Amanda Michelle Seyfried (/ˈsfrɛd/ SY-fred;[1] lahir 3 Disember 1985) ialah seorang pelakon dan penyanyi wanita Amerika Syarikat. Beliau memulakan karier sebagai seorang model ketika berumur 11 tahun dan memulakan karier dalam bidang lakonan ketika berumur 15 tahun.

Amanda Seyfried
Seyfried di Hollywood, California pada 1 Ogos 2019
Kelahiran
Amanda Michelle Seyfried

(1985-12-03) 3 Disember 1985 (umur 38)
PekerjaanPelakon, penyanyi, model
Tahun aktif1996–kini

Pada tahun 2004, Seyfried membuat penampilan filem pertamanya dalam filem komedi remaja, Mean Girls. Peranan sokongan beliau selepas itu adalah dalam filem bebas seperti Nine Lives (2005) dan drama jenayah, Alpha Dog (2006), beliau juga mempunyai peranan berulang dalam drama UPN TV, Veronica Mars (2004–2006). Diantara tahun 2006 dan 2011, beliau membintangi siri drama HBO, Big Love dan muncul dalam filem muzikal 2008, Mamma Mia!.

Penampilan beliau yang lain termasuk watak utama dalam Jennifer's Body (2009), Chloe (2009), Dear John (2010), Letters to Juliet (2010), Red Riding Hood (2011), In Time (2011), Gone (2012), Les Misérables (2012), Lovelace (2013), A Million Ways to Die in the West (2014) dan Ted 2 (2015).

Kehidupan awal sunting

Seyfried dilahirkan di Allentown, Lehigh County, Pennsylvania pada 3 Disember 1985.[2] Ibunya, Ann (née Sander) adalah seorang ahli terapi pekerjaan dan bapanya, Jack Seyfried adalah seorang ahli farmasi.[2][3] Beliau berketurunan Jerman, Inggeris, Scotland-Ireland dan Wales.[4][5][6] Seyfried menamatkan pengajian pada tahun 2003 dari Sekolah Tinggi William Allen di Allentown.[7] Beliau mempunyai seorang kakak bernama Jennifer Seyfried. Beliau merupakan seorang ahli muzik dalam kumpulan rock Philadelphia, Love City.[2][8]

Karier sunting

1996–2006 sunting

Ketika tempoh Seyfried sebagai seorang model, beliau muncul dalam iklan cetak untuk syarikat pakaian termasuk Limited Too bersama Leighton Meester dan ditampilkan dalam tiga kulit buku novel bersiri Sweet Valley High.[2] Beliau berhenti daripada menjadi model ketika berumur tujuh belas tahun,[2] dan bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah pusat komuniti persaraan.[9] Seyfried mempelajari vokal, opera dan berlatih bersama seorang jurulatih pementasan Broadway semasa masih remaja. Beliau mula berlakon sebagai pelakon tambahan dalam drama televisyen, Guiding Light[10] Dari tahun 2000 sehingga 2001, beliau melakonkan watak Lucy Montgomery dalam As the World Turns.[10] dan Joni Stafford dalam All My Children dari tahun 2002 sehingga 2003.[11]

Pada tahun 2003, Seyfried menjalani uji bakat untuk watak Regina George dalam filem Mean Girls; watak itu kemudiannya diberi kepada Rachel McAdams. Walaupun beliau pada mulanya dicadangkan untuk melakonkan watak utama Cady Heron, yang diberikan kepada Lindsay Lohan, penerbit filem itu memutuskan bahawa Seyfried akan melakonkan watak Karen Smith, kawan Regina.[10][12] Filem itu mencapai kejayaan box office dengan membuat kutipan sebanyak AS$129 juta.[13] Lakonan Seyfried di dalam filem ini membolehkan beliau bersama-sama Lohan, Lacey Chabert dan McAdams memenangi Anugerah Filem MTV dalam kategori "Best On-Screen Team".[14] Seyfried menjalani ujibakat untuk watak utama dalam siri televisyen UPN, Veronica Mars.[10] Watak itu kemudiannya diberikan kepada Kristen Bell dan Seyfried melakonkan watak rakan karib Veronica, Lilly Kane.[10] Wataknya hanya ditunjuk dalam babak imbasan.[10] Seyfried muncul dalam sepuluh episod siri televisyen ini pada tahun 2004 sehingga 2005.[11]

