Mohd Amri Yahyah

Pemain bola sepak Malaysia
(Dilencongkan dari Amri Yahyah)

Mohd Amri bin Yahyah (lahir 21 Januari 1981, juga dikenali sebagai Wak Am[2], dan diberi gelaran "Ketua Kampung Likas"[3] di Sabah selain "MR17" di Selangor) merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia yang bersara dan mengakhiri kerjaya bola sepak bermain bersama-sama Kelab Bola Sepak Sabah pada 17 Disember 2023. Amri semasa dalam kerjaya bola sepaknya bermain dalam posisi sayap kanan, kiri dan penyerang tengah. Dilahirkan di Tanjung Karang, Selangor, Malaysia. Amri telah mewakili Selangor dari tahun 2001 sehingga 2013 dan kembali ke pasukan itu pada 2017 sehingga 2019. Dia bermain sebanyak 427 perlawanan dan menjaringkan 132 gol dalam semua pertandingan kompetitif bersama Selangor.[4] Pada 2002, dia digelar sebagai budak ajaib apabila menjaringkan gol emas untuk Selangor pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2002 menentang Sabah.[5] Pada musim 2005 dia membantu Selangor memenangi tiga piala.

Mohd Amri Yahyah
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Amri bin Yahyah
Tarikh lahir (1981-01-21) 21 Januari 1981 (umur 43)
Tempat lahir Tanjung Karang, Selangor, Malaysia
Ketinggian 1.75 m (5 ka ​8 78 in)
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
1998–2001 Selangor
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2001–2013 Selangor 210 (71)
2014–2016 Johor Darul Ta'zim 54 (10)
2017 Melaka United 10 (0)
2017–2019 Selangor 44 (8)
2020 Sarawak United 11 (2)
2021–2023 Sabah 56 (9)
Pasukan kebangsaan
2004–2017 Malaysia 64[1] (15[1])
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17 Disember 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 31 Disember 2017

Beliau juga pernah mewakili Malaysia ke Sukan SEA 2003 di Hanoi, Piala Tiger 2004 di mana Malaysia muncul pemenang tempat ke-3, Piala AFF 2010 dimana Malaysia muncul juara, Piala AFF 2014 di mana Malaysia muncul sebagai naib juara dan Piala AFF 2016.

Beliau bersara dan mengakhiri kerjaya bola sepaknya bersama-sama Kelab Bola Sepak Sabah dengan perlawan akhir Liga Super di Stadium Likas menentang Kedah.[6] Amri telah bermain lebih 600 perlawanan kompetitif dalam kerjayanya dan menjaringkan 188 gol untuk kelab dan negara.[4]

Kerjaya Kelab sunting

Selangor FA sunting

Amri menandatangani kontrak dengan Selangor pada tahun 2001. Amri menjadi sebutan ketika beliau menjaringkan gol emas menentang Sabah pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2002.[5] Amri terlepas majoriti perlawanan pada musim 2003 akibat kemalangan jalan raya yang menyebabkan bahagian keting kiri kakinya patah.[7][8] Dia kembali bermain pada musim 2004.

Pada tahun 2005, Amri membantu pasukan Selangor merangkul kejuaraan treble (Liga Perdana Malaysia, Piala FA dan Piala Malaysia). Pada musim itu juga Amri bermain sebagai pemain pertahanan dan pemain pertahanan tengah, berbeza dari posisi asalnya sebagai pemain sayap dan pemain tengah menyerang.

Amri diberi lilitan kapten bagi pasukan Selangor pada musim 2009 selepas Shukor Adan meninggalkan pasukan. Dia merangkul kejuaraan Liga Super dan Piala FA pada musim itu.

