All Is Full Of Love

"All Is Full Of Love" merupakan sebuah lagu yang ditulis oleh Björk. Lagu ini ialah single kelima dan terakhir dari albumnya Homogenic. Versi yang terdapat yang terdapat di dalam video muziknya merupakan versi yang diingini, sementara versi yang terdapat dalam album Homogenic merupakan sebuah remix yang telah dibikin oleh Howie B.

"All Is Full Of Love"
Single oleh Björk
daripada album Homogenic
Dilancarkan padaNovember 1 1998 (Pasaran Funkstörung) Jun 7 1999
FormatCD
DVD
Set kotak
Rekod vinil (12")
GenreTrip Hop
Elektronika
Panjang4:50 (Suntingan asal)

4:32 (Versi album)

4:00 (Suntingan video)
SyarikatOne Little Indian
PenulisBjörk
PenerbitBjörk
Kronologi single Björk
""Alarm Call"
(1998)"
"All Is Full Of Love" ""Hidden Place"
(2001)"
Kulit lain
Single CD2
Single CD2
Single keluaran DVD
Single keluaran DVD
Single format LP
Single format LP
LP edisi terhad
LP edisi terhad
Kulit pasaran Funkstörung
Kulit pasaran Funkstörung
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Muzik bagi "All Is Full Of Love" mengandungi bunyi-bunyian yang diilhamkan daripada mesin, dan digandingkan dengan alat-alat muzik orkestra serta hap. Lagu ini pada mulanya dikeluarkan oleh kumpulan Funkstörung sebagai single tari pada 1998, namun selepas itu mendapat pelancaran single penuh serta video pada tahun 1999. Di samping itu, "All Is Full Of Love" juga merupakan satu daripada single terawal yang dilancarkan dalam format DVD.

Lagu ini merupakan hit rock alternatif dan juga hit tari di Amerika Syarikat. Lagu ini berjaya mencapai kedudukan tertinggi nombor 8 di carta muzik tari. Sementara di United Kingdom pula, single ini mencapai kedudukan nombor 23.

"All Is Full Of Love" ialah lagu pertama dalam album kompilasi Björk, Greatest Hits.

Senarai lagu dalam single sunting

Cakera padat keluaran Kesatuan Eropah sunting

  1. "All Is Full of Love" (Mix Radio) - 04:50
  2. "All Is Full of Love" (Mix Alat Tali Radio) - 04:46
  3. "All Is Full of Love" (Mix Guy Sigsworth) - 04:22
  4. "All Is Full of Love" (Mix Eksklusif Funkstörung) - 04:36
  5. "All Is Full of Love" (Mix Plaid) - 04:15

Cakera padat keluaran Amerika Syarikat sunting

  1. "All Is Full of Love" (Versi video) - 04:50
  2. "All Is Full of Love" (Mix Eksklusif Funkstörung) - 04:36
  3. "All Is Full of Love" (Alat tali) - 04:46
  4. "All Is Full of Love" (Versi album) - 04:32
  5. "All Is Full of Love" (Mix Plaid) - 04:15
  6. "All Is Full of Love" (Mix Guy Sigsworth) - 04:22

Cakera padat 1 UK sunting

  1. "All Is Full of Love" - 04:50
  2. "All Is Full of Love" (Mix Eksklusif Funkstörung) - 04:36
  3. "All Is Full of Love" (Alat tali) - 04:46

Cakera padat 2 UK sunting

  1. "All Is Full of Love" (Versi album) - 04:32
  2. "All Is Full of Love" (Mix Plaid) - 04:15
  3. "All Is Full of Love" (Mix Guy Sigsworth) - 04:22

DVD UK sunting

  1. "All Is Full of Love" (Suntingan video) - 04:50
  2. "All Is Full of Love" (Mix Eksklusif Funkstörung - audio) - 04:36
  3. "All Is Full of Love" (Alat tali - audio) - 04:46

