All Nippon Airways Co., Ltd. (全日本空輸株式会社, Zen Nihon Kūyu Kabushiki-gaisha, TYO: 9202 , LSE: ANA), juga
dikenali sebagai Zennikkū (全日空) atau ANA, (Bahasa Melayu; syarikat Penerbangan All Nippon (seluruh Jepun); Tulisan Jawi: (شريکت ڤنربڠن الل نيڤڤون(سلوروه جڤون ) ialah syarikat penerbangan yang beribu pejabat di Pusat Bandar Shiodome di kawasan Shiodome di Minato, Tokyo, Jepun.[1][2]
Hab antarabangsa utama ANA terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di luar Tokyo dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka. Hab domestik utamanya pula terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo, Lapangan Terbang Antarabangsa Osaka, Lapangan Terbang Antarabangsa Chūbu Centrair (berdekatan Nagoya), dan Lapangan Terbang Chitose Baru (berdekatan Sapporo).[3]