Disember 2019.
  66. ^ "Brazil 3–1 Peru". BBC Sport. 7 Julai 2019. Dicapai pada 7 Julai 2019.
  67. ^ "The FIFA Football Awards Voting Results 2019" (PDF). FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 23 September 2019. Dicapai pada 23 September 2019.
  68. ^ "VAN DIJK AMONG FOUR DEBUTANTS IN MEN'S WORLD 11". FIFPro World Players' Union. 23 September 2019.
  69. ^ "UEFA Champions League Squad of the Season". UEFA. 27 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2018. Dicapai pada 27 Mei 2018.
  70. ^ "UEFA Champions League Squad of the Season". UEFA. 2 Jun 2019.
  71. ^ "Alisson Becker: Champions League Goalkeeper of the Season". UEFA.com. Union of European Football Associations. 29 Ogos 2019. Dicapai pada 29 Ogos 2019.
  72. ^ "Serie A Team of 2017-18". Football Italia. 3 Disember 2018. Dicapai pada 3 Disember 2018.
  73. ^ "Serie A Team of 2017–18". Football Italia. 3 Disember 2018. Dicapai pada 3 Disember 2018.
  74. ^ "Shutout secures Golden Glove award for Alisson". Premier League. 12 Mei 2019. Dicapai pada 12 Mei 2019.
  75. ^ Editor, Deputy Features. "Goal 50: Liverpool star Alisson named as world's best goalkeeper of 2018 - Goal.com". www.goal.com.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  76. ^ Doyle, Mark (7 November 2019). "Liverpool star Alisson named world's best goalkeeper of 2019". Goal.com. Dicapai pada 7 November 2019.
  77. ^ "Liverpool's Alisson Becker wins global award and the remarkable Pepe Reina stat he could break". Liverpool Echo. 5 March 2019.
  78. ^ "Alisson Becker BEST GOALKEEPER OF THE YEAR". Globe Soccer. 29 Disember 2019. Dicapai pada 30 Disember 2019.
  79. ^ "Alisson Becker's becomes first goalkeeper to win three Golden Gloves in a season as Brazil down Peru in Copa America final". Fox Sports. 7 Julai 2019.
  80. ^ "El equipo ideal de la CONMEBOL Copa América Brasil 2019". CONMEBOL. 9 Julai 2019.
  81. ^ "IFFHS AWARDS 2019 – THE WORLD'S BEST GOALKEEPER : ALISSON RAMSES BECKER (BRAZIL/FC LIVERPOOL)". IFFHS. 27 November 2019. Dicapai pada 28 November 2019.
  82. ^ "IFFHS AWARDS 2019 – THE IFFHS MEN WORLD TEAM OF THE YEAR 2019". IFFHS. 30 November 2019. Dicapai pada 30 November 2019.
  83. ^ "Alisson Becker wins the first Yachine Trophy for best goalkeeper in the world". France Football. 2 Disember 2019. Dicapai pada 3 Disember 2019.
  84. ^ "Ranking of the Ballon d'Or France Football 2019: Alisson Becker is 7th". France Football. 2 Disember 2019. Dicapai pada 3 Disember 2019.
  85. ^ Fausser, Frédéric (2 Januari 2020). "Alisson wins the 2019 Samba d'Or Award". Sambafoot. Dicapai pada 2 Januari 2020.
  86. ^ "UEFA.com fans' Team of the Year 2019 revealed". UEFA. 15 Januari 2020. Dicapai pada 15 Januari 2020.

Pautan luar sunting