American Hustle ialah filem komedi gelap jenayah Amerika Syarikat 2013[2] diarahkan oleh David O. Russell. Ia ditulis oleh Eric Warren Singer dan Russell, inspirasi dari operasi FBI, ABSCAM pada lewat tahun 1970an dan awal 1980an.[3] Ia dibintangi Christian Bale dan Amy Adams sebagai dua orang pekerja skim penipuan yang dipaksa oleh ejen FBI, (Bradley Cooper) untuk menubuhkan operasi sengatan ke atas ahli politik yang menerima rasuah termasuk Datuk Bandar Camden, New Jersey (Jeremy Renner). Jennifer Lawrence melakonkan watak isteri karakter Bale. Fotografi utama American Hustle bermula pada Mac 8, 2013 di Boston dan Worcester, Massachusetts serta Bandar Raya New York.

American Hustle
PengarahDavid O. Russell
PenulisEric Warren Singer
David O. Russell
Dihasilkan olehCharles Roven
Richard Suckle
Megan Ellison
Jonathan Gordon
DibintangiChristian Bale
Bradley Cooper
Amy Adams
Jeremy Renner
Jennifer Lawrence
SinematografiLinus Sandgren
Disunting olehJay Cassidy
Crispin Struthers
Alan Baumgarten
Muzik olehDanny Elfman
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehColumbia Pictures
Tarikh tayangan
  • 12 Disember 2013 (2013-12-12) (Australia)
  • 13 Disember 2013 (2013-12-13) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
138 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$40 juta
Pecah panggung$251.1 juta

Filem ini ditayangkan di Amerika Syarikat pada Disember 13, 2013[4] dan secara universal dipuji oleh pengkritik terutamanya untuk barisan pelakon. Ia menerima sepuluh pencalonan di Anugerah Akademi ke-86 termasuk Gambar Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (Bale), Pelakon Wanita Terbaik (Adams), Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik (Cooper) dan Pelakon Wanita Sokongan Terbaik (Lawrence) tetapi tidak memenangi sebarang kategori. Ia menerima tiga Anugerah BAFTA, tiga Anugerah Golden Globe termasuk Filem Terbaik - Muzikal atau Komedi dan Anugerah Screen Actors Guild untuk Pencapaian Cemerlang oleh barisan Pelakon dalam Filem.

Plot sunting

Salah satu skandal paling menakjubkan yang menggegarkan negara, American Hustle menceritakan seorang pekerja skim penipuan yang pandai Irving Rosenfeld (Christian Bale) bersama pasangan Britishnya yang licik dan menggoda Sydney Prosser (Amy Adams) telah dipaksa bekerja untuk ejen FBI Richie DiMaso (Bradley Cooper). DiMaso memaksa mereka ke dalam dunia broker berkuasa Jersey dan mafia yang berbahaya. Jeremy Renner ialah Carmine Polito, seorang pengendali politik New Jersey yang terperangkap diantara pekerja skim penipuan dan ejen persekutuan. Isteri Irving yang tidak dapat diramalkan Rosalyn (Jennifer Lawrence) boleh menjadi seseorang yang merosakkan segala rancangan.

Pelakon sunting

Penerimaan sunting

Respons kritikal sunting

American Hustle menerima pujian kritikal dan barisan pelakon dipuji untuk lakonan mereka terutamanya Christian Bale, Bradley Cooper, Amy Adams dan Jennifer Lawrence. Laman web Rotten Tomatoes memberi filem ini rating 93% berdasarkan 249 ulasan dengan purata skor 8.2/10.[8] Metacritic memberi skor 90 daripada 100 berdasarkan 47 kritikan.[9]

Christy Lemire memberi filem ini empat daripada empat bintang, memuji pengarahan David O. Russell dan hubungan diantara Irving dan Sydney serta lakonan Jennifer Lawrence sebagai Rosalyn.[10] Richard Roeper dari Chicago Sun-Times memberi filem ini A+, terutamanya memuji lakonan Bradley Cooper dan menamakan American Hustle sebagai filem terbaik tahun itu.[11]

Box office sunting

Setakat April 9, 2014 filem ini mengutip $150,117,807 di Amerika Utara dengan tambahan $101,054,000 di pasaran antarabangsa dengan jumlah terkumpul $251,171,807.[12][13]

Anugerah sunting

Ia menerima sepuluh pencalonan di Anugerah Akademi ke-86 termasuk Gambar Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (Bale), Pelakon Wanita Terbaik (Adams), Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik (Cooper) dan Pelakon Wanita Sokongan Terbaik (Lawrence) tetapi tidak memenangi sebarang kategori. Ia menerima tiga Anugerah BAFTA, tiga Anugerah Golden Globe termasuk Filem Terbaik - Muzikal atau Komedi dan Anugerah Screen Actors Guild untuk Pencapaian Cemerlang oleh barisan Pelakon dalam Filem.

Rujukan sunting

  1. ^ "American Hustle (2013)". British Board of Film Classification. Dicapai pada March 9, 2014.
  2. ^ Peter Bradshaw. "Golden Globes 2014: Don't Be Duped by American Hustle". The Guardian.
  3. ^ Sherman, Ted (November 25, 2013). "Jersey Hustle: The real-life story of Abscam". The Star-Ledger. Dicapai pada 3 December 2013.
  4. ^ Caroline Westbrook. "Jennifer Lawrence begins work on untitled Abscam project with Bradley Cooper". Metro.co.uk. March 22, 2013. Dicapai pada March 22, 2013.
  5. ^ Fried, Joseph P. (2 May 1981). "WILLIAMS IS GUILTY ON ALL NINE COUNTS IN ABSCAM INQUIRY". The New York Times. Dicapai pada 30 November 2014.
  6. ^ "Robert De Niro". IMdb. Dicapai pada 15 June 2014.
  7. ^ Gettell, Oliver (19 January 2014). "SAG Awards 2014: Robert De Niro sneaks in another cameo". Los Angeles Times. Dicapai pada 15 June 2014.
  8. ^ "American Hustle (2013)". Rotten Tomatoes (Flixster). Dicapai pada April 9, 2014.
  9. ^ "American Hustle". Metacritic. Dicapai pada December 19, 2013.
  10. ^ Lemire, Christy (December 13, 2013). "American Hustle". RogerEbert.com. Dicapai pada December 18, 2013.
  11. ^ Roeper, Richard (December 13, 2013). "American Hustle". Chicago Sun-Times via RichardRoeper.com. Dicapai pada December 18, 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  12. ^ "American Hustle". Box Office Mojo. Dicapai pada April 9, 2014.
  13. ^ "American Hustle".

Pautan luar sunting