Pada tahun 2005, Seyfried melakonkan watak utama, Samantha, sebuah karakter yang ditulis oleh pengarah, Rodrigo García khas untuknya dalam filem Nine Lives yang menampilkan sembilan filem pendek dengan tema berlainan dan barisan pelakon yang luas.[15] Untuk lakonannya dalam filem ini, Seyfried bersama-sama pelakon wanita utama filem ini yang lain memenangi anugerah dari Festival Filem Antarabangsa Locarno untuk Pelakon Wanita Terbaik.[16] Pada tahun yang sama, beliau melakonkan watak sokongan, Mouse dalam filem bebas, American Gun.[11] Pada tahun 2006, Seyfried muncul dalam lima episod siri TV, Wildfire sebagai Rebecca dan melakonkan watak utama sebagai Chrissy dalam filem pendek, Gypsies, Tramps & Thieves. Seyfried juga melakonkan watak kecil sebagai Julie Beckley di dalam filem Alpha Dog. Dari tahun 2004 sehingga 2006, Seyfried membuat beberapa penampilan tetamu dalam siri televisyen termasuk House, M.D., Justice, Law & Order: Special Victims Unit, American Dad! dan CSI: Crime Scene Investigation.[10]

2006–2011 sunting

Seyfried mula terkenal selepas peranan beliau dalam bersiri HBO, Big Love. Seyfried melakonkan watak Sarah Henrickson di dalam drama ini. Big Love pertama kali ditayangkan di Amerika Syarikat pada 12 Mac 2006. Pada bulan Disember 2009, HBO mengesahkan bahawa Seyfried akan kembali untuk musim keempat drama ini tetapi ia akan menjadi musim terakhirnya kerana Seyfried ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya filem beliau dan projek yang akan datang.[17]

Susulan Big Love, Seyfried melakonkan watak sokongan sebagai Zoe di dalam filem drama seram tahun 2008, Solstice dan beliau membintangi bersama Meryl Streep dalam filem Mamma Mia!.[8] Mamma Mia! merupakan watak utama Seyfried yang pertama. Filem ini merupakan filem dengan kutipan kelima tertinggi pada tahun 2008,[18] dan setakat bulan Januari 2013, ia merupakan filem dengan kutipan ke-73 tertinggi sepanjang zaman.[19] Persembahan muzikal beliau dalam Mamma Mia! dikeluarkan dalam runut bunyi filem ini dimana beliau menyanyikan lima lagu.[20]

Pada bulan Mac 2008, Seyfried dipilih untuk berlakon dalam filem komedi seram, Jennifer's Body. Dalam filem ini, Seyfried melakonkan watak Anita "Needy" Lesnicki. Filem ini ditayangkan buat pertama kali di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2009 dan ditayangkan di teater pada 18 September 2009.[21] Filem ini menerima ulasan bercampur daripada pengkritik.[22] Pada tahun yang sama, beliau dipilih untuk berlakon dalam filem bebas, Boogie Woogie. Beliau melakonkan watak Paige Oppenheimer. Filem ini pada ditayangkan pada 26 Jun 2009 di Festival Filem Antarabangsa Edinburgh dan secara rasminya ditayangkan di teater AS pada 25 April 2010.[23] Pada 22 Februari 2009, Seyfried menyampaikan anugerah Anugerah Akademi Tahunan ke-81 2009.[24] Pada awal bulan Mac 2009, pengarah, Zack Snyder telah memilih Seyfried untuk melakonkan watak utama, Baby Doll dalam filem Sucker Punch,[25] tetapi Seyfried terpaksa keluar daripada projek filem ini konflik jadual bersama Big Love.[2][26]

Seyfried membintangi bersama Channing Tatum dalam Dear John, sebuah adaptasi dari novel dengan nama yang sama ditulis oleh Nicholas Sparks.[27][28] Filem ini ditayangkan pada 5 Februari 2010 dan merima ulasan negatif.[27][28] Seyfried menulis dan menyanyikan lagu "Little House", sebuah lagu yang muncul dalam runut bunyi filem Dear John.[29] Seyfried muncul dalam filem erotik thriller, Chloe yang ditayangkan oleh Sony Pictures Classics pada 26 Mac 2010.[30] Chloe pada asalnya ditayangkan di Festival Filem Toronto pada bulan September 2009.[31] Lakonan Seyfried di dalam filem ini menerima ulasan baik daripada pengkritik.[32]

