Aminah binti Wahb

(Dilencongkan dari Aminah binti Wahab)

Aminah binti Wahb merupakan bonda kepada junjungan Muhammad. Nama penuh Aminah ialah Aminah binti Wahb bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah dari kabilah Quraisy. Aminah merupakan wanita Quraisy terbaik dari segi keturunan dan kedudukannya pada waktu tersebut.

Aminah berkahwin dengan Abdullah bin Abdul Muthalib. Hasil perkongsian hidup tersebut, lahirlah Muhammad. Abdullah meninggal dunia ketika kandungan Aminah berusia dua bulan. Pada pagi hari Isnin, 9 Rabiul Awwal ada pendapat yang mengatakan I2 Rabiulawal, Tahun Gajah, Aminah telah selamat melahirkan Nabi Muhammad di rumah Abu Talib yang terletak di perkampungan bani Hasyim. Bidannya ialah al-Syifa'.

Aminah meninggal dunia di al-Abwa' ketika dalam perjalanan pulang dari menziarahi saudara mara suaminya.

Biografi menurut perspektif Islam sunting

 
Maqam Aminah binti Wahb
 
Maqam Aminah binti Wahb
 
Maqam lain terletak bersebelahan Maqam Aminah binti Wahb
 
Maqam Arwa binti Koraiz, terletak di kiri Maqam Aminah binti Wahb

Anak perempuan Wahb ibn Abd Manaf ibn Zuhrah ibn Kilab ibn Murrah yakni [1] Aminah telah dilahirkan di Makkah. Beliau ialah wanita dalam keturunan Bani Zuhrah salah satu suku dalam kaum Arab Quraisy dimana merupakan keturunan dari Ibrahim melalui anak baginda Ismail. Datuk Aminah adalah saudara lelaki (adik beradik) kepada Qusai bin Kilab, dimana Qusai ialah nenek moyang kepada Abdullah bin Abdul Muttalib. Qusai bin Kilab diriwayatkan merupakan orang Arab Quraisy pertama yang menjadi penjaga kepada Bait Suci Allah iaitu Kaabah. Abdul Muttalib ibn Hashim, bapa kepada Abdullah, telah menetapkan perkahwinan anaknya yakni Abdullah bersama Aminah. Aminah telah mengahwini Abdullah bin Abdul Muttalib ketika beliau (Aminah) berusia 17 tahun.[2] Diriwayatkan muka / wajah Abdullah berubah menjadi berseri-seri dan cerah apabila mendapat tahu beliau akan mendapat anak lelaki, hasil dari perkahwinan dengan Aminah.[3]

Bapa Abdullah iaitu Abdul Muttalib yang juga penjaga Kaabah di Makkah, telah meminta Abdullah sebaik sahaja selepas berkahwin untuk mengikut kabilah Arab untuk berdagang di as-Sham (kini Syria). Walau bagaimanapun, Abdullah telah disahkan jatuh sakit apabila dalam perjalanan pulang kembali ke Makkah, dan pada ketika itu jugalah isterinya Aminah sedang sarat mengandungkan seorang bayi yang kelak menjadi seorang Nabi dan Rasul yang agung.[4]

Kelahiran Nabi Muhammad sunting

Diriwayatkan dua bulan selepas kematian Abdullah pada 12 Rabiul Awal 570 AD (Tahun Gajah), Nabi Muhammad telah dilahirkan dengan selamat. Telah menjadi suatu kebiasaan untuk bangsawan-bangsawan Arab ketika itu di Makkah. Pada hari ke-8 kelahiran anak, bayi akan diserahkan ke Padang Pasir yakni perkampungan Arab Badwi yang panas terik, ini dipercayai bagi membina suatu sahsiah peribadi pada bayi itu apabila besar kelak menjadi orang yang berdisiplin, berfikiran cerdik dan bebas. Maka ia juga bagi membolehkan Nabi Muhammad belajar bertutur akan bahasa Arab dengan sempurna dan mengenali budaya Arab dengan baik.

Menjadi suatu pilihan kepada Aminah untuk memilih wanita Bani Saad bagi menyusukan bayinya, kerana wanita Bani Saad dilihat sangat arif akan hal sebegini. Dalam masa-masa menunggu giliran penyusuan dari wanita Bani Saad, Aminah telah meminta Thuwaibah hamba perempuan pakciknya Abu Lahab untuk menyusukan Nabi Muhammad, dalam masa yang sama, Thuwaibah turut menyusukan Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib, kerana itu Saidina Hamzah merupakan saudara susuan Nabi. Thuwaibah hanya menyusukan Nabi Muhammad beberapa hari, namun hubungannya bersama Nabi Muhammad sebagai ibu susu amatlah baik.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ The Life of the Prophet Muhammad by Ibn Hisham: Volume 1, Page 181
  2. ^ Cook, Michael. Muhammad. Oxford University Press: New York, 1983. ISBN 0-19-287605-8.
  3. ^ Kathir, Ibn. The Life of the Prophet Muhammad : Volume 1. Trans. Prof. Trevor Le Gassick. Garnet Publishing: Lebanon, 1998. ISBN 1-85964-142-3.
  4. ^ Armstrong, Karen. Muhammad : A Biography of the Prophet. HarperSanFrancisco: San Francisco, 1993. ISBN 0-06-250886-5
  5. ^ Shahid Ashraf, "Encyclopaedia of Holy Prophet and Companions", Anmol Publications PVT. LTD., 2004, ISBN 81-261-1940-3 [1]
  • Kitab Sirah Rasulullah S.A.W, karangan Sheikh Muhammad al-Khudhori Bik dan diterjemahkan oleh Ust Hj Mohd Asri Hj Hashim. Terbitan Pustaka Salam.
  • Detik-detik penting dalam kehidupan Rasulullah S.A.W, karangan Muhammad Alwi al-Maliki al-Hasani dan diterjemahkan oleh A. saleh Muhammad Basalamah dan Yunus Ali al-Mudhdhar. Terbitan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.