Johor Darul Ta'zim sunting

Amri menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT) pada tahun 2014. Amri pernah beberapa kali menjadi Kapten untuk skuad JDT. Sebagai seorang penyerang berpengalaman, Amri sentiasa mencuri tumpuan dengan gelagat dan gaya gelecekan bola yang hebat.[9] Sepanjang berada di JDT, Amri berjaya menjuarai Piala AFC 2015, juara hatrik Liga Super (2014/15/16), juara Piala FA 2016 dan juara Piala Sumbangsih (2015/2016).[10] Amri antara pemain JDT yang berjaya membuat lebih 100 penampilan bersama kelab itu.[11] Dia beraksi sebanyak 103 perlawanan dan menjaringkan 22 gol dalam semua pertandingan kompetitif bersama JDT.[4]

Melaka United sunting

Pada 16 Disember 2016, Amri menandatangani kontrak satu tahun dengan kelab yang baru dinaikkan ke Liga Super 2017 Melaka United, dengan bayaran yang tidak dikemukakan selepas kontraknya dengan Johor Darul Ta'zim tamat tempoh.[12][13] Pada 21 Februari 2017, Amri membuat debutnya untuk Melaka United dengan kemenangan 2-0 ke atas Kelantan bermain selama 90 minit. Pada 14 Februari 2017, Amri menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya dalam kempen Piala FA ke atas PKNS.[14]

Kembali ke Selangor FA sunting

Pada bulan Mei 2017, Melaka United mengumumkan bahawa pemain yang mereka tandatangani pada pra-musim iaitu Amri Yahyah akan kembali ke bekas pasukannya Selangor FA pada jendela perpindahan pertengahan musim.[15] Amri membuat penampilan Liga Super 2017 bersama Selangor dalam kekalahan 0-2 ke atas Pahang pada 24 Mei 2017. Amri kemudian menjaringkan gol Liga Super-nya pada 22 Julai 2017 iaitu ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Kelantan. Jaringan kedua Liga Super pula hadir ketika menang 2-1 ke atas Johor Darul Ta'zim pada 5 Ogos 2017.[16]

Menyertai Sabah FC dan persaraan dari kerjaya bola sepak sunting

Amri Yahyah telah mengesahkan bermain untuk kelab Sabah dari tahun 2021 dibawah kendalian Ong Kim Swee. Pada 25 April 2022, Amri mencipta rekod Liga Super Malaysia apabila menjadi pemain paling tua yang menjaringkan hatt-trick pada usia 41 tahun ketika menewaskan Kedah Darul Aman 4-0 di Stadium Likas.[17] Jurulatih Sabah, Ong Kim Swee menyifatkan rekod ini akan kekal lama dan sukar untuk diulangi mana-mana pemain tempatan.[17]

Kontrak beliau diteruskan selama dua (2) tahun lebih iaitu sehingga bulan Disember 2023 selepas beberapa persembahan menarik yang beliau lakukan selama di dalam kelab berikut. Pada hujung pertandingan Liga Super Malaysia tahun 2023, beliau mengesahkan bahawa tahun berkenaan ialah tahun terakhir beliau menjadi atlet bola sepak nasional sekaligus mengakhiri kerjayanya sebagai pemain bola sepak Sabah. Beliau telah digelar sebagai "Ketua Kampung Likas" atas sebab jasa beliau selama duduk di Sabah dan dikenali rapat oleh orang-orang di Likas.[18]

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada 2002, Amri disenaraikan untuk saingan AFF Piala Tiger 2002. Namun Allan Harris terpaksa mengugurkannya kerana dia terbabit dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan keting kiri kakinya patah setelah pulang dari latihan bersama skuad kebangsaan.[7][8]

Pada 2003, Amri kembali mendapat panggilan kebangsaan dan mula mewakili skuad bawah 23 Malaysia pada Sukan Afro-Asia di Hyderabad, India pada bulan Oktober 2003. Dia kemudian disenaraikan untuk mewakili skuad bawah 23 Malaysia di Sukan Sea 2003 di Hanoi, Vietnam dibawah kendalian Allan Harris.

Pada 2004, Amri membuat penampilan pertama bersama pasukan senior Malaysia ketika bertemu China di kelayakan Piala Dunia yang berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang. Amri menjaringkan gol antarabangsa pertamanya ketika bertemu Kuwait dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia di Kuwait City. Dalam perlawanan itu juga dia dilayangkan kad merah kerana meludah pemain Kuwait dan menerima denda RM 48,000 selain digantung enam perlawanan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).[19]

Amri turut disenaraikan untuk Piala Tiger 2004 di mana dia membantu Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga.

