Alphonse Francis Areola (Perancis: [alfɔ̃s aʁeɔla];[4] lahir 27 Februari 1993) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi penjaga gol untuk West Ham dan pasukan kebangsaan Perancis.

Alphonse Areola
Areola pada 2019
Maklumat peribadi
Nama penuh Alphonse Francis Areola[1]
Tarikh lahir (1993-02-27) 27 Februari 1993 (umur 31)[2]
Tempat lahir Paris, Perancis
Ketinggian 1.95 m (6 ka 5 in)[3]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
West Ham United
Nombor 23
Kerjaya remaja
1999–2006 Petits Anges
2006–2012 Paris Saint-Germain
2008–2009INF Clairefontaine (pinjam)
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2013 Paris Saint-Germain B 57 (0)
2013–2022 Paris Saint-Germain 75 (0)
2013–2014Lens (pinjam) 35 (0)
2014–2015Bastia (pinjam) 35 (0)
2015–2016Villarreal (pinjam) 32 (0)
2019–2020Real Madrid (pinjam) 4 (0)
2020–2021Fulham (pinjam) 36 (0)
2021–2022West Ham United (pinjam) 1 (0)
2022– West Ham United 13 (0)
Pasukan kebangsaan
2008–2009 Perancis B16 14 (0)
2009–2010 Perancis B17 10 (0)
2010–2011 Perancis B18 4 (0)
2011–2012 Perancis B19 8 (0)
2012–2013 Perancis B20 16 (0)
2013–2014 Perancis B21 9 (0)
2018– Perancis 5 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17:01, 30 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 25 September 2022

Sebagai pemain lepasan akademi PSG, beliau menghabiskan babak awal kerjayanya dengan menjadi pemain pinjaman dan menikmatinya di kelab Lens, Bastia dan Villarreal. Ketika bersama Villarreal, Areola telah memecahkan rekod kelab iaitu rekod beraksi tanpa dibolosi jaringan gol selama 620 minit. Beliau kembali ke PSG pada tahun 2016 sebelum melakukan 100 kemunculan untuk kelab. Pada 2019, eliau menyertai Real Madrid.

Beliau juga mewakili Perancis di pelbagai peringkat umur dan sebahagian daripada skuad Perancis yang memenangi kejohanan Piala Dunia B-20 FIFA 2013 dan Piala Dunia FIFA 2018.

Kerjaya kelab sunting

Paris Saint-Germain sunting

Kerjaya awal sunting

Areola memulakan kerjaya bola sepaknya ketika semasa beliau baru berusia enam tahun di kelab Entente Sportive des Petits Anges. Beliau menghabiskan masa selama tujuh tahun di kelab kampungnya itu sebelum berpindah ke kelab Ligue 1, Paris Saint-Germain. Ketika Areola berusia 15 tahun, beliau telah mendaftarkan diri di pusat bola sepak Clairefontaine untuk kembangkan bakatnya atas nasihat jurulatihnya di Paris. Beliau kembali ke PSG pada tahun berikutnya dan menandatangani kontrak profesional pertamanya pada Julai 2009 selama tiga tahun.[5][6]

Pada 18 Mei 2013, selepas melalui progres menempuh akademi kelab, Areola melakukan penampilan sulungnya untuk PSG dengan menggantikan penjaga gol utama pasukan, Salvatore Sirigu pada minit ke-48 permainan ketika pasukannya mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Brest. PSG dinobatkan sebagai juara Ligue 1 sebelum perlawanan itu manakala lawannya pula telah disahkan tersingkir ke divisyen kedua.[7] Beliau beraksi sebagai kesebelasan utama pasukan pada hujung minggu berikutnya dalam aksi kemenangan 3-1 ke atas Lorient. Beliau beraksi selama 61 minit pada perlawanan terakhir musim itu sebelum digantikan oleh penjaga gol keempat pasukan, Ronan Le Crom yang kemudiannya dibuang padang kerana mengasari Julien Quercia.[8]

2013–16: Dipinjam ke Lens, Bastia dan Villarreal sunting

 
Areola sedang beraksi untuk Lens.

