Alternatif Buat Orang Timur (album Abot)

Alternatif Buat Orang Timur merupakan album studio sulung bagi penyanyi alternatif wanita, Abot yang diterbitkan pada tahun 1996 oleh Gomogi Production. Abot merakamkan album ini bersama komposer Lan Laga dan Sam, juga merangkap penerbit album ini. Abot menjadikan pengakroniman judul album ini sebagai nama pentasnya.

Alternatif Buat Orang Timur
Album studio oleh
Abot
Dilancarkan pada1996 (1996)
Dirakamkan pada1995
StudioKing Studio
GenreRock alternatif, balada, country
Panjang48:43
SyarikatGomogi Production
PenerbitLan Laga, Sam
Kronologi Abot
Alternatif Buat Orang Timur
(1996)
Tak Tahu?
(1997)
Single daripada Alternatif Buat Orang Timur
  1. "Kebebasan"
    Dikeluarkan: 1996
  2. "Kasih Sinambungan"
    Dikeluarkan: 1996
  3. "Camar"
    Dikeluarkan: 1996
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Album ini memuatkan 11 buah lagu yang bereksperimentasikan rock alternatif dengan sentuhan pengaruh balada dan country serta ciri-ciri gitar, biola, akordion dan harmonika. Lirik-liriknya lebih berkisarkan tentang nasihat, kehidupan, perhubungan, kedamaian, dan kerohanian. Ini adalah satu-satunya album terbaik Abot yang mana beliau berjaya mencipta fenomena dan mengubah suasana industri muzik Malaysia pada ketika itu.

Tiga single utama album ini, Kebebasan, Kasih Sinambungan dan Camar menjadi taruhan Abot dan mendapat tempat di stesen radio. Ketiga-tiga single ini dipertandingkan dalam program mingguan Muzik Muzik dan lagu Camar berjaya ke pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 12 dalam kategori Pop Rock.

Abot hanya menulis dan mencipta dua buah lagu dalam album ini (Kasih Sinambungan dan Camar). Beliau mencipta lagu Camar ketika beliau baru berusia 13 tahun. Lagu Hek Engriag adalah satu-satunya lagu alternatif pertama yang ditulis dan dinyanyikan dalam bahasa Orang Asli suku kaum Semai. Muzik lagu tersebut dipinjam daripada lagu Nyanyian Kedamaian.

Senarai runut sunting

No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Kebebasan"FaizFaiz4:26
2."Kasih Sinambungan"AbotAbot4:26
3."Nyanyian Kedamaian"Azam DungunLan Laga4:30
4."Dunia Ku"Azam DungunHassan (Babylon)3:32
5."Biar Benar"Azam DungunHassan (Babylon)4:18
6."Ke Puncak Awana"Ajak (Happy Nightmare)Ari4:06
7."Biarkan Berapi"Azam DungunReza4:25
8."Hek Engriag" (Lagu Bonus Dalam Bahasa Orang Asli Suku Kaum Semai) PandakLan Laga4:38
9."Anugerah"Ajak (Happy Nightmare)Ari6:39
10."Hati Ku"Adinda AmiroZack3:42
11."Camar"AbotAbot5:59
Jumlah masa: :48:43


Tenaga kerja sunting

Penyanyi sunting

Syarikat sunting

Produksi sunting

  • Lan Laga & Sam – penerbit, susunan muzik, juruadun
  • Alfred SC Loh – adunan akhir
  • C.L Toh – mastering
  • David, Jig, Sam - jururakam
  • K.S. Chow – rekaan kulit album dan fotografi


Kedudukan sunting

Separuh Akhir Muzik Muzik 12 sunting

Tahun Karya tercalon Kategori Keputusan
1997 "Camar" Pop Rock Tercalon

Pautan luar sunting