Alyssa Daguisé

Pelakon wanita Indonesia
(Dilencongkan dari Alyssa Daugise)

Alyssa Paramitha Daguisé (lahir di Lombok, Nusa Tenggara Barat, 25 Mac 1998; umur 26 tahun) ialah seorang model, selebriti internet dan pelakon Indonesia berketurunan Perancis.

Alyssa Daguisé
Kelahiran
Alyssa Paramitha Daguisé

(1998-03-25) 25 Mac 1998 (umur 26)
Pekerjaan
Laman web rasmiwww.alyssadaguise.com

Kehidupan dan kerjaya sunting

Alyssa Daguisé lahir di Lombok pada 25 Mac 1998 sebagai anak Richard Vicent Daguisé, peniaga perhotelan berdarah campuran Perancis dan Rissa Dewi, berketurunan Melayu, Sumatera Selatan yang memiliki minat pada dunia fesyen. Kedua-dua ibu bapanya memiliki agama berbeza; ayahnya beragama Kristian sementara ibunya seorang Muslim. Beliau memiliki saudara perempuan bernama Alexandra Daguisé dan dua adik laki-laki, Andhika Daguisé dan Andrew Daguisé.[1][2][3]

Alyssa awalnya melanjutkan pelajaran dalam bidang pergigian. Selama di Perancis, beliau tertarik terhadap bidang sains. Prestasi akademiknya yang selalunya tinggi membolehkan dirinya diterima di Universiti Paris Descartes dalam jurusan pergigian. Walau bagaimanapun, selama menjalani kuliahnya, Ayssa merasa tidak bahagia lalu berkeputusan keluar daripada jurusan itu dan masuk ke sekolah fesyen di Mod’Art International Paris. Beliau menamatkan pendidikannya pada September 2021.[3]

Selepas berhenti dalam jurusan pergigian, Alyssa mula mengejar kerjaya sebagai model dan berfokus terhadap industri fesyen.[3] Beliau juga dikenal sebagai bintang Internet melalui Instagram dan YouTube. Di samping itu, beliau menjadi perhatian awam atas hubungannya dengan pelakon Ahmad Al Ghazali.[2] Pada 2020, Alyssa tampil dalam filem Pelukis Hantu arahan Arie Kriting dengan berperanan sebagai Elia.[4]

Filemografi sunting

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2020 Pelukis Hantu Elia MD Pictures & Disney+ Hotstar

Rujukan sunting

  1. ^ Madelina, Tyssa (19 Mac 2020). "Sederet Potret Masa Kecil Alyssa Daguise Kekasih Al Ghazali, Imut dan Bule Banget!". KapanLagi (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Ogos 2020. Dicapai pada 10 April 2022.
  2. ^ a b Puspita Sari, Rintan (20 Oktober 2020). Maharani, Dian (penyunting). "5 Hal Tentang Alyssa Daguise, Wanita yang Taklukkan Hati Al Ghazali". Kompas (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2021. Dicapai pada 10 April 2022.
  3. ^ a b c Rusmalia, Rianty (20 Disember 2021). "Alyssa Daguisé Mengerahkan Daya Mengejar Ambisi". Elle. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2022. Dicapai pada 10 April 2022.
  4. ^ Cicilia, Maria (16 Oktober 2020). Putri, Maria Rosari Dwi (penyunting). ""Pelukis Hantu" tayang mulai hari ini di Disney+ Hotstar". Antaranews. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Februari 2021. Dicapai pada 10 April 2022.

Pautan luar sunting