Pada 23 Julai 2013, beliau telah dipinjamkan ke kelab Ligue 2, RC Lens yang dikendalikan oleh bekas pengurus PSG, Antoine Kombouaré untuk menghadapi musim 2013-14.[9] Areola dengan segeranya menggantikan tempat Rudy Riou sebagai penjaga gol utama kelab sebelum beraksi dalam 36 perlawanan liga termasuklah melakukan penampilan sulungnya di kejohanan Coupe de France. Beliau membantu pasukannya menghuni tangga kedua liga sekali gus mengesahkan kelayakan mereka ke Ligue 1 untuk musim depan.[10] Persembahan Areola pada sepanjang musim telah membolehkannya untuk meraih anugerah Penjaga Gol Terbaik Ligue 2 dan mendapat tempat dalam Pasukan Terbaik Musim.[11] Beliau juga telah dianugerahkan "Eurosport Revelation of the Year" dengan menewaskan calon pilihan seperti N'Golo Kante dan Gaëtan Bussmann.[12] Satu rundingan secara lisan telah diadakan untuk memastikan Areola kekal bersama skuad Sang et Or secara pinjaman untuk musim berikutnya tetapi kedudukan kewangan kelab berkenaan Direction Nationale du Contrôle de Gestion yang dibangkitkan telah membawa kepada kemungkinan untuk memulangkan Areola semula.[13]

Areola diberi peluang untuk beraksi di Ligue 1. Namun, kelab Bastia di bawah pengurusan Claude Makelele telah mendapatkan khidmat Areola secara pinjaman untuk kempen 2014-15 apabila rundingan itu berjaya dilengkapkan pada 26 Julai 2014.[14][15] Dengan menggantikan tempat pemain Mickaël Landreau yang telah pun bersara, beliau melakukan penampilan pertamanya untuk Bastia pada 9 Ogos dalam aksi terikat seri 3-3 menentang Marseille.[16][17] Areola seterusnya melakukan 39 penampilan dalam semua kejohanan untuk kelab dan berjaya menghasilkan 13 jersi bersih tanpa bolos selain menyaksikan Bastia menduduki tangga ke-12 liga dan menjadi naib-juara dalam kejohanan Coupe de la Ligue.[18] Perlawanan akhir yang berlangsung pada 11 April itu menyaksikan pertembungan antara Bastia dan kelab induk Areola, PSG. Perlawanan itu berkesudahan kemenangan 4-0 memihak kepada Paris.[19]

Pada 17 Jun 2015, kelab dari La Liga iaitu Villarreal telah mengumumkan bahawa pihak kelab telah menandatangani Areola melalui pinjaman selama satu musim penuh untuk menggantikan penjaga gol utama, Sergio Asenjo yang menjadi kecederaan jangka masa panjang pada musim yang lalu.[20] Beliau melakukan penampilan pertamanya untuk Villarreal pada perlawanan pembukaan musim menentang Real Betis yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.[21] Di Villarreal, Areola mengembangkan reputasi bakatnya apabila menghasilkan 15 jersi bersih dalam 37 perlawanan dengan hanya 26 jaringan gol dibolosi sekali gus menyaksikan pasukannya itu menghuni tangga keempat di La Liga.[22] Rekod jersi bersihnya dalam saingan liga hanya dapat ditandingi oleh hanya dua orang penjaga gol sahaja iaitu Jan Oblak dari Atlético Madrid dan Claudio Bravo dari Barcelona.[23] Areola juga berjaya memecahkan rekod kelab dengan tidak dibolosi selama 620 minit sekali gus menewaskan rekod 615 minit tanpa dibolosi yang dipegang sebelum ini oleh Diego López.[24] Di luar bola sepak domestik, pemain asal Perancis itu juga tampil dalam kejohanan Liga Europa buat kali pertama dalam kariernya dengan melakukan lima kemunculan untuk El Submarino Amarillo yang mara hingga ke peringkat separuh akhir sebelum kecundang kepada pasukan naib-juara kejohanan, Liverpool.[25]