Pada 2009, jurulatih K. Rajagopal menyenaraikan nama Amri bersama skuad kebangsaan. Nama Amri kembali menjadi sebutan selepas menghasilkan 2 jaringan, dimana salah satunya jaringan terbaik untuk pasukan Pilihan Malaysia dalam perlawanan persahabatan pra-musim pada 18 Julai 2009, menentang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United. Perlawanan berkesudahan dengan Pilihan Malaysia tewas 2-3.[20]

Pada 22 Disember 2009, beliau dipanggil untuk memperkuatkan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bagi menghadapi kelayakan Piala Asia 2011 menentang Emiriah Arab Bersatu pada 2 Januari 2010.[21]

Pada November 2010, Amri disenaraikan sekali lagi dalam skuad kebangsaan bagi menghadapi kejohanan Piala Suzuki AFF 2010. Amri turut membantu dengan menjaringkan dua gol menentang Laos dalam kemenangan 5-1 pada peringkat kumpulan sekaligus membawa Malaysia layak ke separuh akhir Piala AFF.[22] Malaysia berjaya memenangi gelaran Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam sejarah mereka setelah menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir. Berkesudahan pasukan kebangsaan menang 4-2 secara aggregat dalam perlawanan timbal balik.

Pada bulan Julai 2011, Amri dipanggil untuk mewakili pasukan Pilihan Malaysia menentang Chelsea. Malaysia tewas 0-1.[23]

Pada 10 Ogos 2013, Amri sekali lagi membuktikan reputasinya sebagai pemain yang menjaringkan gol ketika bertemu kelab elit luar negara dengan menjaringkan gol tunggal pasukan Pilihan Malaysia yang tewas 1-3 kepada FC Barcelona ketika kunjungan rasmi mereka dalam Jelajah Asia 2013 di Stadium Shah Alam.[24]

Statistik sunting

Kelab sunting

Sehingga 17 Disember 2023[25][26]
Appearances and goals by club, season and competition
Pasukan Musim Liga Piala Piala Liga Lain² Keseluruhan
Divisyen Pen. Gol Pen. Gol Pen. Gol Pen. Gol Pen. Gol
Selangor 2001 Liga Perdana 1 13 6 6 2 5 0 1 0 25 8
2002 Liga Perdana 1 13 6 2 2 9 7 24 15
2003 Liga Perdana 1 1 0 0 0 3 0 4 0
2004 Liga Perdana 6 5 1 2 3 0 10 7
2005 Liga Perdana 14 1 8 1 5 1 27 3
2005–06 Liga Super 16 2 4 0 2 0 7 1 29 3
2006–07 Liga Super 15 7 2 2 6 4 23 13
2007–08 Liga Super 19 3 8 0 10 1 37 4
2009 Liga Super 24 13 7 4 7 6 38 23
2010 Liga Super 21 8 5 2 7 1 2 0 35 11
2011 Liga Super 25 6 5 3 9 3 39 12
2012 Liga Super 25 6 2 1 7 5 34 12
2013 Liga Super 18 8 2 1 6 2 7 4 33 15
Jumlah 210 71 52 20 79 30 17 5 358 126
Johor Darul Ta'zim 2014 Liga Super 21 3 5 1 8 3 34 7
2015 Liga Super 16 5 0 0 8 1 7 1 31 8
2016 Liga Super 17 2 6 2 5 2 10 2 38 8
Jumlah 54 10 11 3 21 6 17 3 103 22
Melaka United 2017 Liga Super 10 0 2 1 12 1
Jumlah 10 0 2 1 12 1
Selangor 2017 Liga Super 8 2 7 2 15 4
2018 Liga Super 22 3 6 1 5 1 33 5
2019 Liga Super 14 3 2 0 5 0 21 3
Jumlah 44 8 8 1 17 3 69 12
Sarawak United 2020 Liga Premier 11 2 0 0 11 2
Jumlah 11 2 0 0 11 2
Sabah 2021 Liga Super 22 4 8 1 30 5
2022 18 5 3 0 6 0 27 5
2023 16 0 2 0 2 0 0 0 20 0
Jumlah 56 9 5 0 16 1 0 0 77 10
Jumlah kerjaya 385 100 78 25 133 40 34 8 630 173