Rekod vinil 12" 1 sunting

  1. "All Is Full of Love" (Mix 7 minit μ-ziq) - 03:51
  2. "All Is Full of Love" (Mix 1 minit μ-ziq) - 01:05
  3. "All Is Full of Love" (Mix Ekslusif Funkstörung) - 04:36

Rekod vinil 12" 2 sunting

  1. "All Is Full of Love" (Mix Plaid) - 04:15
  2. "All Is Full of Love" (Mix Guy Sigsworth) - 04:22

Pasaran cakera padat terhad Funkstörung 1998 sunting

  1. "All Is Full of Love" (Mix In Love With Funkstörung) - 05:29
  2. "This Shit" (Dipersembahkan oleh Funkstörung) - 05:01
  3. "All Is Full of Love" (Mix Secondotted Funkstörung) - 04:37

Rekod vinil 12" Funkstörung 1998 sunting

  1. "All Is Full of Love" (Mix In Love With Funkstörung) - 05:29
  2. "This Shit" (Dipersembahkan oleh Funkstörung) - 05:01

Video muzik sunting

 
Björk menjadi sebuah robot di dalam video muzik "All Is Full Of Love"

Video muzik lagu ini telah diarah oleh Chris Cunningham dan telah dilancarkan pada April 1999.

Video ini bermula dengan sebuah robot Björk sedang berbaring di atas pelantaran putih sambil disambung atau dibaiki oleh beberapa tangan mekanikal di dalam bilik yang kelihatan seperti klinik robot. Seterusnya, sebuah robot Björk yang lain datang dan menghulurkan tangannya kepada robot Björk pertama sambil menyanyikan bahagian pengulangan all is full of love dalam lagu ini. Lampu malap dan bersinar kembali, kini menunjukkan kedua-dua robot tersebut sedang bercium, sambil dibaiki atau disambung dengan bahan elektronik oleh tangan-tangan mekanikal.[1]

Video ini telah memenangi beberapa anugerah, termasuklah MTV Video Music Award bagi kategori Breakthrough Video (Video Kejayaan). Video ini juga dicalonkan untuk Anugerah Grammy dalam kategori Best Short Form Music Video, namun anugerah tersebut jatuh kepada video Freak On A Leash daripada Korn. Video "All Is Full Of Love" juga dipamerkan sebagai bahan pameran kekal di Muzium Seni Moden di New York. Di samping itu, video itu telah berjaya merangkul kedudukan nombor 1 dalam senarai MTV2's 100 Best Video Ever (100 Video Muzik terbaik MTV2).

Menurut tapak web Glassworks, iaitu syarikat yang telah membuat kesan visual untuk Chris Cunningham, perisian SOFTIMAGE dan Flame telah masing-masing digunakan untuk membuat kesan 3D dan 2D.[2]

Dua robot dalam video muzik sebenarnya bukanlah robot berfungsi seperti yang difikirkan oleh pihak umum. [3] Apabila filem I, Robot ditayangkan pada 2004, sesetengah orang mendakwa bahawa rekaan robot diilhamkan daripada video muzik "All Is Full Of Love". Chris Cunningham tidak memberi apa-apa komen.[4]

Kru pembikinan video sunting

  • Pesuruhjaya[5] - Paul McKee di One Little Indian, UK

Penerbitan sunting

  • Syarikat penerbitan - Black Dog FIlms
  • Pengarah - Chris Cunningham
  • Penerbit - Cindy Burnay
  • Pengarah penggambaran - John Lynch
  • Pereka penerbitan - Chris Cunningham, Julian Caldow
  • Pengarah seni - Chris Oddy
  • Kesan model - Mattes & Miniatures
  • Pembantu pengarah seni - Roy Middleton
  • Pembantu penerbitan - Holly Ross
  • Pengarah pembantu pertama - Matthew Clark
  • Penarik focus - Will Willis
  • Pembantu jurugambar kedua - James Needham
  • Mekap - Deborah Lindsell
  • Juruteknik pencahayaan dan perlengkapan (grip) - Gary Smith
  • Grip kren - Bob Freeman, Steve Morgan
  • Juruteknik kren - Colin Hazel
  • Operator main semula video - Caspar Gordon
  • Main semula bunyi - Sam Mendelssohn
  • Rekaan robot - Chris Cunningham
  • Pembina robot - Paul Catling
  • Pembantu model robot - James McKeown, Liam Williams
  • Penyelia kesan - Ben Halls di Special
  • Juruteknik kesan - Richard Thomas, PJ
  • Ketua juruteknik pencahayaan - Tim O'Connell
  • Juruelektrik - Kevin Fitzpatrick, Dennis O'Connell, John Bates, Barry Taberer
  • Kru pengahantar - James Smith
  • Pengurus studio - Beryl Earl, Kate Tufano