Kembali ke PSG sunting

Selepas menempuh karier yang cemerlang di Sepanyol, Areola kembali ke PSG untuk menghadapi musim 2016-17. Beliau memulakan kempen ini sebagai bakal pengganti kepada penjaga gol Jerman, Kevin Trapp yang telah menjadi pemain PSG pada musim lepas.[26] Areola melakukan kemunculan sulungnya sejak kepulangannya dari tempoh pinjaman pada 13 September dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Arsenal. Perlawanan itu juga merupakan penampilan sulungnya di kejohanan itu dan tamat dengan keputusan seri 1-1.[27] Selepas perlawanan itu, Areola meletakkan dirinya sebagai penjaga gol utama PSG dan beliau berjaya menghasilkan empat jersi bersih dalam lapan penampilannya pada pertengahan bulan Oktober. Walau bagaimanapun, prestasinya mula merosot tidak lama kemudian menyebabkan beliau kehilangan tempat kepada Trapp selepas beberapa perlawanan yang menyaksikan beliau dibolosi sepuluh jaringan gol daripada sebelas tendangan yang dibuat pada bulan Disember.[28] Pada bulan April, beliau hanya memanaskan bangku simpanan sahaja pada aksi menumpaskan Monaco 4–1 untuk menjulang trofi Coupe de la Ligue buat kali keempat berturut-turut. Beliau kemudiannya beraksi dalam perlawanan menewaskan Angers 1-0 bagi membolehkan PSG merangkul gelaran Coupe de France pada bulan berikutnya.[29][30]

Pada musim berikutnya, Areola meraih pingat Trophée des Champions keduanya pada 29 Julai 2017 selepas beraksi menewaskan Monaco 2-1 selain menyaksikan PSG meraih gelaran itu buat kali kelima berturut-turut.[31][32] Beliau meneruskan kempen sebagai penjaga gol utama PSG untuk saingan liga dan kejohanan Eropah manakala Trapp pula dipilih untuk beraksi dalam kejohanan piala domestik. Apabila Areola menjadi pilihan utama sebagai penjaga gol pasukannya, PSG hanya dibolosi satu jaringan pada lima perlawanan terawal selain menghasilkan 24 gol sekali gus menyaksikan pasukannya yang menjaringkan gol terbanyak dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim itu.[33] Pada 31 Mac 2018, dalam aksi ulangan final musim yang lalu, Areola tidak beraksi dalam perlawanan itu yang menyaksikan PSG mempertahankan gelaran sebagai juara Coupe de la Ligue dengan menumbangkan Monaco 3–0.[34] Pada musim berikutnya iaitu pada 15 April, beliau beraksi dalam pertembungan menentang Monaco sekali lagi dan berkesudahan PSG menundukkan juara liga itu dengan keputusan 7-1 sekali gus merebut gelaran Ligue 1.[35] Kelab itu juga melengkapkan "treble" domestik pada 8 Mei selepas mengalahkan pasukan dari divisyen ketiga, Les Herbiers untuk menjulang trofi Coupe de France buat kali keempat berturut-turut walaupun Areola tidak beraksi dalam perlawanan akhir tersebut.[36]

Areola telah digugurkan peranannya pada musim berikutnya selepas PSG mengikat penjaga gol veteran, Gianluigi Buffon dari Juventus.[37] Areola tampil dalam perlawanan ke-100nya untuk PSG pada 21 April 2019 ketika menewaskan Monaco 3-1. Perlawanan itu juga mengesahkan kejayaan PSG merangkul kejuaraan liganya buat kali kelapan.[38]

Real Madrid sunting

Pada 2 September 2019, Areola telah menyertai Real Madrid secara pinjaman selama satu musim penuh sebagai sebahagian daripada rundingan perpindahan Keylor Navas ke PSG.[39][40][41] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk kelab itu pada 25 September dengan meraih kemenangan 2–0 ke atas Osasuna dalam aksi liga.[42]

Kerjaya antarabangsa sunting

Areola telah mewakili Perancis dalam semua peringkat umur. Beliau juga sebenarnya layak untuk mewakili pasukan kebangsaan Filipina oleh kerana kedua ibu bapanya berasal daripada keturunan Filipina. Pada tahun 2011, beliau secara peribadinya telah dijemput oleh pengurus Filipina, Dan Palami untuk membuat pertimbangan bagi mewakili negara itu.[43]

Belia sunting

Areola telah mewakili pasukan belia Perancis dari peringkat bawah-16 sehingga bawah-21 Perancis antara tahun 2008 dan 2014. Beliau merupakan wira kepada pasukan bawah-20 dalam perlawanan akhir Piala Dunia B-20 2013. Selepas kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan gol, perlawanan telah diheret ke penentuan penalti. Areola berjaya menyelamatkan tendangan penalti daripada dua pemain Uruguay, Emiliano Velázquez dan Giorgian De Arrascaeta sekali gus membawa pasukannya untuk mencapai kejayaan pertama dalam kejohanan itu.[44] Pada sebelum ini, beliau pernah mewakili Perancis ke Kejohanan Bola Sepak Eropah Bawah-17 UEFA 2010 dan Kejohanan Bola Sepak Eropah Bawah-19 UEFA 2012 dan kemudiannya di Kejohanan Bola Sepak Eropah Bawah-21 UEFA 2015.

