Ampang Point ialah sebuah kompleks membeli belah dan kawasan perniagaan yang terletak di Mamanda, dalam daerah Ampang, Selangor, Malaysia. Pusat Membeli-Belah Ampang Point telah dibuka pada 2 Januari 1993.

Ampang Point

Kedudukannya berhampiran Hospital Ampang Puteri, Flamingo Hotel dan Grand Barakah Hotel (Dahulunya dikenali sebagai De Palma Hotel). Kedudukannya juga berada berhampiran dengan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 dan B31 Jalan Ampang.

Pengangkutan Awam sunting

Terdapat juga Bas Rapid KL di sini, yang menggunakan kod 300 dan 303 dari Ampang ke KLCC dan Lebuh Ampang. Terdapat juga bas tempatan yang juga dikendalikan oleh Rapid KL iaitu T300, T301, T302, T303 dan T304 yang melalui kawasan Ampang Point.

Pusat Membeli-Belah sunting

Terdapat beberapa penyewa yang terdapat di dalam Pusat Membeli-Belah ini. Antara penyewa utama di sini adalah Giant Supermarket, Ampang Superbowl dan TGV Cinemas. TGV Cinemas dibuka pada 22 Februari 2024 dan mempunyai 7 Hall termasuk 1 Hall Junior. Di sini terdapat juga beberapa restoran seperti McDonald's, KFC, A&W, Taco Bell, Dunkin' Donuts, Baskin-Robbins dan Starbucks. Selain itu, Terdapat beberapa penyewa lain seperti Harvey Norman, Popular Bookstore, MR.DIY dan Brands Outlet.

Kawasan Perniagaan sunting

Kawasan Perniagaan ini terletak di luar Pusat Membeli-Belah Ampang Point. Di sini terdapat beberapa kedai seperti FamilyMart, Pelita Nasi Kandar, 7-Eleven, Kedai CU dan Marrybrown. Terdapat juga Maybank dan Habib Jewels di sini.

Pautan luar sunting