All About Eve (siri TV)

All About Eve (Hangul이브의 모든것; RRIbeuui Modeun Geot) ialah sebuah drama bersiri Korea Selatan[1] yang disiarkan pada tahun 2000 menerusi saluran MBC.

All About Eve
Genre
  • Drama
  • Romantik
Ditulis olehPark Ji-hyun
Pengarah
  • Lee Jin-suk
  • Han Chul-soo
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"True Love" oleh FinKL
Negara asalKorea Selatan Korea Selatan
BahasaKorea
Bilangan episod20
Penerbitan
Tempoh siaran60 minit
Penyiaran
Saluran asalMunhwa Broadcasting Corporation
Format gambar1080i HDTV
Siaran asal26 April 2000 (2000-04-26) – 6 Julai 2000 (2000-07-06)
Kronologi
Rancangan berkaitan
All About Eve (siri TV Filipina)
Pautan luar
Laman sesawang

Sinopsis sunting

Kehidupan Jin Sun-mi pada awalnya bahagia bersama ayahnya yang merupakan seorang duda. Namun segalanya berubah setelah ayahnya membuat keputusan untuk mengambil seorang gadis yang dijadikan sebagai anak angkat yang sebaya dengannya, Heo Young-mi. Young-mi berasal daripada keluarga yang miskin dan ayahnya seorang pemabuk itu selalu menderanya. Walaupun berasal daripada keluarga miskin, Young-mi suka berlagak dan merendahkan orang lain. Young-mi berniat untuk merampas semua kebahagiaan Sun-mi termasuklah menggoda teman lelaki Sun-mi, Woo-jin. Woo-jin akhirnya terjatuh dalam godaan Young-mi lalu terlanjur sehingga menyebabkan Young-mi hamil. Disebabkan ingin bertanggungjawab terhadap kandungan Young-mi itu, Woo-jin kemudian bertindak untuk memutuskan hubungannya dengan Sun-mi. Sun-mi yang berasa kecewa dengan keputusan Woo-jin itu kemudian dia membawa diri ke London.

Setibanya di London, Sun-mi bertemu dengan seorang lelaki kacak, iaitu Yoon Hyung-chul. Bermula sebagai kawan akhirnya mereka jatuh cinta. Namun sayangnya mereka harus terpisah disaat Sun-mi terpaksa kembali ke Korea. Young-mi kini telah mengalami keguguran dan dia telah memutuskan hubungannya dengan Woo-jin. Disebabkan itu, kehidupan Woo-jin mula menjadi tidak tentu arah setelah mengetahui Young-mi hanya menjadikan dirinya sebagai alat untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang penyampai berita di sebuah stesen TV dimana Woo-jin bertugas. Sun-mi juga kini berjaya menjadi salah seorang penyampai berita yang berjaya namun dia dikejutkan dengan kemunculan semula Hyung-chul yang kini menjadi CEO Executive dan telah mengambil alih syarikat stesen TV dimana dia dan Young-mi bekerja. Young-mi yang terpikat dengan teman lelaki baru Sun-mi itu, kemudian dia berusaha untuk menggoda Hyung-chul namun cinta Hyung-chul kepada Sun-mi sangat kuat berbanding dengan godaan Young-mi itu.

Bekas kekasih Young-mi kini kembali dan mengugut Young-mi bahawa rahsia kelamnya sebagai pelacur akan didedahkan sekiranya Young-mi enggan kembali kepadanya. Young-mi yang takut rahsianya didedahkan mencuba untuk melarikan diri dan setelah mengetahui bahwa Young-mi mencuba untuk melarikan diri daripadanya, bekas kekasih Young-mi itu lalu mengupah samseng untuk membunuh Young-mi namun gagal. Disebabkan itu, dia berusaha untuk membunuh Young-mi dengan tangannya sendiri. Woo-jin yang mengetahui nyawa Young-mi kini dalam bahaya, dia mencuba menyelamatkan Young-mi daripada dibunuh namun akhirnya Woo-jin terbunuh. Akhirnya kesemua kejahatan Young-mi terdedah. Young-mi yang kini tertekan dan sedih diatas kematian Woo-jin, mencuba untuk membunuh dirinya namun akhirnya dia dijumpai oleh sekumpulan rahib dalam keadaan amnesia yang menyebabkan dia kehilangan kesemua ingatan lalunya. Sun-mi bercadang untuk kembali ke London namun niatnya itu terhalang disebabkan Hyung-chul yang enggan melepaskannya pergi ke sana semula.

Pelakon sunting

  • Chae Rim sebagai Jin Sun-mi
  • Kim So-yeon sebagai Heo Young-mi
  • Jang Dong-gun sebagai Yoon Hyung-chul[2]
  • Han Jae-suk sebagai Kim Woo-jin
  • Hyun Seok sebagai En. Jin, bapa Sun-mi
  • Park Won-sook sebagai Pn. Song, ibu Woo-jin
  • Park Chul sebagai Kim Sun-dal
  • Kim Jung-eun sebagai Yoo Joo-hee
  • Lee Geun-hee sebagai Lee Kyung-hee
  • Park Sook-chul sebagai Shin Ki-dong
  • Yoon Gi-won sebagai Choi Jin-soo
  • Kim Hyo-jin sebagai Jo Cho-jae
  • Ahn Jung-hoon sebagai Ahn Joon-mo
  • Choi Joon-yong sebagai Bae In-soo
  • Han In-soo sebagai Pengerusi Yoon, bapa Hyung-chul
  • Lee Kyung-jin sebagai ibu Hyung-chul
  • Kyeon Mi-ri sebagai ibu tiri Yoon Hyung-chul
  • Leeteuk
  • Lee Tae-ran membuat penampilan kameo dalam Episod 12.
  • Song Il Gook muncul dalam Episod 11.
  • Lee Eon-jeong

Rujukan sunting

  1. ^ "Dramas Enjoy Hot Demand Overseas". The Chosun Ilbo.
  2. ^ "Latin America Washed Out to Sea by Korean Wave". The Chosun Ilbo.

Pautan luar sunting