Senior sunting

Pada 1 Oktober 2015, Areola memperoleh panggilan pertamanya daripada skuad senior oleh pengurus Didier Deschamps untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Armenia dan Denmark sebagai langkah persediaan Perancis menjadi tuan rumah kejohanan UEFA Euro 2016.[45] Beliau gagal untuk layak memasuki skuad yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu. Namun, beliau kemudiannya dipanggil oleh skuad senior lagi untuk tiga perlawanan berasingan iaitu perlawanan persahabatan dan aksi kelayakan Piala Dunia 2018 dari bulan September hingga November 2016. Beliau terpaksa digugurkan daripada skuad kerana buku lalinya telah terkehel.[46]

Pada 17 Mei 2018, beliau telah disenaraikan ke dalam skuad Deschamps untuk mengambil bahagian ke kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia. Di sana, beliau berperanan menjadi penjaga gol ketiga Perancis di belakang Hugo Lloris dan Steve Mandanda yang menyaksikan Perancis memenangi kejohanan itu.[47][48] Pada masa yang sama, beliau menjadi pemain pertama sejak pemain Argentina, Héctor Zelada pada edisi 1986 untuk menjulang trofi Piala Dunia walaupun tanpa melakukan sebarang penampilan langsung untuk negaranya pada sebelum ini.[49] Kemudian pada tahun itu, disebabkan Lloris mengalami kecederaan paha, Areola telah dipilih untuk menjadi penjaga gol utama Perancis dalam perlawanan pembukaan Liga Negara-Negara UEFA menentang Jerman pada 6 September.[50] Beliau berjaya menghasilkan jersi bersih pada penampilan sulungnya dan dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan dalam aksi yang berkesudahan seri tanpa jaringan.[51]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 6 Februari 2020.[52]
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Paris Saint-Germain 2012–13 2 0 0 0 0 0 0 0 2 0
  Lens 2013–14 35 0 1 0 0 0 36 0
  Bastia 2014–15 35 0 1 0 3 0 39 0
  Villarreal 2015–16 32 0 0 0 5[b] 0 37 0
  Paris Saint-Germain 2016–17 15 0 5 0 1 0 6[c] 0 0 0 27 0
2017–18 34 0 0 0 0 0 8[c] 0 1[d] 0 43 0
2018–19 21 0 5 0 2 0 3[c] 0 0 0 31 7
2019–20 3 0 0 0 0 0 0 0 1[d] 0 4 0
Jumlah 75 0 10 0 3 0 17 0 2 0 107 29
  Real Madrid 2019–20 3 0 3 0 2[c] 0 0 0 8 0
Jumlah kerjaya 180 0 15 0 6 0 24 0 2 0 227 0
  1. ^ Termasuk Coupe de France dan Copa del Rey.
  2. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA.
  3. ^ a b c d Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
  4. ^ a b Penampilan di Trophée des Champions

Antarabangsa sunting

Sehingga 2 Jun 2019.[53]
Pasukan kebangsaan Perancis
Tahun Kmncln Gol
2018 2 0
2019 1 0
Jumlah 3 0

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Paris Saint-Germain
Real Madrid

