America's Next Top Model, Musim 12

America's Next Top Model, Musim 12 adalah merupakan musim kedua-belas America's Next Top Model dan merupakan musim keenam daripada rancangan tersebut yang disiarkan di stesen The CW bermula pada 4 Mac 2009. Slogan komersil untuk musim ini ialah "Get in the Fold". Musim ini kembali memperkenalkan bilangan peserta seramai 13 orang, tidak seperti pada dua musim lepas yang memperkenalkan bilangan peserta seramai 14 orang.

America's Next Top Model, Musim 12
Foto komersil untuk para peserta Musim 12 America's Next Top Model
FormatTelevisyen realiti
PenciptaTyra Banks
Dibangunkan oleh
Ken Mok
Kenya Barris
Negara asal Amerika Syarikat
Penerbitan
Penerbit eksekutifTyra Banks
Ken Mok
Daniel Soiseth
Tempoh siaran60 minit
Penyiaran
Saluran asalThe CW
Siaran asal4 Mac 2009 – 13 Mei 1009
Kronologi
MengikutiMusim 11

Pada musim kali ini, penggambaran telah dijalankan di New York setelah diadakan di Los Angeles pada musim lepas. Destinasi antarabangsa pada musim kali ini ialah São Paulo, Brazil.[1]Musim ini juga merupakan musim terakhir Paulina Porizkova bertindak sebagai juri.

Pertandingan ini telah dimenangi oleh Teyona Anderson dari Woodstown, New Jersey menentang Allison Harvard. Beliau diwakili oleh agensi model terkemuka Elite Model Management, memenangi kontrak $100,000 bersama CoverGirl kosmetik, dan menjadi penghias muka hadapan majalah Seventeen serta liputan sebanyak enam muka surat di majalah tersebut.

Rumusan episod sunting

What Happens in Vegas sunting

Tarikh Siaran: 4 Mac, 2009

Seramai 34 finalis dibawa ke Caesars Palace di Las Vegas dan mereka dikehendaki untuk tampil dengan pakaian bertemakan "dewi Roman" ketika menjalani sesi penggambaran pertama yang memberikan fokus kepada profil masing-masing. Mereka turut berpeluang untuk menunjukkan cara jalan di atas pentas peragaan di hadapan Miss J sebelum bertemu dengan Tyra Banks yang tampil sebagai dewi Roman di sebelah malam.

Ketika sesi temuduga, London membuat pengakuan bahawa dia adalah merupakan pengkhutbah jalanan manakala Tahlia merupakan mangsa lecur sewaktu kecil. Angelea juga mendedahkan bahawa dia mempunyai seorang anak perempuan yang telah meninggal dunia. Setelah sesi temuduga berakhir, hanya 21 orang semifinalis yang dipilih untuk mara ke peringkat seterusnya.

Para finalis yang tinggal kemudiannya menjalani sesi penggambaran yang menggambarkan pelbagai jenis dewi. Sandra dan Angelea terlibat dalam pertengkaran sewaktu berada di set, mengakibatkan konsentrasi Angelea terganggu. Setelah perbincangan dan pemilihan terakhir dijalankan, Tyra mengumumkan 13 peserta yang terpilih pada musim kali ini.

  • Jurugambar: Jessica Brooks

Fun and Games sunting

Tarikh Siaran: 4 Mac 2009

Setelah bertemu di bumbung Empire State Building di mana Celia diberikan kunci oleh Nigel dan Paulina, kesemua 13 peserta berpindah ke rumah agam mereka di New York City. Menyedari bahawa hanya 12 katil yang disediakan, Celia mengambil katil Sandra, dan Sandra memulakan kekacauan dengan mengambil semula katil yang dipilihnya sehingga London mengalah dan menyerahkan katil miliknya.

Kemudian, mereka menyertai pertunjukan fesyen mereka yang pertama untuk Abaeté dan Sandra hanya berjalan separuh daripada pentas peragaan. Keyakinan Tahlia pula tergugat apabila pereka fesyen memberikannya pakaian yang menutupi parut di badannya. Setelah itu, mereka dibawa ke Central Park untuk sesi penggambaran mereka yang pertama yang mengetengahkan isu remaja perempuan yang semakin matang dalam usia muda di mana mereka dikehendaki untuk menggambarkan pelbagai permainan kanak-kanak, seperti berikut;

Peserta Permainan Kanak-kanak
Allison Lompat Tali
Aminat London Bridge
Celia Gelang Hula
Fo Ring Around the Rosie
Isabella Bola Dodge
Jessica Jacks
Kortnie Palang Monyet
London Tarik Tali
Natalie Lompat Katak
Nijah Kerusi Beracun
Sandra Sorok-Sorok
Tahlia Tag
Teyona Tenteng

Allison, Fo, Teyona, Celia dan London berjaya menghasilkan gambar yang menarik manakala Sandra, Isabella, Tahlia dan Jessica terpaksa bergelut. Gambar Allison sebulat suara dipilih sebagai gambar terbaik dan gambar miliknya akan dipaparkan sebagai gambar digital di rumah agam mereka, seperti dalam Musim 11,. Isabella dan Sandra ditempatkan di kedudukan dua tercorot. Isabella disingkirkan kerana memiliki gambar yang lebih lemah sungguhpun Sandra mempunyai persembahan yang kurang meyakinkan di pertunjukan fesyen mahupun semasa sesi penggambaran.

