Ampong Puyon

(Dilencongkan dari Ampong Bin Puyon)

Ampong Bin Puyon merupakan ahli politik daripada Parti USNO (United Sabah National Organization) dan UMNO Barisan Nasional di Malaysia. Beliau dilahirkan di Sandakan, Sabah pada 9 Disember 1939. Beliau telah menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Labuk Sugut, negeri Sabah. Beliau bertanding atas tiket parti USNO Barisan Nasional menggantikan Yang Berhormat Ajad O. T. Oyung yang merupakan Ahli Dewan Rakyat Labuk Sugut selama dua penggal (1969 - 1978). Pada Pilihanraya Umum Malaysia 1982, beliau sekali lagi bertanding atas tiket USNO bagi mempertahankan kerusi USNO di kawasan Labuk Sugut tetapi ditewaskan oleh calon BEBAS iaitu YB Hassan Alban bin Sandokong. Pada Pilihanraya Umum Negeri Sabah 1985, beliau dipilih sebagai calon USNO bagi kerusi Dun Sugut dan menang dalam pilihanraya tersebut menewaskan calon-calon yang lain termasuk calon daripada Parti BERJAYA YB Pengiran Khafid Bin Pengiran Salleh yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sugut mewakili Parti BERJAYA (1981-1984).

Yang Berhormat Datuk Seri Panglima

Ampong Bin Puyon
Fail:Ampong Bin Puyon.jpg
Didahului olehAjad O. T. Oyung
Anggota Parlimen
untuk Labuk Sugut, Sabah
Digantikan olehHassan Alban bin Sandokong
Butiran peribadi
LahirSabah Labuk Sugut, Sabah
PekerjaanBekas Ahli Parlimen

Beliau kini merupakan Ketua Bahagian UMNO Sandakan sejak 1991 dan Timbalan Pengerusi BN Sandakan sejak 1995. Selain itu, Tan Sri Ampong juga adalah Timbalan Yang di Pertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Naib Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru SMK Sandakan, dan Pengerusi PIBAGU SK Sungai Anib Sandakan. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi SAFODA (1994-2001), Ahli Pemegang Amanah Yayasan Sabah (1994-1999), Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) 1989-1994, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 1993-1995,Pengarah Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) 1997 dan jawatan-jawatan lain.

Antara Bintang kebesaran yang dianugerahkan kerana jasa-jasa beliau ialah Ahli Darjah Kinabalu (ADK) 1967, Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) 1969, Jaksa Pendamai (JP) Pahang, 1972, Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) 1993, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) 1994, Kesatria Mangku Negara (KMN) 1992 dan Pingat Setia Mahkota (PSM), yang membawa gelaran Tan Sri pada tahun 2009. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Puan Sri Hajah Armah Haji Amirali dan dikurniakan lima orang anak.

Beliau merupakan Ketua Bahagian UMNO Bahagian Sandakan sejak 1991 sehingga kini.

Lihat juga sunting