Aminuddin bin Yahaya (Jawi: أمين الدين بن يحيى) ialah seorang aktivis organisasi Islam dan politik di Malaysia. Beliau merupakan Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA). Beliau turut sama terlibat dalam penganjuran Perhimpunan 812 yang menghimpunkan lebih 1,000,000 rakyat bagi mendesak kerajaan Malaysia untuk menolak peratifikasian Konvensyen Antarabangsa ICERD[1]. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) selama tiga tahun[2]. Aminuddin juga merupakan kolumnis di portal Malaysiakini dan Ismaweb.

Tuan Haji

Aminuddin Yahaya

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam
Memegang jawatan
2020
Didahului olehYusri Mohamad
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia
Dalam jawatan
2018–2021
Didahului olehAbdullah Zaik Abdul Rahman
Digantikan olehMuhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah
Dalam jawatan
2018–2020
Didahului olehJawatan baharu
Digantikan olehMohd Zai Mustafa
Butiran peribadi
Lahir23 Februari 1963
Temerloh, Pahang
Parti politikGerakan Tanah Air (2022-kini)

Latar belakang sunting

Aminuddin dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 23 Februari 1963. Beliau telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 8 orang cahaya mata.

Pendidikan sunting

Kerjaya sunting

Sejurus pulang ke Malaysia selepas pengajiannya di United Kingdom, beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang juruaudit di Ernst & Young, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Telekom Publications Sdn. Bhd. dan akhirnya menubuhkan firma audit sendiri[4] Beliau banyak terlibat dalam melatih akauntan-akauntan muda termasuk di luar negara.[5] Aminuddin Yahaya merupakan ahli kehormat Pertubuhan Ikatan Akauntan Muslim Malaysia.

Penglibatan dalam politik sunting

Dalam pilihan raya umum Malaysia 2022, Aminuddin telah bertanding mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) di Parlimen Temerloh[6]. Walau bagaimanapun, beliau tewas dalam pilihan raya tersebut.

Penglibatan dalam masyarakat sunting

Aminuddin terlibat dalam banyak organisasi Islam di Malaysia, antaranya:

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sunting

Aminuddin Yahaya mula bergerak aktif di dalam ISMA sejak awal penubuhannya lagi (1997). Beliau pernah menjadi Setiausaha Agong ISMA selama 13 tahun dari tahun 2000 hingga 2013. Seterusnya, beliau dilantik menjadi Timbalan Presiden ISMA selama 5 tahun dari tahun 2013 hingga 2018. Beliau dilantik menjadi Presiden ISMA pada tahun 2018 sehingga 2021.

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) sunting

Aminuddin Yahaya merupakan antara pengasas bersama UMMAH di samping tokoh lain seperti Ismail Mina Ahmad, Kamaruzaman Mohamad dan Mohd Zai Mustafa. Beliau pernah dipilih menjadi Ketua Sekretariat di awal penubuhan UMMAH pada 2017 sebelum dipilih menjadi Pengerusi UMMAh pada 2018. Beliau meletak jawatan pada tahun 2020.

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) sunting

Aminuddin Yahaya merupakan antara pengasas bersama PEMBELA di samping tokoh lain seperti Dr Yusri Mohamad. Aminuddin dilantik menjadi Timbalan Pengerusi PEMBELA yang pertama seterusnya mengambil alih sebagai Pengerusi PEMBELA yang kedua selepas Dr Yusri Mohamad.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sunting

Aminuddin Yahaya telah dilantik sebagai Pengerusi Kluster Perpaduan YADIM pada tahun 2016[7] yang menjadi individu penting yang mengumpulkan NGO-NGO Islam untuk bekerjasama dalam gerak kerja. Beliau berjaya mempertemukan pimpinan UMNO yang diwakili oleh Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan PAS yand diwakili oleh Dr Mohd Zuhdi Marzuki di atas satu pentas dalam Muktamar Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) pada tahun 2016[8].

Aktivis sunting

Himpunan Bantah ICERD (Himpunan 812) sunting

 
Jalan di sepanjang Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sesak dan penuh dengan lautan manusia pada Himpunan Bantah ICERD (Himpunan 812).

Himpunan Bantah ICERD, juga dikenali sebagai Himpun 812 atau Daulat 812 telah dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bagi mendesak kerajaan Malaysia untuk menolak Konvensyen Antarabangsa ICERD. Himpunan ini telah diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dari jam 2 petang sehingga 5 petang pada 8 Disember 2018. Himpunan ini mengumpulkan 1,000,000 penyerta mengikut anggaran polis[9].

Himpunan ini mendapat pujian dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana perhimpunan berlaku dengan sangat berdisiplin, aman dan tidak meninggalkan sampah selepas selesai himpunan[10]. Perhimpunan ini telah disokong oleh parti-parti politik Melayu Islam seperti Petubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN). Walau bagaimanapun, Kerajaan Malaysia telah mengubah pendirian mereka untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa ICERD pada 23 November, iaitu 15 hari sebelum himpunan ini berlangsung.[11]

Kempen Beli Produk Muslim sunting

 
Pelancaran Kempen Beli Produk Muslim anjuran UMMAH dan PPIM di Menara Kuala Lumpur pada 2 April 2019.