  • Dua kedudukan terbawah: Isabella Falk & Sandra Nyanchoka
  • Tersingkir: Isabella Falk
  • Jurugambar: Fadil Berisha
  • Penampilan istimewa: Laura Poretzky, Sutan

Do You Light The Way I Look? sunting

Tarikh Siaran: 11 Mac 2009

Tyra Mail mengumumkan bahawa perubahan imej akhirnya tiba. Kebanyakan daripada para peserta gembira dengan imej baru mereka namun keyakinan Fo terjejas kerana memiliki rambut yang begitu pendek. Dalam sejarah pertama Top Model, Natalie tidak diberikan sebarang perubahan imej kerana penampilannya dianggap sebagai seorang model.

Keesokan harinya, kesemua peserta menjalani cabaran pertama mereka. Dengan tiga orang dalam satu kumpulan, mereka dikehendaki untuk mencari seorang wanita yang memiliki intipati seorang CoverGirl dan menjadi jurucakap untuk jenama tersebut, dan juga membantu wanita tersebut bersolek. Kumpulan 1 yang terdiri daripada Aminat, Celia dan Sandra dipilih sebagai pemenang dan mereka memenangi sesi penggambaran yang akan dipaparkan di Walmart.com sungguhpun Sandra tidak banyak membantu.

Sesi penggambaran mingu ini memerlukan kesemua peserta untuk mengendalikan pencahayaan diri mereka menggunakan lampu nyala. Kekecewaan Fo terhadap imej barunya menyebabkan dia menangis di set, mengganggu sesi penggambarannya. Para juri menyukai gambar yang dihasilkan oleh Teyona, Celia, Allison, Natalie dan London tetapi mereka berasa tidak gembira dengan gambar yang dihasilkan oleh peserta yang lain. Sungguhpun memiliki gambar yang mantap, Fo ditempatkan di kedudukan dua terbawah kerana para juri berasa tidak yakin bahawa dia mampu menjadi seorang yang fleksible. Namun dia diselamatkan apabila Jessica disingkirkan kerana kegagalannya untuk memaparkan kecantikannya dalam gambar yang dihasilkannya.

  • Dua kedudukan terbawah: Fo Porter & Jessica Santiago
  • Tersingkir: Jessica Santiago
  • Jurugambar: Nigel Barker
  • Penampilan istimewa: Nolé Marin, John Barrett, Elyssa Starkman

New York's Finest sunting

Tarikh Siaran: 18 Mac 2009

11 peserta yang tinggal dibawa ke Charm School milik Miss J untuk berlatih gaya jalan di atas pentas peragaan. Peserta Musim 9 Bianca dan Chantal turut hadir untuk memberikan nasihat kepada para peserta. Sekembalinya di rumah agam, kekalutan berlaku apabila Natalie menyatakan bahawa gambar yang dihasilkan Tahlia pada minggu lalu adalah gambar paling lemah di antara mereka. Teyona mendapat rambut palsu yang baru setelah Tyra memberitahu bahawa imej baru yang dimilikinya adalah bukan seperti yang dikehendaki.

Kesemua mereka menjalani cabaran sebagai model pentas peragaan untuk Jill Stuart dan dikehendaki untuk menunjukkan pakaian rekaan Spring Collection pada pertunjukan fesyen Jill Stuart sambil membawa plastik beg membeli-belah di mana Celia dan Natalie berjaya menunjukkan persembahan yang memberangsangkan. Natalie dipilih sebagai pemenang sungguhpun melakukan kesilapan setelah berpusing di pentas peragaan dengan tidak teratur. Dia memenangi barang-barang terpilih daripada koleksi Jill Stuart.

