Alvin and the Chipmunks

Alvin and the Chipmunks merupakan kisah tiga bersaudara chipmunk (tupai tanah) yang membentuk satu kumpulan penyanyi. Alvin yang paling tua menjadi pemimpin adik-adiknya yang nakal, suka membuat masalah dan justeru yang paling cepat menjadi terkenal dibanding kedua adiknya. Simon adalah si genius dan berkacamata. Terakhir adalah Theodore yang paling gemuk dan baik hati namun mudah dipengaruhi. Ketiga nama tupai tanah ini diambil dari nama eksekutif syarikat rakaman Liberty Records iaitu Alvin Bennett (presiden), Simon Waronker (pendiri dan pemilik) dan Theodore Keep (ketua jurutera).

Alvin and the Chipmunks
Berasal dariFresno, California, A.S.
Tahun aktif1958 – kini
Syarikat rakaman
Liberty Records
RCA Records
Sony Wonder
Quality Records
Chipmunk Records
Laman sesawang
chipmunks.com
AhliRoss Bagdasarian, Jr.
Janice Karman
Steve Vining
Randy Miller
Ali Dee Theodore
Bekas ahliRoss Bagdasarian, Sr. (meninggal)
Jai Winding
Johnny Mann
Randy Edelman
Joe Reisman

Sejarah sunting

Ross Bagdasarian, Sr adalah pembuat Alvin and the Chipmunks pada tahun 1958. Beliau membuat animasi tentang sebuah kumpulan muzik. Banyak yang mengira, Alvin and the Chipmunks dari kartun animasi kemudian berkembang ke muzik. Justeru sebaliknya. Para tupai tanah diisi suara oleh Ross Bagdasarian, Sr sendiri. Beliau sendiri yang membuat suara tupai tanah seperti itu dengan cara mempercepat dan mengulang-ulang suara hingga menjadi suara yang tinggi dan nyaring. Ketika Ross Bagdasarian, Sr meninggal tahun 1972, suara tupai tanah digantikan oleh Ross Bagdasarian, Jr dan isterinya Janice Karman.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting