Amerul Affendi

Pelakon lelaki Malaysia

Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi (lahir 7 Oktober 1986) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan peranan lakonan di televisyen dan filem.[1] Menerusi watak lakonannya sebagai Toyu dalam filem Terbaik dari Langit (2014), beliau memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 pada 2015.[2]

Amerul Affendi
Kelahiran
Mohd Amerul Affendi bin Mohd Mawardi

(1986-10-07) 7 Oktober 1986 (umur 37)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2008–kini
PasanganYusma Laili Iskandar Mirza (k. 2012)

Kerjaya sunting

Pada tahun 2008, Amerul Affendi memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi drama Rona Roni Makaroni yang dibintangi oleh Sharifah Amani, Bront Palarae dan Wan Sharmila. Kerjaya filemnya bermula apabila beliau membintangi filem Karaoke (2009) bersama Zahiril Adzim, Nadiya Nisaa dan Mislina Mustaffa, seterusnya muncul dalam filem Gadoh arahan Brenda Danker dan Namron, memegang watak sebagai Zahir. Pada tahun 2009 juga, Amerul melakonkan watak Tajuddin dalam Warkah Terakhir: Rosli Dhoby.

Amerul berlakon dalam beberapa filem dalam tahun 2011, antaranya ialah Sini Ada Hantu dan Tolong Awek Aku Pontianak. Beliau menyertai barisan pelakon yang terdiri daripada Zahiril Adzim, Faizal Hussein dan Pekin Ibrahim, membintangi filem drama aksi 2012, Bunohan arahan Dain Iskandar Said. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Muski, seorang peninju tomoi.

Pada tahun 2013, Amerul berlakon dalam dua filem — iaitu Bikers Kental sebagai Al Buqerk dan PSIKO: Pencuri Hati sebagai Man, seterusnya membintangi telefilem pertamanya, Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman untuk siaran di Astro Box Office. Beliau mendapat pengiktirafan meluas menerusi watak Toyu lakonannya dalam filem Terbaik dari Langit (2014) arahan Nik Amir Mustapha. Persembahan beliau dalam filem ini melayakkannya dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27[3] dan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2015.

Beliau berlakon dalam drama Risiko yang disiarkan di TV2, ia menjadi satu-satunya drama lakonannya dalam tahun 2015. Pada tahun yang sama, Amerul berlakon dalam filem Polis EVO dengan memegang watak sebagai Mat Yam. Beliau juga berlakon bersama Beto Kusyairy dan Siti Saleha dalam telefilem Aku, Dia dan Tong Gas (2015). Setahun kemudian, iaitu pada 2016, beliau berlakon dalam filem Pekak dengan melakonkan watak Azman, seorang penagih dadah.[4] Watak yang sama (namun sebagai anak yatim piatu) juga dilakonkannya dalam filem Mencari Rahmat (2017).

Amerul juga berlakon dalam beberapa telefilem sepanjang 2017, antaranya ialah Kekasih Elektrik (sebagai Saiful) dan Sebelum Ajal (sebagai Nizam). Pada tahun 2018, beliau berlakon dalam filem One Two Jaga sebagai Adi,[5] di mana beliau dicalonkan bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-30 dan memenangi kategori sama di Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019. Beliau kemudian membuat penampilan khas sebagai Rudy dalam filem ketenteraan PASKAL. Beliau juga berlakon dalam drama Matahari Cerah Lagi dan Destinasi Ukhuwah yang kedua-duanya disiarkan di TV1.

Beliau memegang watak sebagai Belut dalam KL Gangster: Underworld (2018) dan kembali menjayakan wataknya dalam Rise to Power: KLGU (2019). Amerul juga kembali menjayakan watak Al Buqerk dalam Bikers Kental 2 (2019). Beliau membuat penampilan muzik video pertamanya apabila membintangi muzik video lagu "Blank Marquee" dendangan Yuna dan rapper Amerika Syarikat, G-Eazy.

Amerul kemudian membintangi filem asal Netflix, Pasal Kau! (2020) dengan memegang watak sebagai Parjo. Beliau memegang watak sebagai Aman, seorang pemandu e-hailing dalam filem arahan Muzzamer Rahman, Prebet Sapu yang dikemukakan sebagai penyerahan Malaysia untuk Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-94. Beliau berlakon bersama Yusuf Bahrin dan Shaza Bae dalam drama Jangan Ganggu Jodohku yang mana beliau memegang watak sebagai Abu. Amerul bagaimanapun, hanya sempat menghabiskan baki 10 episod sebelum digantikan oleh Aloy Paradoks.[6]

Aktiviti sunting

Di luar kerjaya lakonan, Amerul Affendi turut melibatkan diri dalam industri pertanian yang diusahakan sejak 2016 bagi menjamin masa depannya. Menurutnya: "Sejak tiga tahun lalu saya telah aktif dalam bidang pertanian seperti penanaman kelapa sawit dan penternakan antaranya kerbau dan patin. Projek ini saya usahakan di kampung halaman iaitu di Temerloh, Pahang. Jika dahulu dunia lakonan mata pencarian utama, sekarang tidak lagi kerana fokus saya adalah perusahaan pertanian,".[7]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2009 Karaoke Filem pertama
Gadoh Zahir
2010 Kaulah Yang Aku Mahu Video pendek
2011 Sini Ada Hantu Man
Tolong Awek Aku Pontianak Noordin
Jalan Pintas
2012 Bunohan Muski
Aku, Kau & Dia Farid
2013 Bikers Kental Al Buqerk
PSIKO: Pencuri Hati Man
Kolumpo Amin
2014 Star Irwan Filem pendek
Terbaik dari Langit Toyu
2015 Polis EVO Mat Yam
2016 Pekak Azman
Dukun Doktor Dani Lepat
2017 Mencari Rahmat Azman
2018 One, Two, Jaga Adi
Langsuir Keding Penampilan khas
Paskal Rudy
Operasi X Mat Bong
2019 Bikers Kental 2 Al Buqerk
Rise to Power: KLGU Belut
2020 Pasal Kau! Parjo
Bikin Filem Along Khiridin
Prebet Sapu Aman
2021 Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut Dol
Dendam Penunggu Cikgu Azidi
2022 Kongsi Raya Aziz
Hantu Mok Joh Yem
Spilt Gravy on Rice Faizal Pelakon undangan
Kalut Nak Kahwin Mustaqim
Jerangkung Dalam Almari Ramdan
Stone Turtle Pegawai Pendaftaran
Tilam Perca Akob
2023 Sumpahan Jerunei Tommy
2024 Pendekar Awang: Darah Indera Gajah Tobah
Mencari Ramlee Pos-produksi
TBA 6 Jilake Pos-produksi

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Rona Roni Makaroni Amerul Astro Ria Drama pertama
2009 Warkah Terakhir: Rosli Dhoby Tajuddin Astro Citra
2013 Langit Yang Sama TV2
2015 Risiko
Sayap Jibril Rahim Astro Oasis Episod: "Perampas Itu Mencuri"
2017 Percayalah TV1
2018 Matahari Cerah Lagi Yem
KL Gangster: Underworld Belut Iflix
Destinasi Ukhuwah Suhaimi TV1
2019 Babi! Faz HOOQ
Sembil9n Khairul Astro Citra
2020 KL Gangster: Underworld 2 Belut WeTV
2021 Lockdown Inspektor Wan Astro Ria
Malaysian Ghost Stories Zaini Episod "Hantu Air"
Jangan Ganggu Jodohku Penjelmaan Abu
2022 Lockdown 2 Kamarul
One Cent Thief Kadak
2023 Suamiku Old School The Series Awesome TV
W: Two Worlds Shawn Viu
2024 I.D. Rostam Astro Premier

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Rompakan Kabinet Sabu Astro Ria
2013 Tarbiah Toyib Astro Oasis
Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman Astro Box Office
4 Beradik Acik TV2
2014 Nostalgila Amin Astro First Eksklusif
5 Beradik Acik TV2
Doa Si Rambut Merah
Setulus Cinta Aqilah Astro Oasis
Fatihah Buatku
2015 Aku, Dia dan Tong Gas TV9
Melur vs Rajawali Shake TV1
Setulus Cinta Aqilah Amin Astro Oasis
2016 Segi Tiga Lan Astro Ria
Epal Fahmi TV1
Andai Kasturi Hilang Harummya Pian TV2
2017 Kekasih Elektrik Saiful Astro Citra
Jula Juli Bintang Cinta Idzham
Saling Suffian TV1
Janji Allah Udin
Sebelum Ajal Nizam TV3
Nana TV2
Penyabong
Kasut
Jula Juli Bintang Putus Cinta Idzham Astro Citra
Gadis Kosmos
2018 Hamba Iblis Tahir
Hari-Hari Terakhir Seorang Pengurus
2019 Aku Raja Lawak
Al-Kisah Dua Roda Adi TV1
2020 Madu Mail TV Okey
Karya Yang Hilang Ahmad TV1
50:50
Tersimpang Ke Alam Bunian Isa Astro Citra
2021 Lagenda Puteri Bulan Mansur Astro Ceria
Hello Suria Awesome TV
Pang Pokok Ketapang! Irfan/Pang
Rompak Raya Amy
Angan-Angan Mat Jiman Mat Jiman Astro Citra
Angkara Dendam
Akil Balik TV2
Iqlab
2023 Durjana Pujaan TV1
Latah Fighter Astro Warna

Teater sunting

Tahun Tajuk
2014 Asrama RA All-Stars

Videografi sunting

Video muzik sunting

Tahun Tajuk Penyanyi Watak Pengarah
2019 "Blank Marquee" Yuna & G-Eazy Penjahat Adam Sinclair
"Meluruh" Alyah Penyelamat Ghaz Abu Bakar

Penampilan lain sunting

Tahun Tajuk
2010 Kaulah Yang Ku Mahu

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2013 Festival Filem Malaysia ke-25 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Bunohan Tercalon
2015 Festival Filem Malaysia ke-27 Terbaik dari Langit Menang [8]
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2015 Menang [9]
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 One Two Jaga Tercalon
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019 Menang [10]
2020/2021 Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2020/2021 Pelakon Lelaki Terbaik Prebet Sapu Menang
2022 Malaysia Golden Global Awards Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-32 Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Aktor Filem Popular Tercalon
Couple Filem Popular (bersama Lim Mei Fen) Prebet Sapu Tercalon
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2023 Pelakon Lelaki Terbaik Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Nurfarhana Mohamed (19 Disember 2017). "Bakat tidak didendang". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-01. Dicapai pada 1 Julai 2018.
  2. ^ "Punya agenda tersendiri". Kosmo!. 5 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-01. Dicapai pada 1 Julai 2014.
  3. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (9 September 2015). "Berkat teater kecil". Berita Harian. Dicapai pada 4 Disember 2019.
  4. ^ "Amerul idam watak orang kaya". Berita Harian. 13 September 2016. Dicapai pada 4 Disember 2019.
  5. ^ Ruhaya Ab. Hamid (2 Mac 2018). "Amerul Affendi dekati pekerja buruh asing". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 September 2018. Dicapai pada 3 Disember 2018.
  6. ^ Nur Asyikin Mayudin (25 November 2021). "Hanya sempat buat 10 episod, watak Amerul Affendi dalam drama 'Jangan Ganggu Jodohku' digantikan dengan pelakon lain". mStar Online. Dicapai pada 3 Disember 2021.
  7. ^ Ashraff Nasser (12 Jun 2019). "Lakonan bukan lagi keutamaan Amerul Affendi". Cinema Online. Dicapai pada 19 Jun 2020.
  8. ^ "Jom Check It Out!! 24 Kategori Pencalonan Akhir FFM27". Murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-06. Dicapai pada 2015-08-19.
  9. ^ "Lelaki Harapan Dunia dapat pengiktirafan lagi". Astro Awani. 6 Oktober 2015.
  10. ^ Zaidi Mohamad (28 April 2019). AIFFA 2019: Amerul, Nam Ron puas One Two Jaga diiktiraf Berita Harian. Dicapai pada 3 Mei 2019.

Pautan luar sunting