Aminah Assilmi (lahir sebagai Janice Huff, 1945 – 5 Mac 2010)[1] ialah seorang wartawan penyiaran Amerika, aktivis masyarakat Muslim[2], dan pengasas dan pengarah Kesatuan Wanita Muslim Antarabangsa[3].

Terdahulu, beliau merupakan pengkhutbah Baptis Selatan. Aminah memeluk agama Islam pada 1977 di kolej sementara mencuba untuk mengajak beberapa Muslim menyertai Kristian. Sebagai pengarah bagi Kesatuan Wanita Muslim Antarabangsa, beliau melawat kampus-kampus untuk membincangkan mengenai Islam. Beliau tersenarai dalam 500 orang Muslim berpengaruh di dunia pada 2009 oleh Pusat Kajian Strategi Islam Diraja, Amman, Jordan.[4] Dia mengatasi cabaran penting dalam proses penukaran agamanya, termasuk kes tahanan yang mempengaruhi sebuah perubahan dalam undang-undang negara Colorado, yang memberi kesan seseorang tidak dapat dinafikan hak penjagaan kerana agama[5].

Aminah terlibat dalam penghasilan setem hari raya 2001[4]. Beliau juga terlibat dalam menubuhkan pusat pendidikan bagi penganut baharu agama Islam. Beliau muncul dalam filem dokumentari tahun 2005 mengenai wanita Muslim Amerika Utara terbitan Lembaga Filem Kebangsaan Kanada, "Me and the Mosque".[6]

Aminah meninggal dunia pada 5 Mac 2010 dalam satu kemalangan kereta semasa pulang dari sebuah program di New York bersama-sama anak lelakinya[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Aminah Assilmi: A Leader Lost". About.com. March 6, 2010. Dicapai pada March 30, 2010.
  2. ^ "CAIR Offers Condolences on Passing of Aminah Assilmi". Prnewswire.com. Dicapai pada 2015-05-13.
  3. ^ "International Union of Muslim Women Home". Iumw.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-11-28. Dicapai pada 2015-05-13.
  4. ^ a b Samana Siddiqui. "Who was Aminah Assilmi?". SoundVision.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-25. Dicapai pada 2015-05-13.
  5. ^ The 500 Most Influential Muslims (PDF). Amman, Jordan. 2009. m/s. 131.
  6. ^ Ken Lem, Val (April 2006). "Me and the Mosque". Canadian Materials. XII (17).

Pautan luar sunting