Amiruddin Hamzah
YBhg. Dato' Wira Ir Amiruddin bin Hamzah (Jawi: أميرالدين بن حمزه ) ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu. Beliau bertanding atas tiket PAS sejak 2002 untuk menggantikan Fadzil Noor dan menjadi Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Kedah dan juga (ADUN) Anak Bukit. Walau bagaimanapun, beliau telah keluar dari Parti Islam Se-Malaysia dan masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 26 November 2017.[2] Sebelum ini, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Negeri Kedah. Pada pilihanraya ke-14, Amiruddin Hamzah bertanding di atas tiket PKR dan berjaya menjadi Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu dan juga ADUN Anak Bukit. Beliau merupakan bekas pemegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan.
Yang Berhormat Dato' Wira Ir Amiruddin bin Hamzah DGMK, DSDK (Kedah), JP | |
---|---|
![]() | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kubang Pasu, Kedah | |
Dalam jawatan 10 Mei 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | Ku Abdul Rahman Ku Ismail |
Majoriti | 13,009 (2018) |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Anak Bukit | |
Dalam jawatan 18 Julai 2002 – 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | ![]() |
Digantikan oleh | Rashidi Razak |
Majoriti | 1,579 (2018) |
Timbalan Menteri Kewangan Malaysia | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah Muhammad V |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() Timbalan I ![]() ![]() Timbalan II |
Butiran peribadi | |
Lahir | ![]() | 20 April 1962
Parti politik | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Wira Nora Mohamed Noor[1] |
Alma mater | ![]() |
Pekerjaan | Ahli Parlimen Ahli Dewan Undangan Negeri |
Pada hari Khamis 28 Mei 2020, Amiruddin bersama empat orang ahli BERSATU yang lain telah digugurkan keahlian masing-masing kerana keengganan duduk di bangku kerajaan malah duduk di bangku pembangkang ketika persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei.[3][4]
Anugerah Sunting
Pautan luar Sunting
Rujukan Sunting
- ^ "Senarai Timbalan Menteri dan pasangan" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-09-21. Dicapai pada 2018-09-01.
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/politik/2017/11/355659/amiruddin-tinggalkan-pas-plih-ppbm
- ^ "Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga yang lain digugur keahlian Bersatu". Astro Awani. 28 Mei 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2020. Dicapai pada 28 Mei 2020.
- ^ Mohd Nasaruddin Parzi (28 Mei 2020). "BERSATU gugurkan keahlian Tun M, empat yang lain". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2020. Dicapai pada 28 Mei 2020.
- ^ Mukhriz heads list of award recipients on Kedah ruler's birthday