Amboi (album Altimet)

Amboi merupakan album Malaysia tahun 2016 oleh penyanyi Altimet, ia merupakan album studio ketiga beliau yang dikeluarkan pada 27 November 2016.

Amboi
Album studio oleh
Dilancarkan pada
27 November 2016 (2016-11-27)[1]
Dirakamkan pada
2015-2016
GenreHip Hop
Bahasabahasa Melayu Malaysia
SyarikatYebba Yebba Management

PenerbitanSunting

Amboi menampilkan sembilan buah lagu yang liriknya ditulis sendiri oleh Altimet dengan sentuhan komposer terkenal seperti SonaOne, Navigator, DJ Fuzz, Noh Salleh, Emir Hermono, Switch dan Fauzi Marzuki. Album ini mengambil masa setahun untuk disiapkan, ia turut menampilkan artis undangan termasuk The Kawan Band, Aman RA, Diandra Arjunaidi, Adeep Nahar dan Amir Jahari.[2]

"Kesemua lagu di dalam album ini telah ditulis secara spontan di studio rakaman. Saya tidak membenarkan diri saya menulis lirik di tempat lain. Tindakan ini sengaja saya lakukan kerana mahu mencabar diri saya sendiri dalam proses penulisan lirik dan pembikinan lagu di luar kebiasaan saya."

—Altimet mengulas mengenai album ketiganya.

Keluaran dan sambutanSunting

Amboi dikeluarkan pada 27 November 2016, sempena ulang tahun kelahiran Altimet ke-38.[3]

Senarai runutSunting

No. TajukPenulis Masa
1. "Seru"    3:06
2. "Jaguh (feat. Dan $hiv)"    4:15
3. "Amboi"    3:33
4. "Salute (feat. Aman RA)"    3:44
5. "Saya"    3:20
6. "Kulit (feat. Adeep Nahar)"    4:02
7. "Sabarlah (feat. Amir Jahari)"    3:57
8. "Selamat Pagi (feat. Diandra Arjunaidi)"    4:13
9. "Keliling Dunia (feat. The Kawan Band)"    4:05

RujukanSunting

  1. ^ "Amboi". iTunes Store (MY). Apple. Dicapai pada 2017-03-15.
  2. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (14 Disember 2016). Altimet Cabar Diri Siapkan Album 'Amboi' Dalam Sebulan mStar Online. Dicapai pada 14 Disember 2016.
  3. ^ Budiey (16 Disember 2016). Altimet Lancar Album Terbaru Berjudul AMBOI Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 Disember 2016.