Pada sesi penggambaran kali ini, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menggambarkan pelbagai karakter di lokasi terkenal di Manhattan:

Peserta Watak dan Lokasi
Allison & London Golongan Atasan di Fifth Avenue
Aminat & Fo Broker Saham di Wall Street
Celia & Sandra Pengasuh Kanak-kanak di Upper East Side
Kortnie & Nijah Ahli Seni di SoHo
Natalie, Tahlia dan Teyona Pelancong di Times Square

Sandra menghasilkan gambar yang menarik dengan gaya editorialnya dan menerima panggilan pertama. Aminat, Fo dan Tahlia turut menerima pujian kerana menghasilkan gambar-gambar yang terbaik. Namun begitu, Allison menghampakan para juri kerana terlalu menganalisis dirinya sewaktu penggambarannya dan dia ditempatkan di kedudukan dua tercorot bersama Nijah. Walau bagaimanapun, Nijah menjadi peserta yang ketiga disingkirkan kerana gambarnya yang hambar serta terlalu bergantung pada kecantikannya untuk terus mara di dalam pertandingan.

  • Dua kedudukan terbawah: Allison Harvard & Nijah Harris
  • Tersingkir: Nijah Harris
  • Jurugambar: Mike Rosenthal
  • Penampilan istimewa: Jill Stuart, Ann Shoket, Bianca Golden, Chantal Jones
  • Top Model in Action: Bianca Golden (Musim 9)

Put Your Best Face Forward sunting

Tarikh Siaran: 25 Mac 2009

Toccara Jones daripada Musim 3 melawat para peserta untuk parti sebelum tidur serta memberikan nasihat kepada mereka tentang tanggapan pertama melalui personaliti. Keesokan harinya, mereka diajar oleh Benny Ninja tentang penggayaan tubuh badan menggunakan pelbagai genre muzik. Kebanyakan daripada mereka bergelut, tetap Natalie dan Celia dipuji kerana begitu kreatif. Malam itu, kesemua mereka menghadapi cabaran yang memerlukan mereka untuk bertanding gaya tubuh badan di dalam kumpulan menentang sesama sendiri dan dinilai berdasarkan sorakan para penonton. Celia dan Natalie mara ke peringkat akhir, namun Celia dipilih sebagai pemenang.

Keyakinan Tahlia kembali goyah setelah menerima reaksi negatif daripada para penonoton sewaktu persembahannya dan dia bercadang untuk menarik diri daripada pertandingan. Hal ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada para peserta, terutamanya Celia, yang begitu tergamam setelah memikirkan Tahlia mungkin akan mara daripada peserta yang ingin memenangi pertandingan tersebut.

Minggu ini, kesemua peserta menjalani sesi penggambaran untuk menggambarkan imigran yang berpindah ke Pulau Ellis bersama keluarga; Benny Ninja turut berada di set bersama para peserta sebagai bapa kepada keluarga. Tahlia sekali lagi menyatakan hasratnya untuk menarik diri sewaktu di bilik dandanan. Namun, ketika di panel, peningkatan prestasinya mengagumkan juri dan dia menerima panggilan pertama. Teyona dan Allison turut menerima pujian kerana persembahan mereka yang memberangsangkan. Sandra sekali lagi diselamatkan daripada penyingkiran, meskipun memiliki persembahan yang mendukacitakan sewaktu cabaran dan sewaktu sesi penggambaran, dan Kortnie sebaliknya disingkirkan kerana tidak menghasilkan gambar yang menarik perhatian.

Selepas penyingkiran, Celia memberitahu Tyra bahawa Tahlia ingin menarik diri daripada pertandingan, dan dia merasakan bahawa adalah tidak adil peserta yang mempunyai minat menjadi mangsa penyingkiran. Namun begitu, kenyataan Celia disangkal oleh Tyra yang menyatakan bahawa Tahlia adalah orang yang sepatutnya menyatakan perasaannya, bukan Celia. Dengan itu, keputusan juri adalah muktamad.

  • Dua kedudukan terbawah: Kortnie Coles & Sandra Nyanchoka
  • Tersingkir: Kortnie Coles
  • Jurugambar: Brian Edwards
  • Penampilan istimewa: Benny Ninja, David Blond, Phillipe Blond, Sky Nellor, Toccara Jones
  • Top Model in Action: April Wilkner (Musim 2)

Here's Your Test sunting

Tarikh Siaran: 1 April 2009

Pertengkaran daripada penyingkiran minggu lalu semakin memuncak sekembalinya kesemua peserta di rumah agam mereka dan akibatnya, sebuah jurang tercipta di antara Aminat, Teyona dan Tahlia dengan peserta yang lain.

Cabaran minggu ini memerlukan para peserta untuk bergaya menggunakan gambar Tyra yang telah dipotong di bahagian wajah. Celia mendapat kritikan kerana terlalu fokus pada badannya manakala London dan Natalie cemerlang. Natalie dipilih sebagai pemenang dan menerima 50% filem ekstra untuk sesi penggambarannya yang akan datang. Sekembalinya di rumah agam, Tahlia dan Celia berbincang tentang penyingkiran minggu lepas dan Tahlia menyatakan rasa kekecewaannya terhadap tindakan Celia. Celia tidak menyesali tindakannya dan dia juga tidak berniat untuk memalukan Tahlia, lalu meminta maaf. Dia yakin bahawa dia akan disingkirkan pada panel seterusnya.

