Allschools adalah sebuah aplikasi telefon pintar yang memberi sekolah-sekolah di sekitar Malaysia system pengurusan sekolah. Aplikasi ini dibina oleh sebuah syarikat yang bernama Cloud Direct Sdn Bhd. Allschools memberi peneyelesaian kepada tadika, sekolah dan beberapa kolej swasta yang sedang mengalami masalah komunikasi dengan ibubapa.

Aplikasi ini dibina dengan sebuah misi, iaitu membanteras halangan komunikasi antara pihak institusi dan ibubapa sambil membina masyarakat yang sedia menerima teknologi.

Fungsi Aplikasi sunting

AllSchools membolehkan ibubapa menerima berita dan maklumat terkini mengenai acara-acara sekolah tanpa perlu bergantung kepada anak-anak mereka. Sekolah-sekolah boleh mengawal aliran komunikasi kepada ibubapa tanpa membimbang akan pecahan komunikasi.

Berikut adalah fungsi-fungsi yang boleh didapati dalam aplikasi pada masa kini:

  • Notifikasi
  • Kedatangan

Berikut adalah fungsi-fungsi yang boleh didapati pada masa akan datang:

  • Pembayaran atas talian (E-Payment)
  • Kerja Rumah (Homework)
  • Keputusan (Results)

Sifat Aplikasi sunting

Aplikasi AllSchools direkayasa oleh pakar IT Cloud Direct Sdn Bhd sendiri, dan bukan dibina oleh penjana aplikasi mudah alih atas talian seperti sesetengah aplikasi mudah alih. AllSchools dibina untuk berjuang untuk memberi kesan positif terhadap industri pendidikan, bermula pada skala yang kecil.

Statistik sunting

Berdasarkan sumber kajian dari Google Malaysia dan Taylor Nelson Softres (TNS) dari September 2013 hingga Ogos 2014. Negara Malaysia merupakan negara yang paling tinggi dalam penggunaan telefon pintar. Menurut En. Sajith Sivanandan, pengarah urusan dari Google Malaysia, sebab utama rakyat Malaysia adalah tertinggi. Beliau berkata, rakyat Malaysia suka melayari internet dan telefon pintar [1].

Age (tahun) Peratusan
25 dan ke bawah 93%
25 hingga 34 87%
35 hingga 44 77%
45 hingga 54 48%
55 ke atas 33%

1.1 Jadual pengguna telefon pintar berdasarkan peringkat umur.

Penggunaan Peratusan
Enjin Carian 79%
Rangkaian Sosial 84%
Video Dalam Talian 53%
Informasi Produk 78%
Peta dan Arah 58%

1.2 Jadual penggunaan telefon pintar terhadap peratusan.

Rujukan sunting


  1. ^ # Business Circle On Malaysia Leads World Smartphone [1] Diarkibkan 2015-07-09 di Wayback Machine.