Pascapembikinan sunting

  • Kesan istimewa - James Mann, Pasi Johannson di Glassworks
  • Grafik perindustrian - Alexander Rutterford
  • Penerbit telesin - Alistair Thompson di The Mills
  • Pewarna telesin - Marcus Timpson
  • Penerbit pascapenerbitan - Sally Mattinson di Glassworks
  • Artis 3D - James Mann di Glassworks
  • Artis api - Pasi Johannson di Glassworks
  • Pembikin animasi 3D - James Mann, Sean Elliot, Alastair Hearsum, Bruce Steele, Herve Dome, Tim Kilgower
  • Penyuting luar talian - Gary Knight di FInal Cut

Kelengkapan sunting

  • Kelengkapan kamera - Panavision, UK
  • Kelengkapan pencahayaan - Lee Lighting
  • Stok filem - Kodak Eastman
  • Makmal - Metrocolor, London
  • Studio - Bray Studios, Greenford Studios
  • Insurans - White & Wilson

Carta sunting

Chart Kedudukan
tertinggi
Carta Single UK 23
Billboard Hot Dance Music/Maxi-Singles Sales Amerika Syarikat 8

Versi sunting

  • Versi album
  • Suntingan video
  • Mix pilihan
  • Mix Eksklusif Funkstörung
  • Mix In Love With Funkstörung
  • Mix Secondotted Funkstörung
  • Mix 1 minit µ-zic
  • Mix 7 minit µ-zic
  • Mix All Is Full Of Lies
  • Versi alat tali
  • Mix Plaid
  • Mix Guy Sigsworth

Kru pembikinan single sunting

  • Björk - juruadun (versi video, versi alat tali), pengkarya lagu, penerbit (versi video, mix ekslusif Funkstörung, versi alat tali, mix Plaid, mix Guy Sigsworth)[6]
  • Mark "Spike" Stent - juruadun (versi video, versi alat tali)[6]
  • Howie B - penerbit (versi album)[6]
  • Funkstörung - juruadun (mix ekslusif Funkstörung)<ref=name"duaorg"></ref>
  • Plaid - juruadun (mix Plaid) [6]
  • Guy Sigsworth - juradun (mix Guy Sigsworth)[6]

Lirik sunting

Lirik lagu ini adalah berkenaan tentang harapan bahawa cinta adalah senantiasa berada bersama kita, walaupun tidak disedari. Contoh petikan adalah seperti di bawah:

You'll be given love
You'll be taken care of
You'll be given love
You have to trust it

Maybe not from the sources
You've poured yours into
Maybe not from the directions
You are staring at

Rujukan sunting

  1. ^ "Björk ·· All is Full of Love". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-05-26. Dicapai pada 2008-12-29.
  2. ^ Glassworks Archive: Bjork - 'All Is Full Of Love'
  3. ^ "chris cunningham". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-11. Dicapai pada 2008-12-29.
  4. ^ E! News - The Björk-"I, Robot" Connection?
  5. ^ http://www.director-file.com/cunningham/credits.html Diarkibkan 2007-03-29 di Wayback Machine Kredit "All Is Full Of Love"
  6. ^ a b c d e http://www.discogs.com/Bj%C3%B6rk-All-Is-Full-Of-Love/release/13899

Pautan luar sunting