Sesi penggambaran minggu ini menyaksikan kesemua peserta mengambil gambar kecantikan menggunakan pelbagai bedak berwarna.

Peserta Warna
Allison Merah Jambu
Aminat Hijau
Celia Kelabu
Fo Merah
London Biru
Natalie Jingga
Sandra Putih
Tahlia Violet
Teyona Kuning

Di panel, para juri mengagumi gambar yang dihasilkan oleh Fo dan Teyona. Tahlia dan Aminat turut menerima reaksi positif. Allison sebaliknya menerima amaran daripada panel kerana terlalu bergantung pada satu jenis rupa dalam semua gambarnya, sementara London, Natalie dan Sandra mendapat kritikan. Celia dipuji kerana menggambarkan warnanya dengan baik dan juga stail persendiriannya, namun dia ditegur kerana tindakannya di panel yang lepas. Sandra dan Celia ditempatkan di kedudukan dua terbawah; Sandra kerana gagal untuk mengambil gambar profil yang mantap manakala Celia kerana tindakannya yang menimbulkan kekusutan pada episod lepas. Namun, Celia diselamatkan kerana memiliki gambar yang lebih baik.

  • Dua kedudukan terbawah: Celia Ammerman & Sandra Nyanchoka
  • Tersingkir: Sandra Nyanchoka
  • Jurugambar: Keith Major
  • Penampilan istimewa: Beth Stern
  • Top Model in Action: Whitney Thompson (Musim 10)

Acting Like A Model sunting

Tarikh Siaran: 8 April 2009

Para peserta diajar tentang skil lakonan oleh Paulina. Kemudiannya mereka dicabar melakonkan satu babak dengan Clay Aiken. Celia dan London cemerlang manakala Allison dan Tahlia dikritik kerana terlalu terlalu menahan diri. London memenangi cabaran tersebut dan dia mendapat koleksi pakaian bernilai $5,000. Namun, dia memberikan sebahagian daripada hadiah itu kerana dia berasa berat badannya telah bertambah.

Minggu ini, kesemua peserta merakamkan komersil CoverGirl dengan bantuan alat teleprompter. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan: Allison, Aminat, Celia dan Teyona berada dalam Kumpulan 1, dan London, Natalie dan Tahlia berada dalam Kumpulan 2.

Di panel, kesemua peserta menerima kritikan. Sungguhpun Celia dipuji kerana memiliki daya fesyen yang tinggi, namun dia dikritik kerana kelihatan tua. Teyona diberitahu bahawa dia bukan pembaca teleprompter yang bagus sementara komersil Allison dikritik disebabkan cara pembawaannya dan juga kerana satu jenis rupa yang ditonjolkannya. Bukan itu sahaja, Allison turut diarah untuk bertukar pakaian dengan Teyona kerana dia telah memakai pakaian yang dipakainya sebelum ini. Aminat turut mendapat kritikan kerana memotong perkataannya manakala komersil London kelihatan malas. Para juri turut memberi komen tentang kenaikan berat badan London semasa penilaian. Natalie diberitahu bahawa dia kelihatan cantik dalam filem tetapi dia tidak menonjol; Fo bergelut dengan perkataannya dan persembahannya lebih cemerlang sewaktu berada dikomersil peserta lain. Tahlia juga bergelut dan para juri memberitahunya bahawa dia kelihatan tua daripada umurnya yang sebenar.

Akhirnya, Celia menerima panggilan pertama kerana dia menonjol di dalam sekumpulan komersil yang teruk. Allison dan Tahlia berada di kedudukan dua terbawah; Allison kerana dia serba tidak boleh dan Tahlia kerana keyakinannya yang goyah. Dengan itu, Tahlia disingkirkan.

  • Dua kedudukan terbawah: Allison Harvard & Tahlia Brookins
  • Tersingkir: Tahlia Brookins
  • Pengarah komersil: Peter Chelkowski
  • Penampilan istimewa: Clay Aiken, McKey Sullivan
  • Top Model in Action: Heather Kuzmich (Musim 9)

Cycle 12 Rewind sunting

Tarikh Disiarkan: 10 April 2009

Episod ini merupakan episod imbauan yang menyiarkan klip-klip yang tidak pernah disiarkan sebelum ini seperti pertengkaran mulut di antara Nijah dengan Sandra, Celia menghuraikan setiap peserta sewaktu ujibakat, lukisan Allison (termasuk lukisan Tyra dengan pendarahan hidung), montaj menggambarkan Natalie tidur, tangisan Fo yang berterusan, Sandra berkali-kali menyatakan dia adalah America’s Next Top Model, Aminat dan Teyona berbogel di atas pentas peragaan, Sandra menangis sewaktu bercakap dengan Toccara serta reaksinya terhadap tindakan Celia di panel, McKey membuatkan kek untuk para peserta, Kortnie, Allison dan Celia membuat rumah burung, serta lebih banyak pemahaman terhadap persahabatan Allison dan Celia.

