Ampun Bang Jago

Ampun Bang Jago ("Ampun Abang Jaguh") ialah sebuah lagu muzik tarian elektronik (EDM) Indonesia yang dinyanyikan oleh Jonathan Dorongpangalo dan Everly Salikara, dikenal dengan nama pentas masing-masing ialah Tian Storm dan Everslkr. Lagu ini menjadi masyhur di media sosial setelah terpilih sebagai salah satu lagu yang ramai digunakan di aplikasi TikTok dan menerima populariti di tahap antarabangsa. Walau lagu ini awalnya tidak berniat sebagai lagu bergenre EDM, peningkatan trend EDM di Indonesia membuat lagu ini turut mengarah ke genre tersebut. Kemasyhuran muzik ini mendorong mereka untuk menerbitkan versi baharu lagu itu, Ampun Bang Jago 2.

"Ampun Bang Jago"
Single oleh Jonathan Dorongpangalo and Everly Salikara
BahasaBahasa Indonesia, Melayu Manado
DiterbitkanDelapan Belas Musik[1]
Dikeluarkan2016/2017
GenreMuzik tarian elektronik
Durasi3:33:00
PenerbitKevin Rater[1]
Video muzik
"Ampun Bang Jago" di YouTube

Dalam budaya popularSunting

Pada Februari 2021, lagu ini kembali mendapat perhatian lebih besar setelah tersebarnya video seorang jurusenam yang melakukan senamrobik dengan latar belakang penjagaan ketat para tentera dalam peristiwa rampasan kuasa Myanmar 2021.[2][3] Peletak video yang pertama kali muncul di Facebook merangkap jurusenam itu, Khing Hnin Wai, dikatakan tidak sedar akan apa yang terjadi di belakangnya dan dilihat seolah-olah sebagai sindiran politik, meskipun beliau membantah dakwaan tersebut.[4] Berkenaan tularnya video tersebut, Tian berharap lagu "Ampun Bang Jago" menjadi penggalak karya-karya muzik Indonesia agar dapat menembusi pasaran antarabangsa, khususnya lagu dari kawasan Indonesia timur.[5]

RujukanSunting

  1. ^ a b "AMPUN BANG JAGO - Tian Storm x Ever Slkr (Official Music Video) DISKO TANAH - YouTube". www.youtube.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-03. Dicapai pada 2021-02-03.
  2. ^ "Coup Caught On Camera: Myanmar Woman Goes Viral For Dance Video With Surreal Backdrop" (dalam bahasa Inggeris). NPR. 2021-02-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-02. Dicapai pada 2021-02-03.
  3. ^ Yuniar, Resty Woro (2021-02-02). "Myanmar fitness coach dances to Indonesian protest anthem as coup unfolds". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). Agence France-Presse. South China Morning Post Publishers Limited. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-02. Dicapai pada 2021-02-03.
  4. ^ "Exercise instructor appears to unwittingly capture Myanmar coup in dance video". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). 2021-02-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-02. Dicapai pada 2021-02-03.
  5. ^ Azizah, Zakiyatul (2020-10-11). Nugroho, Fajar Adhityo (penyunting). "Viral di TikTok, Lagu Ampun Bang Jago Ternyata Punya Makna Mendalam" [Viral on TikTok, the Song Ampun Bang Jago has a Very Deep Meaning]. JakpusNews.com (dalam bahasa Indonesia). Pikiran Rakyat Media Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-14. Dicapai pada 2021-02-03.