Pada tahun 2010, Seyfried membintangi filem romantik komedi, Letters to Juliet yang menerima ulasan bercampur dan merupakan satu kejayaan box office. Filem ini mengutip AS$80 juta di seluruh dunia. Beliau menerima anugerah sebagai "Showest Breakthrough Female Star of The Year".[33] Beliau juga memenangi kategori "Scared-As-S**T" untuk lakonannya dalam Jennifer's Body dan dicalonkan untuk Lakonan Wanita Terbaik untuk filem Dear John di Anugerah Filem MTV 2010.[34][35] Juga pada tahun 2010, beliau dimasukkan ke dalam senarai Forbes "17 Bintang Untuk Dilihat" dan[36][37] menerima 3 pencalonan dalam Teen Choice Awards.[38]

Seyfried melakonkan watak Valerie di dalam filem Red Riding Hood; ia ditayangkan pada 11 Mac 2011 dan menerima ulasan tetapi tetapi mencapi kejayaan box office dengan kutipan AS$90 juta berbanding bajet produksi sebanyak AS$42 juta. Beliau juga melakonkan watak utama sebagai Sylvia Weis di dalam filem In Time. Filem ini ditayangkan pada bulan Oktober 2011 dan menerima ulasan bercampur. Filem ini mengutip AS$172 juta di seluruh dunia.

2012–sekarang sunting

Seyfried membintangi filem Gone ditayangkan pada awal tahun 2012. Kemudiannya pada tahun itu, beliau melakonkan watak Cosette dalam Les Misérables. Filem itu dan lakonannya menerima pujian positif daripada pengkritik dan dicalonkan untuk Best Picture Anugerah Akademi serta mengutip S$440 juta di seluruh dunia.[39][40][41]

Pada tahun 2013, Seyfried muncul dalam filem komedi, The Big Wedding dan mempunyai watak suara dalam filem animasi, Epic. Beliau melakonkan watak Linda Lovelace dalam filem Lovelace. Lakonannya dalam filem itu menerima pujian daripada pengkritik.[42] Beliau ditandatangani untuk melakonkan watak Ann Burden dalam Z for Zachariah,[43] tetapi digantikan oleh Margot Robbie,[44] . Beliau melakonkan watak Mary dalam filem Pan.[45] Beliau juga membintangi filem komedi 2015, Ted 2 bersama-sama Mark Wahlberg dan Seth MacFarlane.

kehidupan peribadi sunting

Seyfried telah menyatakan bahawa beliau menghidap masalah kebimbangan dan serangan panik. Beliau juga mengalami masalah ketakutan pentas dan mengelak daripada berlakon dalam produksi teater sehingga bulan April 2015, apabila beliau membintangi produksi off-broadway The Way We Get By di Second Stage Theater.[46]

Seyfried mempunyai hubungan bersama pelakon Mamma Mia!, Dominic Cooper dari tahun 2008 sehingga tahun 2010,[47][48] dan Justin Long dari tahun 2013 sehingga tahun 2015.[49][50]

Filmografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Nota
2004 Mean Girls Karen Smith
2005 Nine Lives Samantha
2005 American Gun Mouse
2006 Alpha Dog Julie Beckley
2006 Gypsies, Tramps & Thieves Chrissy Filem pendek
2008 Solstice Zoe
2008 Mamma Mia! Sophie Sheridan
2008 Official Selection Emily Filem pendek
2009 Boogie Woogie Paige Oppenheimer
2009 Jennifer's Body Anita "Needy" Lesnicki
2009 Chloe Chloe Sweeney
2010 Dear John Savannah Lynn Curtis
2010 Letters to Juliet Sophie Hall
2011 Red Riding Hood Valerie
2011 A Bag of Hammers Amanda
2011 In Time Sylvia Weis
2012 Gone Jill Conway
2012 Les Misérables Cosette
2013 The End of Love Dirinya sendiri Kameo
2013 The Big Wedding Missy O'Connor
2013 Epic Mary Katherine (suara)
2013 Lovelace Linda Lovelace
2014 A Million Ways to Die in the West Louise
2014 Dog Food Eva Filem pendek
2015 While We're Young Darby
2015 Ted 2 Samantha Leslie Jackson
2015 Unity Pencerita Dokumentari
2015 Pan Mary
2015 Love the Coopers Ruby
2015 Fathers and Daughters Katie
2016 Hearing Ejen ISA, Mary Davison

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Watak Nota
1999–2001 As the World Turns Lucinda "Lucy" Montgomery
2003 All My Children Joni Stafford 3 episod
2004 Law & Order: Special Victims Unit Tandi McCain Episod: "Outcry"
2004–2006 Veronica Mars Lilly Kane 11 episod
2005 House Pam Episod: "Detox"
2006 Wildfire Rebecca 5 episod
2006 CSI: Crime Scene Investigation Lacey Finn Episod: "Rashomama"
2006 Justice Ann Diggs Episod: "Pretty Woman"
2006–2011 Big Love Sarah Henrickson 44 episod
2008 American Dad! Amy (suara) Episod: "Escape from Pearl Bailey"
2014 Cosmos: A Spacetime Odyssey Marie Tharp (suara) Episod "The Lost Worlds of Planet Earth"