  • Top Model in Action: Claire Unabia (Musim 10)

Take Me To The Photo Shoot sunting

Tarikh Siaran: 15 April 2009

Cabaran minggu ini memerlukan para peserta untuk menjadi pengarah kreatif untuk sesi penggambaran pesaing mereka untuk iklan South Pole Junior. Allison menunjukkan prestasi yang baik kepada Jay dengan personalitinya yang ceria, manakala Aminat menggunakan terlalu banyak masa memilih pakaian dan hanya mempunyai 4 minit untuk menyiapkan Natalie. Celia memberikan arahan dengan baik tetapi dia memilih gambar Fo yang terpotong di bahagian kaki. Tahap kreativiti Teyona mengagumkan Jay dan dia dipilih sebagai pemenang dan memenangi peluang untuk muncul di majalah Seventeen edisi Jun yang dikongsinya bersama Aminat dan Celia.

Keesokan harinya, Jay melawat para peserta di rumah agam mereka dan membawa sekumpulan jurumekap. Penyanyi R&B Ciara tiba di set penggambaran dan kesemua peserta dikehendaki untuk menggambarkan peminat Ciara yang terlilit di wayar mikrofon. Sementara Teyona, Fo dan Natalie cemerlang, Aminat dan Allion sebaliknya bergelut. Peningkatan berat badan London semakin ketara dan Jay berbincang tentang hal itu selepas sesi penggambaran London.

Seorang model lelaki muncul di awal panel dan memberikan Tyra semangkuk kacang Brazil, menyebabkan Tyra mengumumkan bahawa enam model yang terselamat daripada penyingkiran akan bertolak ke São Paulo, Brazil untuk baki pertandingan. Teyona menerima panggilan pertama manakala Aminat dan London berada di kedudukan dua terbawah, masing-masing untuk pertama kali; Aminat kerana gambarnya yang hambar dan tiada ekspresi wajah dan London kerana tidak menggunakan kecantikannya di dalam gambar. Akhirnya, London disingkirkan.

  • Kedudukan dua terbawah: Aminat Ayinde & London Levi-Nance
  • Tersingkir: London Levi-Nance
  • Jurugambar: Mike Ruiz
  • Penampilan istimewa: Ann Shoket, Ciara
  • Top Model in Action: Bre Scullark (Musim 5)

The Amazing Model Race sunting

Tarikh Siaran: 22 April 2009

Setibanya di São Paulo, Brazil, seramai enam peserta yang tinggal disapa oleh pengacara Brazil's Next Top Model, Fernanda Motta dan mereka bertanding secara berpasangan untuk menghantar bunga kepada Helô Pinheiro yang dikenali sebagai “The Girl from Ipanema”. Natalie dan Fo adalah pasangan pertama yang sampai dan mereka menerima hadiah dan kunci ke rumah baru mereka.

Keesokan harinya, para peserta belajar seni Capoeira dan Celia secara tidak sengaja tertendang wajah Aminat semasa latihan. Mereka kemudiannya dicabar untuk melakukan seni tersebut dan pada masa yang sama cuba untuk menghasilkan gambar. Kebanyakan mereka bergelut, kecuali Fo yang terpilih sebagai pemenang, dan dia memperoleh 50% filem untuk sesi penggambarannya manakala seorang peserta yang dipilihnya akan kehilangan 50% filem. Fo yang masih terasa dengan tindakan Teyona yang tidak memilihnya sewaktu memenangi cabaran pada episod lepas, memilih Teyona untuk hilang 50% filem.

Sesi penggambaran minggu ini memerlukan peserta untuk menjadi ikon Brazil, Carmen Miranda. Allison mengagumkan Jay dengan kekreativitinya sementara Teyona cemerlang sungguhpun mempunyai 25 filem. Sebaliknya, Aminat dan Fo bergelut untuk menghasilkan gambar.

Di panel, gambar Allison menerima pujian kerana berjaya menggambarkan ikon tersebut manakala gambar Teyona dianggap sebagai satu-satunya gambar “model” di antara semua. Namun, penampilannya dikritik kerana tidak kelihatan sebagai seorang model. Celia turut dikritik kerana tidak kelihatan muda. Natalie dan Aminat ditempatkan di kedudukan dua terbawah kerana gambar mereka yang hambar. Para juri melihat lebih banyak potensi pada diri Aminat dan menyingkirkan Natalie kerana personalitinya yang tidak menarik dan juga gambar-gambar yang lemah sepanjang pertandingan.

