Amani Swissi
Amani Swissi (lahir di Sfax, Tunisia, 11 April 1983; umur 41 tahun) ialah penyanyi Muslim yang baru dari Tunisia, dengan album kemunculan buat pertama kalinya, Wain, diterbitkan baru-baru ini oleh Rotana. Dalam tempoh beberapa bulan sahaja, Amani telah mencapai kemasyhuran dengan rekod singlenya, Shayef Nafsou, yang amat berjaya. Sebelum itu, beliau telah menakjubkan dunia Arab dengan kemunculan-kemunculan bintang pop yang mempersonakan serta suara dan bakat nyanyiannya.
Amani Swissi | |
---|---|
Kelahiran | Sfax, Tunisia | 11 April 1983
Genre | Muzik Arab |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 2007 — sekarang |
Syarikat rakaman | Fail:Rotana Music logo.jpg Rotana |
Laman sesawang | www.amaniswissi.com |
Amani pernah bekerja dengan Osama dan Assi Al Rahbani dalam drama, 'Gebran Wa Al Naby', yang membawa pengertian 'Gibran dan nabi'. Mereka membuat melebihi 50 buah persembahan di sekitar negara-negara Arab, dengan usaha itu mencapai suatu kejayaan yang amat cemerlang. Amani kini sibuk dengan persediaan untuk persembahan-persembahan di Tunisia, Jordan, Syria dan negara-negara Arab yang lain bagi perayaan-perayaan musim panas.