Almayer's Folly, ("Kesilapan Almayer") diterbitkan pada tahun 1895, ialah novel pertama Joseph Conrad. Berlatarkan penghujung abad ke-19, ia berkisar pada kehidupan seorang pedagang berbangsa Belanda, Kaspar Almayer, di hutan Borneo, dan perhubungannya dengan anak gadis kacukannya Nina.

Almeyer's Folly ("Kesilapan Almeyer")
Conrad - Almayer's Folly.djvu
PengarangJoseph Conrad
NegaraBritain
BahasaInggerish
PenerbitT. Fisher Unwin
Tarikh penerbitan
1895
Didahului olehNovel sulung
Diikuti oleh'An Outcast of the Islands'

PlotSunting

Almayer's Folly ialah kisah tentang seorang ahli perdagangan miskin yang bermimpi untuk menjumpai lombong emas yang tersembunyi dan seterusnya menjadi kaya. Beliau seorang Eropah berkulit putih yang berkahwin dengan seorang natif Melayu; mereka mempunyai seorang anak gadis bernama Nina. Almayer gagal mencari lombong emas, dan pulang dengan hampa. Sebelumnya, beliau pernah mendengar cerita yang pihak British bercadang untuk menakluk Sungai Pantai, dan beliau telah membina sebuah rumah besar berdekatan dengan tempat tinggalnya, agar dapt menyambut pihak penakluk. Namun, penaklukan tidak terjadi dan rumahnya juga tidak terbina dengan lengkap. Beberapa orang pelaut Belanda telah menamakan rumah itu sebagai Almayer's Folly atau "Kesilapan Almayer". Sekarang, Almayer berterusan membuat perjalan jauh, tapi akhirnya beliau berhenti melakukan demikian dan duduk di rumah dengan impiannya tentang kekayaan dan kemewahan. Isteri natifnya membencinya kerana ini.

Adaptasi FilemSunting

  • Adaptasi Perancis-Belgium dibuat dalam tahun 2011, arahan [Chantal Akerman]]. Penglifeman bermula pada bulan November 2010 dan disiarkan pada bulan September tahun berikutnya.
  • Adaptasi Malaysia diterbitkan di bawah tajuk Hanyut, ditulis dan diarah oleh U-Wei Haji Saari, dan dibintangi oleh Peter O'Brien sebagai Kasper Almayer.

Pautan luarSunting

Almayer's, sebuah buku elektronik bebas di Projek Gutenberg