  • Dua kedudukan terbawah: Aminat Ayinde & Natalie Pack
  • Tersingkir: Natalie Pack
  • Jurugambar: Daniel Klajmick
  • Penampilan istimewa: Fernanda Motta, Helô Pinheiro
  • Top Model in Action: Eva Pigford (Musim 3)

Let's Go See The City sunting

Tarikh Siaran: 29 April 2009

Peserta yang tinggal bertemu Paulo Borges, Pengarah Minggu Fesyen São Paulo sebelum dihantar untuk bertemu dengan pereka fesyen di bandar São Paulo. Sungguhpun memiliki portfolio gambar fesyen tinggi, cara berjalan Allison menjadi masalah besar buatnya, sementara umur Celia menjadi masalah untuk sesetengah pereka fesyen. Personaliti Aminat dan cara berjalannya dipuji dan dia berjaya menempah dua daripada tiga pereka fesyen yang ditemuinya. Fo bertemu dengan kesemua pereka fesyen namun dia gagal untuk menempah sebarang pereka fesyen. Celia dan Fo disingkirkan daripada cabaran tersebut kerana lewat, sementara peserta lain diterbangkan ke ibu pejabat Minggu Fesyen melalui helikopter untuk bertemu dengan Paulo. Teyona memenangi cabaran tersebut kerana dia ditempah oleh tiga pereka fesyen, dan dia memenangi koleksi pakaian daripada setiap pereka fesyen.

Untuk sesi penggambaran minggu ini, kesemua peserta bergaya dengan menggunakan pakaian dalam fesyen tinggi dan dikehendaki untuk menonjol di dalam sekumpulan pelancong di tepi pantai. Allison dipuji kerana kebolehannya bekerja dalam set dan berhubung dengan baik dengan persekitarannya manakala Teyona dipuji kerana pemahamannya terhadap sudut wajahnya. Aminat, Celia dan Fo sebaliknya bergelut untuk mendapatkan gambar terbaik.

Di panel, Teyona menerima pujian kerana gambarnya yang mengagumkan serta penampilannya yang dianggap sebagai model. Celia dan Fo berada di kedudukan dua terbawah; Celia dikritik kerana kelihatan tua dalam gambarnya manakala Fo dikritik kerana dia tidak mampu untuk mengaburi ketinggiannya yang tidak seberapa di dalam gambarnya, serta kegagalannya untuk menempah sebarang pereka fesyen. Akhirnya, Celia diselamatkan dan Fo disingkirkan.

  • Kedudukan dua terbawah: Celia Ammerman & Fo Porter
  • Tersingkir: Fo Porter
  • Jurugambar: Nigel Barker
  • Penampilan istimewa: Paulo Borges, Fabienne Muzy, Adriana Degreas, Caio Campos, Clo Orozco, Cris Barros, Oskar Metsavaht, Adriana Bozon, Vanessa Da Silveira
  • Top Model in Action: Samantha Potter (Musim 11)

Take Me To The Jungle sunting

Tarikh Siaran: 6 Mei 2009

Para peserta tiba di Águia de Ouro dan bertemu Paulina. Mereka belajar tentang langkah tarian samba. Keesokan harinya, mereka dicabar untuk menari sambil mencipta detik-detik ceria melalui tarian tersebut. Celia berjaya menenangkan wajahnya dan dia dipilih sebagai pemenang kerana persembahannya yang meyakinkan. Dia memenangi barangan kemas Ara Vartanian bernilai lebih $7,000 yang dikongsinya bersama Allison.

Untuk sesi penggambaran minggu ini, para peserta dibawa ke hutan Brazil di mana mereka mengenakan pakaian yang menyerupai burung eksotik yang duduk di sarang, dan Tyra hadir selaku jurugambar mereka. Ketenangan Allison di set mendapat pujian dan Celia turut dipuji kerana kelihatan segar dan kreatif. Sebaliknya, kegagalan Aminat untuk menggunakan wajahnya untuk mendapatkan cahaya menjadi masalah, sementara Teyona bergelut dengan pelbagai elemen sewaktu penggambarannya.

Di panel, gambar Allison dinobatkan sebagai gambar terbaik dan dia menerima panggilan pertama, diikuti oleh Teyona yang kemudiannya menangis kerana terlalu risau akan prestasinya. Kegagalan Aminat untuk memahami sudut wajahnya agak merisaukan para juri dan dia ditempatkan di kedudukan dua terbawah bersama Celia yang dikritik kerana kelihatan terlalu matang. Sungguhpun Celia diberitahu dia memiliki portfolio yang lebih baik, dia akhirnya disingkirkan kerana usianya yang terlalu tua.

