Allamanda

genus tumbuhan

Allamanda ialah genus tumbuhan berbunga dalam keluarga Apocynaceae. Ia tempatan dari Amerika iaitu bertaburan dari Mexico ke Argentina. Beberapa spesies ditanam menjadi tanaman hiasan untuk bunga besarnya yang berwarna. Kebanyakan spesies mengeluarkan bunga kuning namun A. blanchetii berbunga dadu.[2] Genus ini dinamakan Allamanda menghormati pakar tumbuhan dan perubatan Swiss, Frédéric-Louis Allamand (1736–1809).[3] Ia turut disebut akar kuning, janda kaya dan alamanda dalam bahasa Melayu.[4][5]

Allamanda
Allamanda cathartica.
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Asterid
Order: Gentianales
Keluarga: Apocynaceae
Subkeluarga: Rauvolfioideae
Tribus: Plumerieae
Subtribus: Allamandinae
A.DC. in DC. & A.DC.
Genus: Allamanda
L.
Spesies

Lihat teks

Sinonim[1]
  • Orelia Aubl.

Penerangan sunting

Tumbuhan genus ini ialah pokok malar hijau, renek dan menjalar, yang mengandungi getah putih. Daunnya tersusun bertentangan dalam pusaran melebihi 5 inci. Lai daun umumnya bujur dan berbirai halus, dan beberapanya berkulit atau sedikit berbulu. Perbungaannya ialah payung tambahan (cyme) campuran. Bunganya mempunyai kelopak bercuping lima dan sari bunga lima ranggi berbentuk loceng atau corong yang kuning dalam kebanyakan spesies. Buahnya pula ialah skizokarpa yang mengandungi dua atau empat benih.[3]

 
Bunga Allamanda schottii.
 
Buah Allamanda schottii.

Spesies sunting

Terdapat sekitar 12 ke 15 spesies sah dalam genus ini.[3] Spesies dan sinonimnya termasuk:

 
Allamanda blanchetii.
 
Allamanda angustifolia oleh Johann Pohl.
 
Bunga akar kuning ditemui di Wilayah Kesatuan Puducherry di India.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "World Checklist of Selected Plant Families". Dicapai pada Mei 22, 2014.
  2. ^ a b de Souza-Silva, R. F. and A. Rapini. (2009). Allamanda calcicola (Apocynaceae), an overlooked new species from limestone outcrops in the States of Minas Gerais and Bahia, Brazil. Kew Bulletin 64(1), 171–74.
  3. ^ a b c Allamanda. FloraBase. Western Australian Herbarium.
  4. ^ "janda kaya". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  5. ^ "alamanda". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  6. ^ "cempaka hutan". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  7. ^ "Allamanda schottii". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 29 Disember 2017.