Antarabangsa sunting

Malaysia[1][27]
Tahun Kaps Gol
2004 7 3
2005 1 0
2006 2 0
2009 2 0
2010 7 2
2013 7 0
2014 13 4
2015 10 1
2016 13 5
2017 2 0
Jumlah 64 15

Kejuaraan sunting

Domestik sunting

Selangor FA
Johor Darul Takzim

Antarabangsa sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Amri Yahyah - International Appearances - RSSSF.org
  2. ^ [1] Harian Metro, 17 Disember 2023.
  3. ^ 'Ketua Kampung Likas' bakal beraksi kali terakhir berdepan KDA FC
  4. ^ a b c Amri Yahyah - HarimauMYstats Twitter, 16 Disember 2023.
  5. ^ a b Rembatan emas Amri - Berita Miggu (KLIK), 3 November 2002.
  6. ^ 'Ketua Kampung Likas' bakal beraksi kali terakhir berdepan KDA FC
  7. ^ a b https://www.klik.com.my/item/story/2073466/amri-kemalangan - Berita Harian (KLIK), 15 November 2002.
  8. ^ a b Amri mampu kembali - Harian Metro (KLIK), 16 November 2002.
  9. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2016. Dicapai pada 21 Disember 2014.CS1 maint: archived copy as title (link)
  10. ^ http://www.soccer24.com/malaysia/super-league/
  11. ^ MATT DAVIES SERTAI SENARAI 100 PENAMPILAN BERSAMA JDT -JOHOR Southern Tigers, 3 November 2023.
  12. ^ "Amri Yahyah tandatangani kontrak setahun dengan Melaka United". Astro Awani. 17 December 2016. Dicapai pada 10 January 2018.
  13. ^ "Bosan tunggu Selangor pinang, Amri Yahyah sertai Melaka United". Malay Mail. 17 December 2016. Dicapai pada 10 January 2018.
  14. ^ "Kelantan 0–2 Melaka United". Soccerway. 21 February 2017.
  15. ^ "Transfer: 'Golden Boy' Amri Yahyah Returns to Selangor". Goal.com. 17 May 2017.
  16. ^ "Selangor 0–2 Pahang". Soccerway. 24 May 2017.
  17. ^ a b Berusia 41 Tahun, Amri Yahyah Tiada Masalah Ledak Hatrik Bantu Sabah ‘Tibai’ Kedah 4-0 - VocketFC, 25 April 2022.
  18. ^ 'Ketua Kampung Likas' bakal beraksi kali terakhir berdepan KDA FC
  19. ^ Nazmi, belajar dari kesilapan - Amri - Awani, 3 Jun 2015.
  20. ^ Amri marks return with superb double Diarkibkan 20 Julai 2009 di Wayback Machine – The Star – 19 July 2009
  21. ^ "Norhafiz, Amri dipangil hadapi kelayakan Piala Asia", Utusan Online, 22 Disember 2009.
  22. ^ AMRI STRIKES TWICE TO LEAD MALAYSIA INTO SEMIS - ASEAN Football, 7 Disember 2010.
  23. ^ Kim Swee put in charge for Chelsea friendly1[pautan mati kekal] – The Star – 8 July 2011
  24. ^ http://www.thestar.com.my/Sport/Football/2013/08/11/Amri-does-it-yet-again/
  25. ^ "Mohd Amri Yahyah". Soccerway. Dicapai pada 8 December 2017.
  26. ^ MOHD AMRI YAHYAH - Malaysian Football League.
  27. ^ (Inggeris) Profil Yahyah, Mohd Amri di National-Football-Teams.com

Pautan luar sunting