  • Kedudukan dua terbawah: Aminat Ayinde & Celia Ammerman
  • Tersingkit: Celia Ammerman
  • Jurugambar: Tyra Banks
  • Penampilan istimewa: Juliana Leite, Eduardo Ramos, Ara Vartanian, Ann Shoket
  • Top Model in Action: Yaya Da Costa (Cycle 3)

America’s Next Top Model Is… sunting

Tarikh Siaran: 13 Mei 2009

Ketiga-tiga finalis yang tinggal merakamkan komersil CoverGirl mereka. Aminat dikritik kerana tidak memberikan ekspresi wajah namun keseluruhan komersilnya dianggap yang terbaik oleh panel. Allison tidak mengingati ayatnya namun dia berjaya merakamkan komersil yang baik manakala Teyona gagal untuk memberikan persembahan yang terbaik kerana terlalu gemuruh. Kemudiannya, mereka menjalani sesi penggambaran iklan berceta CoverGirl.

Allison menerima panggilan pertama untuk kali yang keempat kerana gambarnya yang mengagumkan sungguhpun komersilnya tidak begitu memberangsangkan. Kegagalan Aminat untuk menyerlahkan kecantikannya dalam gambar menghampakan juri, sungguhpun komersilnya dianggap begitu mantap. Gambar Teyona menerima pujian namun dia dikritik kerana persembahan komersilnya yang teruk. Dengan penampilan Aminat selama empat kali di kedudukan dua terbawah manakala Teyona buat pertama kali, para juri membuat keputusan bahawa gambar-gambar Aminat tidak setanding dengan Teyona dan dia akhirnya disingkirkan.

Dua finalis yang tinggal menjalani penggambaran muka depan majalah Seventeen dan mereka menunjukkan prestasi cemerlang yang mengagumkan Ann Shoket. Kemudian, untuk persembahan mereka yang terakhir, Allison dan Teyona bertanding di pertunjukan fesyen pakaian dalam Rosa Chá di mana mereka menunjukkan cara jalan penuh ghairah, menari dengan pergerakan tarian samba dan merangkak dengan penuh provokatif di penghujung acara.

Di panel, Allison dipuji kerana peningkatan prestasinya sepanjang pertandingan serta cara jalannya yang begitu gah, yang juga semakin mantap dalam masa yang singkat. Cara jalan Teyona dikritik kerana kelihatan seperti robot walaupun dia menerima pujian kerana gambar-gambarnya yang terbaik. Para juri berasa kedua-dua finalis mempunyai kekuatan tersendiri; Teyona dipuji kerana kepelbagaian portfolionya yang boleh menempah sebarang pertunjukan fesyen dan juga kerana personalitinya yang menarik, sementara keunikan Allison dan wajahnya yang begitu editorial membolehkannya untuk menempah sebarang pertunjukan fesyen antarabangsa.

Kedua-dua finalis kemudiannya dipanggil semula dan Tyra mengumumkan Teyona sebagai pemenang kedua-belas America’s Next Top Model.

  • Kedudukan dua terbawah: Aminat Ayinde & Teyona Anderson
  • Tersingkir: Aminat Ayinde
  • Dua finalis akhir: Allison Harvard & Teyona Anderson
  • America's Next Top Model: Teyona Anderson
  • Jurugambar: Jim De Yonker, Nigel Barker
  • Pengarah komersil: Jay Manuel
  • Penampilan istimewa: Amir Slama, McKey Sullivan, Maíra Vieira, Fernanda Motta, Ann Shoket
  • Top Model in Action: Fatima Siad (Musim 10)

Para peserta sunting

Mengikut urutan penyingkiran sunting

(umur dicatat mengikut waktu pertandingan)