Antarabangsa sunting

Perancis B20
Perancis

Individu sunting

Catatan sunting

  1. ^ "Décret du 31 décembre 2018 portant promotion et nomination" [Decree of 31 December 2018 on promotion and appointment]. Journal Officiel de la République Française (dalam bahasa French). 2019 (0001). 1 January 2019. PRER1835394D. Dicapai pada 24 August 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "FIFA World Cup Russia 2018: List of players: France" (PDF). FIFA. 15 July 2018. m/s. 11. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-12-06. Dicapai pada 11 January 2019.
  3. ^ "Alphonse Areola". Paris Saint-Germain F.C. Dicapai pada 26 January 2019.
  4. ^ "ALPHONSE AREOLA – Gauche / Droite". YouTube. 10 December 2016. Dicapai pada 22 November 2017.
  5. ^ "Alphonse Areola: La Biographie". Africa Top Sports. 11 July 2013. Dicapai pada 12 November 2016.(dalam bahasa Perancis)
  6. ^ "Premier Contrat Pro Pour Areola". Paris Saint-Germain Football Club. 3 July 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 13 December 2016.(dalam bahasa Perancis)
  7. ^ "Beckham delivers in Paris win". Sky Sports News. 18 May 2013. Dicapai pada 30 November 2014.
  8. ^ Ali, Mohammed (23 May 2013). "Lorient 1–3 Paris Saint-Germain: Gameiro at the double but Sakho in goal as champions' season finishes in farce". Goal. Dicapai pada 30 November 2014.
  9. ^ "Officiel : Alphonse Areola prêté à Lens". RC Lens. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 3 February 2014.(dalam bahasa Perancis)
  10. ^ "CA Bastia – Lens : Rendez-vous en Ligue 1 !". RC Lens. 16 May 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 13 December 2016.(dalam bahasa Perancis)
  11. ^ Jiang, Allan (23 February 2015). "Alphonse Areola and Hervin Ongenda Diverging at Bastia". Bleacher Report. Dicapai pada 12 November 2016.
  12. ^ "Alphonse Areola, Eurosport revelation 2014!". RC Lens. 16 May 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2016. Dicapai pada 13 December 2016.(dalam bahasa Perancis)
  13. ^ Johnson, Jonathan (22 October 2016). "Areola could establish himself as PSG's permanent keeper in Marseille clash". ESPN. Dicapai pada 12 November 2016.
  14. ^ "SC Bastia try to claw Alphonse Areola from Lens". Get Football News France. 19 July 2014. Dicapai pada 12 November 2016.
  15. ^ "Areola completes Bastia loan switch from PSG". FourFourTwo. 26 July 2014. Dicapai pada 12 November 2016.
  16. ^ "French Ligue 1 report: Bastia hold Marseille to draw". Sky Sports. 9 August 2014. Dicapai pada 12 November 2016.
  17. ^ "Areola still on top of the world". FIFA. 27 May 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-07. Dicapai pada 15 November 2016.
  18. ^ Johnson, Jonathan (19 July 2015). "Areola loan to Villarreal makes perfect sense for PSG". ESPN. Dicapai pada 12 November 2016.
  19. ^ Davis, Matt (11 April 2015). "Paris St-Germain beat Bastia 4–0 to win the French League Cup". BBC Sport. Dicapai pada 11 April 2015.
  20. ^ Johnson, Jonathan (20 June 2015). "Areola loan to Villarreal makes perfect sense for PSG". ESPN. Dicapai pada 26 June 2015.
  21. ^ "Real Betis 1–1 Villarreal". ESPN. 23 August 2015. Dicapai pada 13 December 2016.
  22. ^ Dodson, Allan (18 June 2016). "Villarreal season in review: Goalkeepers". Villarreal USA. Dicapai pada 14 November 2016.
  23. ^ Gibney, Andrew (26 October 2016). "Alphonse Areola: The Paris Saint-Germain Youngster Breaking the Mould". Bleacher Report. Dicapai pada 1 December 2016.
  24. ^ Pereira, Alexis (4 March 2016). "Villarreal : l'infranchissable Areola met l'Espagne à ses pieds !". Foot Mercato. Dicapai pada 13 December 2016.(dalam bahasa Perancis)
  25. ^ Whalley, Mike (5 May 2016). "How did Liverpool destroy Villarreal and will they beat Sevilla in Europa League final?". Telegraph. Dicapai pada 14 November 2016.
  26. ^ "Les questions que l'on se pose après le Trophée des champions remporté par le PSG contre Lyon (4–1)". France Football. 7 August 2016. Dicapai pada 15 November 2016.(dalam bahasa Perancis)
  27. ^ Davie, Chris (13 September 2016). "David Ospina starts for Arsenal's Champions League clash with PSG but Olivier Giroud benched". Metro. Dicapai pada 15 November 2016.
  28. ^ "PSG : Trapp, Areola… Unai Emery justifie son choix avec ses gardiens !". Le 10 Sport. 22 December 2016. Dicapai pada 22 December 2016.(dalam bahasa Perancis)
