Amelia (filem)

Amelia merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 1996 arahan dan skrip oleh Rosnani Jamil. Dibintangi oleh Joe Wings, Ruhil Amani, Azean Irdawaty dan ramai lagi,[2][3] filem ini ditayangkan pada 16 Mei 1996.

Amelia
Amelia 01.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahRosnani Jamil
Lakon layarRosnani Jamil
Dihasilkan olehJamil Sulong
Dibintangi
SinematografiJohari Ibrahim
Disunting olehJohari Ibrahim
Muzik olehJoe Wings
Diedarkan olehRJ Filem
Tarikh tayangan
16 Mei 1996[1]
Durasi tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

SinopsisSunting

Amelia berkenalan dengan Fandy. Kalsom, ibu Amelia mahu menjodohkan Amelia dengan Jefry, anak sepupunya tetapi dihalang oleh bapanya. Aminuddin, bapa Amelia menemui Fandy dan menceritakan segala dan berharap Fandy dapat mengahwini Amelia. Fandy kecewa lalu terus ke luar Negara dan ini menyebabkan Amelia bersetuju mengahwini Jefry. Amelia dijangkiti AIDS dari Jefry. Jefry meninggal dunia akibat kemalangan. Fandy menebus kesilapan dengan mengahwini Amelia.

PelakonSunting

PenerbitanSunting

Amelia diarahkan oleh Rosnani Jamil yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip dengan suaminya, Jamil Sulong sebagai penerbit.[5][6][7] Untuk filem ini, Rosnani memilih penyakit AIDS sebagai subjek utama.[8]

Penyanyi, Ruhil Amani sanggup menunda rakaman album terbarunya untuk berlakon dalam filem ini.[9] Namun, semasa menjalani penggambaran, Ruhil mengalami sedikit kecederaan apabila terjatuh dari kuda tunggangannya,[10] namun keadaannya stabil selepas menerima rawatan.

Penggambaran dijalankan pada Ogos dan September 1995 di Kuala Lumpur dan dua lokasi di PahangBukit Fraser dan Cameron Highlands.[5] Filem ini telah menerima kelulusan daripada Lembaga Penapis Filem (LPF) tanpa sebarang potongan selepas selesai menjalani proses penapisan pada Januari 1996.[11]

Keluaran dan sambutanSunting

Amelia ditayangkan pada 16 Mei 1996 di pawagam selurun Malaysia.[12]

AnugerahSunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1997 Festival Filem Malaysia ke-13 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Azean Irdawaty Menang

RujukanSunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q "Catatan penerbitan Amelia". Filem Kita. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 April 2018. Dicapai pada 4 Mac 2009.
  2. ^ "Amelia penuh mesej membina". Harian Metro. 22 Januari 1996. Dicapai pada 28 Oktober 2019.
  3. ^ "Kisah Amelia". Metro Ahad. 4 Februari 1996. Dicapai pada 28 Oktober 2019.
  4. ^ a b Roslen Fadzil (28 Oktober 1995). "Ruhil, Joe berdebar". Harian Metro. Dicapai pada 28 Oktober 2019.
  5. ^ a b Rozila Saibi (22 September 1995). "Amelia ke padang". Harian Metro. Dicapai pada 28 Oktober 2019.
  6. ^ "Mak Nani belanja besar". Metro Ahad. 24 Mac 1996. Dicapai pada 28 Oktober 2019.
  7. ^ Zamani Yusof (27 April 1996). "Amelia harapan Rosnani". Harian Metro. Dicapai pada 28 Oktober 2019.
  8. ^ Saniboey Mohd Ismail (28 April 1996). "Amelia berbeza". Metro Ahad. Dicapai pada 28 Oktober 2019.
  9. ^ Hartati Hassan Basri (25 Ogos 1995). "Ruhil tangguh bikin album". Harian Metro. Dicapai pada 28 Oktober 2019.
  10. ^ Rozila Saibi (19 September 1995). "Ruhil cedera". Harian Metro. Dicapai pada 28 Oktober 2019.
  11. ^ Zamani Yusof (18 Januari 1996). "Rosnani lega Amelia lulus". Harian Metro. Dicapai pada 28 Oktober 2019.
  12. ^ Haliza Ahmad (26 April 1996). "Rosnani's bitter episode with Amelia" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 28 Oktober 2019.

Pautan luarSunting