Diskografi sunting

Diskografi
Tahun Tajuk Album
2008 "Honey, Honey" Mamma Mia! The Movie Soundtrack
"Our Last Summer"
"Lay All Your Love on Me"
"Gimme! Gimme! Gimme! (A Man After Midnight)"
"The Name of the Game"
"Slipping Through My Fingers"
"I Have a Dream"
"Thank You for the Music"
2010 "Amanda's Love Song" PostTheLove
"Little House" Dear John
2011 "L'il Red Riding Hood" Red Riding Hood
2012 "In My Life" Les Misérables: Highlights from the Motion Picture Soundtrack
"A Heart Full of Love"
"One Day More"
"A Heart Full of Love – Reprise"
"Suddenly – Reprise"
"Epilogue"
2015 "Mean Ol' Moon" Ted 2

Rujukan sunting

  1. ^ "Amanda Seyfried Exclusive: My Name's Not 'Siegfried'". Hollywood.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-14. Dicapai pada Disember 4, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ a b c d e f Judy Backrach. Wide Eyed Girl. September 2009. Allure magazine
  3. ^ Longsdorf, Amy (Julai 13, 2008). "'It's just so RIDICULOUS.' ** With a star turn in 'MAMMA MIA!' Allentown native AMANDA SEYFRIED has sung her way onto the HOLLYWOOD A-LIST. She talks about her exciting life". The Morning Call. Dicapai pada Januari 29, 2010.
  4. ^ Stated on Live with Regis and Kelly, May 14, 2010; can be viewed at Amanda Seyfried wears her BODYAMR Interview On Live With Regis and Kelly
  5. ^ "Biography for Amanda Seyfried". imdb. Dicapai pada Ogos 8, 2013.
  6. ^ "Ethnicity: German, Scotch-Irish, English"
  7. ^ "Amanda Seyfried: From Soaps To Big Screen Stardom". The Morning Call. Julai 13, 2008. Dicapai pada January 6, 2010.
  8. ^ a b Lina Das (June 18, 2008). "'I'm just so open about things at this point in my life – and that can get you into trouble'". Daily Mail. UK. Dicapai pada Januari 1, 2010.
  9. ^ Interview with David Letterman. The Letterman Show. January 2010
  10. ^ a b c d e f g "Amanda Seyfried Profile". AskMen.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-25. Dicapai pada Januari 1, 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ a b c "Amanda Seyfried". IMDb.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-03. Dicapai pada January 1, 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  12. ^ Mean Girls at IMDb
  13. ^ "Mean Girls (2004)". BoxOfficeMojo.com. Dicapai pada Januari 1, 2010.
  14. ^ "Mean Girls (2004): Awards". IMDb.com. Dicapai pada Januari 1, 2010.
  15. ^ Michael J. Lee (June 21, 2005). "Amanda Seyfried on 'Nine Lives'". Movies. RadioFree.com. Radio Free Entertainment. Dicapai pada February 5, 2010.
  16. ^ "Nine Lives: Awards". IMDb.com. Dicapai pada January 6, 2010.
  17. ^ Jennifer Godwin (Disember 18, 2009). "This Just In: Amanda Seyfried Says Bye to Big Love". E! Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-13. Dicapai pada Januari 1, 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  18. ^ "Mamma Mia! (2008)". Box Office Mojo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-02. Dicapai pada Januari 2, 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  19. ^ "Box Office Mojo – All Time Worldwide Box Office". Box Office Mojo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-02. Dicapai pada January 2, 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  20. ^ "Mamma Mia! [Soundtrack]". Amazon.com. Dicapai pada Januari 2, 2010.
  21. ^ Jennifer Kwan (September 14, 2009). "Cody exorcises demons from "Jennifer's Body"". Thomas Reuters. Reuters. Dicapai pada January 1, 2010.
  22. ^ "Jennifer's Body". RottenTomatoes.com. September 21, 2009. Dicapai pada January 1, 2010.
  23. ^ Boogie Woogie (2009) – IMDb
  24. ^ "81st Annual Academy Awards". IMDb. IMDB Inc. Dicapai pada January 1, 2010.
  25. ^ "'Watchmen' director goes for 'Sucker Punch'". Zap2it. Mac 4, 2009. Dicapai pada January 1, 2010.
  26. ^ Nicole Sperling (Mac 23, 2009). "Amanda Seyfried out of Zack Snyder's 'Sucker Punch'". Entertainment Weekly. Dicapai pada Januari 1, 2010.