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah melancarkan 'Kempen Beli Produk Muslim' untuk memberi galakan kepada ekonomi orang Islam selain mengetengahkan produk serta perkhidmatan halal seluruh negara. Kempen ini telah dilancarkan pada 2 April 2019 di Menara Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Sahibus Samahah Hj. Hashim Bin Salleh. [12]

Kempen Malaysia Negara Islam sunting

Kempen Malaysia Negara Islam telah dilancarkan pada hujung tahun 2018 untuk menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam berdasarkan perkara 3 Perlembagaan Persekutuan[13]. Kempen ini merupakan kempen kesedaran kepada masyarakat bahawa perkara-perkara yang bercanggah dengan Islam seperti LGBT, ajaran sesat, liberalisme agama dan sebagainya perlu ditolak dan ditangani dengan tegas oleh semua pihak. Petisyen bagi menyokong kempen ini telah digerakkan di tempat-tempat awam seperti masjid, sekolah dan universiti di seluruh negara. Laporan dan petisyen ini diserahkan kepada Perdana Menteri dan Yang Di-Pertuan Agong sebagai simbolik bahawa pemimpin tertinggi negara mempunyai kuasa untuk menegaskan dan menguatkuasa mesej-mesej yang terkandung dalam kempen ini.

Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam (Himpunan 405) sunting

Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam atau lebih dikenali sebagai Himpunan 405 ini telah diadakan pada 4 Mei 2018 di hadapan SOGO dan sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman[14]. Mesej dalam himpunan ini ialah untuk mendesak kerajaan agar tegas terhadap isu-isu yang mencabar kedaulatan Islam terutamanya isu cadangan membuang status 'Islam' dalam kad pengenalan oleh Senator DAP iaitu YB Nga Hock Cheh. Selain itu, himpunan ini juga bertujuan untuk membantah Statut Rom, menuntut keadilan buat Arwah Adib dan isu pendidikan; UEC dan PPSMI. Himpunan ini juga telah dihadiri oleh YB Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Prof. Dr. Awang Sariyan. Media melaporkan jumlah kehadiran himpunan ini ialah sekurang-kurangnya 10,000 peserta walaupun perancangan berlaku kurang dari tempoh seminggu.

Bantahan terhadap cadangan mansuh hukuman mati mandatori sunting

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Undang-Undang), Liew View Keong telah mencadangkan agar hukuman mati dimansuhkan atas alasan hak asasi manusia. Jemaah menteri memutuskan hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah 8 akta dimansuhkan, termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pembunuhan[15]. Aminuddin Yahaya merupakan antara figura yang paling terkehadapan menentang cadangan kerajaan ini[16]. Sidang media bantahan ini turut disertai oleh Mantan Ketua Polis Negara, iaitu Tan Sri Musa Hasan, NGO-NGO dan peguam-peguam[17]. Sidang media tersebut telah mendapat perhatian media tempatan dan antarabangsa. Sebuah petisyen atas talian bagi membantah cadangan ini telah digerakkan dan mendapat sokongan hampir 100 ribu rakyat Malaysia[18].

Penulisan sunting

  • 2009: Liku-Liku Perjuangan
  • Kesatuan Melayu: Masihkah Ada Harapan?
  • Tersungkur di Pintu Neraka
  • Transformasi Pendakwah

Rujukan sunting

  1. ^ Teoh Pei Ying (9 Disember 2018). "Polis panggil penganjur perhimpunan". Harian Metro. Dicapai pada 19 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ Mohd. Fairuz Yusof (8 Januari 2020). "Aminuddin letak jawatan Pengerusi Ummah". Malakat Tribun. Dicapai pada 19 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)[pautan mati kekal]
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-08. Dicapai pada 2019-06-14.
  4. ^ https://suaradarigunung.wordpress.com/about/
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-03. Dicapai pada 2019-06-14.
  6. ^ Shahrin Aizat Noorshahrizam (2 November 2022). "GTA fields Islamist hardliner and former Ummah, Isma leader Aminuddin Yahaya in Temerloh". Yahoo! News. Dicapai pada 16 Januari 2023.
  7. ^ https://www.youtube.com/watch?v=5-8Xjcep9cI
  8. ^ http://www.yadim.com.my/v2/aturcara-muktamar-majlis-amal-islami-malaysia-2016/[pautan mati kekal]
  9. ^ "Gathering ends after prayer to shorten Harapan's rule". Malaysiakini. 8 December 2018. Dicapai pada 29 May 2020.
  10. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/2234/BERITA/Himpunan-bantah-ICERD-Alam-Flora-kutip-28-tan-sampah
  11. ^ http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1669702
  12. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-16. Dicapai pada 2019-06-14.
  13. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-18. Dicapai pada 2019-06-18.
  14. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-18. Dicapai pada 2019-06-18.
  15. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-18. Dicapai pada 2019-06-18.
  16. ^ https://www.malaysiakini.com/columns/465132
  17. ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/02/12/ummah-threatens-to-march-if-govt-goes-ahead-with-death-penalty-abolition/
  18. ^ https://www.change.org/p/do-not-abolish-death-penalty-in-malaysia?