  29. ^ "PSG brush aside Monaco to win French League Cup for fourth straight year". BBC. 1 April 2017. Dicapai pada 2 April 2017.
  30. ^ Coerts, Stefan (27 May 2017). "Angers 0 Paris Saint-Germain 1: Cissokho own goal in stoppage time delivers Coupe de France glory". Goal. Dicapai pada 27 May 2017.
  31. ^ Hanson, Peter (29 July 2017). "Monaco 1 Paris Saint-Germain 2: Dani Alves' Dream Debut Secures Trophée des Champions". Goal. Dicapai pada 29 July 2017.
  32. ^ Willis, S. (29 July 2017). "Alves Stars as PSG make it five in row". Ligue 1. Dicapai pada 30 July 2017.
  33. ^ "Paris Saint-Germain rip through Celtic with goals from Neymar, Edinson Cavani and Kylian Mbappe". The Independent. 22 November 2017. Dicapai pada 24 November 2017.
  34. ^ "Mbappe stars as PSG beat Monaco to lift Cup". Ligue 1. 31 March 2018. Dicapai pada 19 April 2018.
  35. ^ "Ligue 1: Paris St-Germain claim title after stylish 7–1 win over Monaco". BBC Sport. 15 April 2018. Dicapai pada 15 April 2018.
  36. ^ "Paris Saint-Germain set record with fourth straight Coupe De France crown". Goal. 8 May 2018. Dicapai pada 8 May 2018.
  37. ^ Johnson, Jonathan (24 August 2018). "PSG to start Alphonse Areola over Gianluigi Buffon in next two games". ESPN. Dicapai pada 2 September 2018.
  38. ^ "100 appearances for Areola". Paris Saint-Germain Football Club. 22 April 2019. Dicapai pada 22 April 2019.
  39. ^ "Official Announcement: Areola". Real Madrid CF. 2 September 2019. Dicapai pada 2 September 2019.
  40. ^ "Alphonse Areola joins Real Madrid on loan" (dalam bahasa French). psg.fr. 2 September 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 September 2019. Dicapai pada 2 September 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  41. ^ "PSG: Keylor Navas joins from Real Madrid as Alphonse Areola goes to Real on loan". BBC. 2 September 2019. Dicapai pada 3 September 2019.
  42. ^ Tavero, Fernando (26 September 2019). "Real Madrid remember the art of defending". AS. Dicapai pada 26 September 2019.
  43. ^ Tupas, Cedelf (24 August 2011). "France youth squad GK Alphonse Areola shows Azkals interest". Philippine Daily Inquirer. Dicapai pada 23 February 2015.
  44. ^ "France triumph after shootout drama". FIFA. 13 July 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 15 August 2015.
  45. ^ "Equipe de France : Diarra et Sakho de retour pour affronter le Danemark et l'Arménie". Le Parisien. 1 October 2015. Dicapai pada 1 October 2015.(dalam bahasa Perancis)
  46. ^ "Areola to Return for Arsenal Clash?". Ligue 1. 10 November 2016. Dicapai pada 20 November 2016.
  47. ^ Charles, Andy (17 May 2018). "Alexandre Lacazette and Anthony Martial on standby for France World Cup squad and Dimitri Payet out". Sky Sports. Dicapai pada 18 May 2018.
  48. ^ Leong, Kelvin (16 July 2018). "France World Cup winner Alphonse Areola can still play for Azkals". Fox Asia. Dicapai pada 17 July 2018.
  49. ^ Kulawik, Francois (16 July 2018). "Areola, l'improbable anomalie" (dalam bahasa French). Europe 1 Sports. Dicapai pada 13 August 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  50. ^ "First cap for Areola, Lecomte gets call". Ligue 1. 4 September 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-07. Dicapai pada 6 September 2018.
  51. ^ Harris, Daniel (6 September 2018). "Alphonse Areola the star as France and Germany play out dour draw". EuroSport. Dicapai pada 7 September 2018.
  52. ^ Biodata Alphonse Areola di Soccerway
  53. ^ Templat:NFT
  54. ^ "PSG clinch Ligue 1 title by thrashing Monaco". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2020-05-30.
  55. ^ "PSG Champions as Lille held at Toulouse". www.ligue1.com. 21 April 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-26. Dicapai pada 21 April 2019.
  56. ^ "Mbappé and Di Maria Earn PSG First 2019-20 Trophy". www.ligue1.com. 3 August 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-03. Dicapai pada 3 August 2019.
  57. ^ "Real Madrid win the Supercopa from the spot". marca.com. 12 January 2020. Dicapai pada 12 January 2020.
  58. ^ McNulty, Phil (15 July 2018). "France 4–2 Croatia". BBC. Dicapai pada 15 July 2018.
  59. ^ "Technical report" (PDF). UEFA. m/s. 13. Dicapai pada 3 April 2018.
  60. ^ "Our Champions League breakthrough team of 2016". UEFA. 24 December 2016. Dicapai pada 24 December 2016.

Pautan luar sunting