  27. ^ a b Schwartz, Terri (January 1, 2010). "So Long 2009! Here Are The Top 10 Movies And TV Shows We're Most Looking Forward To In 2010". Viacom. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-07. Dicapai pada January 2, 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  28. ^ a b "Dear John". IMDb. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-03. Dicapai pada January 1, 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  29. ^ "Dear John — Original Motion Picture Soundtrack". DearJohnSoundtrack.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-16. Dicapai pada Januari 18, 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  30. ^ "Chloe". Box Office Mojo. IMDb Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-13. Dicapai pada June 7, 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  31. ^ Sharon Swart (October 8, 2009). "Sony seduced by 'Chloe'". Variety. Dicapai pada January 1, 2010.
  32. ^ Barshad, Amos (July 30, 2012). "Star Market: Can Amanda Seyfried Live Out a Hollywood Fairy Tale? - Vulture". Nymag.com. Dicapai pada August 16, 2012.
  33. ^ "Amanda Seyfried Named Showest Breakthrough Female Star of The Year" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-16. Dicapai pada April 17, 2011.
  34. ^ "MTV Movie Awards 2010: Winners". Film-book.com. June 6, 2010. Dicapai pada July 28, 2010.
  35. ^ "MTV Movie Awards 2010: Nominations". Film-book.com. May 13, 2010. Dicapai pada July 28, 2010.
  36. ^ Lauren-Leigh Frum, Dorothy Pomerantz and Lacey Rose (June 22, 2010). "In Pictures: 17 Stars To Watch — Amanda Seyfried". Forbes. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-02. Dicapai pada July 28, 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  37. ^ Frum, Lauren-Leigh; Pomerantz, Dorothy; Rose, Lacey (June 22, 2010). "The Stars To Watch". Forbes. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-23. Dicapai pada July 28, 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  38. ^ Teen Choice Awards 2010
  39. ^ Published Wednesday, January 11, 2012, 19:08 GMT (January 11, 2012). "'Les Misérables' has an amazing cast, says Eddie Redmayne – video". Digitalspy.co.uk. Dicapai pada August 16, 2012.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  40. ^ Jones, Kenneth (18 January 2012). "Catch Him If You Can: Aaron Tveit Will Play Enjolras in Les Miz Film". playbill.com. Dicapai pada November 24, 2012.
  41. ^ Kit, Borys (January 17, 2012). "'Les Miserables' Movie Casts 'Gossip Girl' Actor Aaron Tveit as Rebellion Leader". hollywoodreporter.com. Dicapai pada November 27, 2012.
  42. ^ "Demi Moore and Adam Brody bone up for porn star biopic 'Lovelace' starring Amanda Seyfried". HitFix. January 2, 2011. Dicapai pada January 9, 2012.
  43. ^ "Chris Pine, Amanda Seyfried and Chiwetel Ejiofor to star in 'Z For Zachariah'". Variety. PMC. Mei 15, 2013.
  44. ^ Public, The (15 September 2014). "Z for Zachariah". wikipedia. wikipedia. Dicapai pada 22 January 2015.
  45. ^ "Amanda Seyfried Joins Hugh Jackman in Warner's Peter Pan Movie". Deadline. April 23, 2014. Dicapai pada 2014-04-24.
  46. ^ Seyfried, Amanda (December 12, 2012). "The Late Show with David Letterman" (Temu ramah). Ditemuramah oleh Letterman, David.
  47. ^ "Dominic Cooper cheated on me with his Mamma Mia! co-star Amanda but begged me to take him back, claims ex-girlfriend". Daily Mail. 20 January 2009. Dicapai pada 24 December 2015.
  48. ^ "Amanda Seyfried on Ex Boyfriend Dominic Cooper: "We Love Each Other"". US Weekly. 11 July 2013. Dicapai pada 24 December 2015.
  49. ^ Van Meter, Jonathan (May 18, 2015). "Amanda Seyfried Talks Family, Ted 2, and Finding Love on Instagram". Vogue. Condé Nast. Diarkibkan daripada yang asal pada Sep 6, 2015. Dicapai pada September 30, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  50. ^ "Amanda Seyfried and Justin Long Split After Two Years: Details - Us Weekly". Dicapai pada 2015-10-01.

Pautan luar sunting