Rumusan sunting

Carta penyingkiran sunting

Panggilan Tyra mengikut urutan
Urutan Episod
1 2 3 4 5 6 7 9 10 11 12 13
1 Aminat Allison Teyona Sandra Tahlia Fo Celia Teyona Allison Teyona Allison Allison Teyona
2 Natalie Fo Celia Aminat Teyona Teyona Natalie Fo Teyona Allison Teyona Teyona Allison
3 Fo Teyona Allison Tahlia Allison Tahlia Teyona Natalie Fo Aminat Aminat Aminat
4 Allison London Natalie Fo Natalie Aminat Fo Celia Celia Celia Celia
5 Tahlia Celia London Celia London Allison London Allison Aminat Fo
6 Celia Nijah Nijah Kortnie Aminat Natalie Aminat Aminat Natalie
7 Nijah Kortnie Tahlia London Celia London Allison London
8 London Natalie Sandra Teyona Fo Celia Tahlia
9 Teyona Aminat Kortnie Natalie Sandra Sandra
10 Kortnie Tahlia Aminat Allison Kortnie
11 Isabella Jessica Fo Nijah
12 Jessica Sandra Jessica
13 Sandra Isabella
     Peserta yang memenangi cabaran
     Peserta yang memenangi dua cabaran
     Peserta yang memenangi cabaran, tetapi disingkirkan
     Peserta yang disingkirkan
     Peserta yang menjadi pemenang pertandingan
  • Pada episod 1, seramai 21 orang peserta yang terpilih telah dikurangkan menjadi 13 untuk mara ke pertandingan yang sebenar. Namun, urutan panggilan ini tidak menunjukkan prestasi mereka pada minggu tersebut.
  • Episod 8 adalah merupakan episod imbauan.
  • Pada episod 8 telah dinyatakan bahawa Celia telah memenangi cabaran yang tidak disiarkan pada epidod 2, dan kemenangannya telah memberikan dia peluang untuk memiliki kunci rumah mereka serta katil yang diingininya.
  • Pada episod 10 terdapat dua cabaran. Natalie dan Fo memenangi cabaran berkumpulan, manakala Fo memenangi cabaran individual.

Perubahan imej sunting

  • Allison: Rambut palsu panjang berwarna perang
  • Aminat: Rambut palsu panjang ala Naomi Campbell
  • Celia: Dipotong pendek
  • Fo: Dipotong lebih pendek
  • Jessica: Dipotong dan diterangkan dengan warna merah
  • Kortnie: Dicelup warna merah
  • London: Dipotong pendek dan dicelup perang
  • Natalie: Tiada perubahan
  • Nijah: Rambut palsu panjang
  • Sandra: Digunting pendek dan dicelup perang
  • Tahlia: Rambut palsu berwarna perang
  • Teyona: Rambut kerinting palsu diikat ke belakang; kemudian rambut palsu berinspirasikan Beverly Peele

Panduan Sesi Penggambaran sunting

  • Episod 1: Profil Dewa, Jenis-jenis Dewi (Ujibakat)
  • Episod 2: Permainan Kanak-Kanak
  • Episod 3: Foto Kumpulan menggunakan Cahaya
  • Episod 4: Pemandangan New York (Berkumpulan)
  • Episod 5: Foto Hitam Putih Keluarga Imigran Pulau Ellis bersama Benny Ninja
  • Episod 6: Foto Kecantikan menggambarkan pelbagai warna
  • Episod 7: Komersil Bedak Asas CoverGirl TRUblend Micro Minerals
  • Episod 9: Peminat Ciara terikat dengan wayar mikrofon
  • Episod 10: Foto Inspirasi Carmen Miranda menggambarkan Wanita Brazil dengan Buah-Buahan di atas Kepala
  • Episod 11: Pakaian Dalam
  • Episod 12: Burung Eksotik dalam Sarang
  • Episod 13: Komersil dan Iklan Bercetak CoverGirl; Muka Hadapan Majalah Seventeen

Barisan Juri sunting

  • Tyra Banks
  • J. Alexander
  • Nigel Barker
  • Paulina Porizkova

Rujukan sunting

  1. ^ http://madeinbrazil.typepad.com/madeinbrazil/2008/12/antm-runway-show-taped-in-são-paulo.html
  2. ^ Champion, Allison Brophy (February 25, 2009). "Madison teen on new season of "America's Next Top Model"". Culpeper Star-Exponent. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-28. Dicapai pada March 2, 2009.
  3. ^ Holmes, January (March 1, 2009). "Bradenton's Next Top Model?". The Bradenton Herald. Dicapai pada March 2, 2009.
  4. ^ "Spring 2007 Cover Model Search". Thatgirl Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-22. Dicapai pada March 6, 2009.
  5. ^ a b c d e f Zulkey, Claire (March 4, 2009). "'America's Next Top Model': Cycle 12 begins!". Los Angeles Times.
  6. ^ Proter, Roni (March 5, 2009). "America's Next Top Model Premiere an interview with London Levi". The 33 TV (KDAF). Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-15. Dicapai pada 2009-04-24.
  7. ^ Proter, Roni (March 5, 2009). "America's Next Top Model Premiere an interview with London Levi". The 33 TV (KDAF). Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-06. Dicapai pada 2009-04-24.
  8. ^ Meehan, Mary. "Cynthiana woman lives her dream on 'Top Model'". Lexington Herald-Leader. Dicapai pada February 23, 2009.
  9. ^ Dailey, Jennifer (March 4, 2009). "Woodstown native in national spotlight". Today's Sunbeam. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-31. Dicapai pada 2021-09-22. Listed on many Web sites as Teyona Stewart, the aspiring model told Today's Sunbeam in an interview Tuesday afternoon she's always been known as Teyona Anderson