All Stars Buka Panggung

All Stars Buka Panggung merupakan sebuah pertandingan stagecom (komedi pentas) berkonsepkan rancangan realiti yang menampilkan nama-nama besar dalam industri lakonan yang dicabar untuk mencuba nasib dalam seni komedi improv.

All Stars Buka Panggung
GenreKomedi
FormatRancangan Realiti
PengarahHj Hishamuddin Hj Sehan
PengacaraAjak Shiro
Shahrol Shiro
JuriErra Fazira
(Seri Dewi Panggung)
Negara asal Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim1
Penerbitan
Penerbit eksekutifAdi Shamsul Abdul Hayee
PenerbitRaizal Affendi Yusop
LokasiRoyal Theatre Shah Alam
Tempoh siaran90 minit
Syarikat penerbitan
Vision Works (M) Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Warna
Siaran asal6 September 2019 - 18 Oktober 2019

Konsep / Format sunting

Keunikan program ini terletak pada formatnya di mana ia menguji dan mencabar pelakon terhebat tanah air untuk beraksi dalam babak komedi pentas yang penuh dengan elemen kejutan.

Para peserta tidak diberikan sebarang pembayang berkenaan watak, situasi, & set sketsa disebalik tirai. Mereka akan mengetahui situasi tersebut disaat tirai dibuka dan ketika mereka melangkah masuk ke dalam set sketsa di pentas All Stars Buka Panggung.

Para peserta juga perlu mengadaptasikan situasi yang diberikan dan membuat improvasi dialog mereka sendiri sambil berlakon tanpan bantuan sebarang skrip.

Bersandarkan kepada tagline, ‘Katakan Tidak Kepada Skrip!’, penjurian bagi program ini adalah 100 peratus dari penonton yang boleh mengundi secara dalam talian.

Untuk 5 minggu berturut-turut, barisan pelakon hebat ini akan berentap sesama mereka untuk merebut gelaran Juara Mingguan yang akan menerima sebuah trofi sebagai ganjaran. Juara Mingguan ini kemudiannya akan kembali di minggu keenam, iaitu minggu separuh akhir di mana mereka diperlukan untuk berentap sekali lagi demi memastikan kedudukan mereka di pentas akhir. Hanya 4 orang peserta sahaja bakal beraksi di pusingan kemuncak bagi merebut gelaran juara seterusnya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 50,000 dan sebuah trofi.

Ringkasan Siri sunting

Minggu 1 sunting

All Stars All Legends
Dato' Aaron Aziz Dato' Jalaluddin Hassan
Esma Daniel
Raja Azura
Naim Daniel
Yusri KRU
Liyana Jasmay

Juara Mingguan - Dato' Aaron Aziz
Penerima Sumbangan - Hj. Abu Bakar Ahmad (Hj Tawil) (Pelakon)

Minggu 2 sunting

All Stars All Legends
Datuk Rosyam Nor Jaafar Onn
Didie Alias
Joey Daud
Mawar Rashid
Farahdhiya
Datin Diana Danielle
Fizo Omar

Juara Mingguan - Datuk Rosyam Nor
Penerima Sumbangan - Wan Maimunah Binti Wan Abdul Aziz (Pelakon & Pelawak)

Minggu 3 sunting

All Stars All Legends
Zul Huzaimy Fauziah Nawi
Wan Sharmila
Abam Bocey
Tauke
Fahrin Ahmad
Sweet Qismina
Sharifah Sakinah

Juara Mingguan - Zul Huzaimy
Penerima Sumbangan - Wong Sip Nen (Pelakon)

Minggu 4 sunting

All Stars All Legends
Rita Rudaini Man Raja Lawak
Black Hanifah
Norlia Ghani
Sathiya
Datuk Fizz Fairuz
Ruhainies
Johan As'ari

Juara Mingguan - Rita Rudaini
Penerima Sumbangan - Ramli Bin Mohamad (Pak Limra) (Insan Seni)

Minggu 5 sunting

All Stars All Legends
Noorkhiriah Shiha Zikir
Atu Zero
Cat Farish
Imuda

Pak Ya

Fauzi Nawawi
Izzue Islam
Mona Allen

Juara Mingguan - Noorkhiriah
Penerima Sumbangan - Hisham Ahmad Tajuddin (Pelakon)

Minggu 6 (Separuh Akhir) sunting

All Stars All Legends
Dato' Aaron Aziz Mark Adam
Zulin Aziz
Tomok
A.R. Badul
Datuk Rosyam Nor
Zul Huzaimy
Rita Rudaini
Noorkhiriah

All Stars Tersingkir - Datuk Rosyam Nor

Minggu 7 (Akhir) sunting

All Stars All Legends
Noorkhiriah Ebby Yus
Nabila Razali
Justhin
Ropie Cecupak
Zul Huzaimy
Dato' Aaron Aziz
Rita Rudaini

Juara (RM 50 000 dan trofi) - Zul Huzaimy
Naib Juara (RM 25 000 dan trofi) - Noorkhiriah
Tempat Ketiga (RM 10 000 dan trofi) - Rita Rudaini
Tempat Keempat (RM 5000 dan trofi) - Dato' Aaron Aziz

Trivia sunting

  • Pada setiap minggu, peserta dikehendaki menyediakan satu lagu pilihan mereka untuk diselitkan dalam persembahan sketsa. Namun begitu, lagu tersebut akan dimainkan secara rawak pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang klu pada peserta, dan sekali lagi mereka diuji untuk menyesuaikan situasi sketsa dengan lagu tersebut.
  • Pada setiap persembahan akan terselit beberapa pelakon undangan atau All Legends yang turut terdiri daripada barisan selebriti popular tanah air sebagai plot twister di set sketsa tersebut. Identiti mereka akan dirahsiakan sehingga tirai set sketsa itu dibuka.
  • Juga pada setiap minggu, All Stars Buka Panggung menerusi Juara Mingguan akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM 4,000 kepada pelakon tanah air yang telah banyak berbakti kepada industri seni tanah air, tetapi kini memerlukan bantuan, dengan kerjasama Persatuan Seniman Negara.

Rujukan sunting

Pautan Luar sunting