Dato’ Sri Amrin Awaluddin merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (PUK/KPE) Tabung Haji. Beliau juga merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Taliworks Corporation Berhad, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif, Bank Islam Malaysia Berhad, TH Plantations Berhad dan TH Properties Sdn Bhd.

Dato’ Sri Amrin juga menyandang jawatan sebagai Pengerusi/Pemegang Amanah, Yayasan Bina Makmur; Profesor ‘Adjunct’, Kolej Universiti Poly-Tech MARA dan Ahli Jawatankuasa, Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Beliau memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan), Hull Universiti, United Kingdom; Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian), Acadia University, Nova Scotia, Kanada dan juga merupakan Ahli di Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah dan Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Dato’ Sri Amrin pernah menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Alhijrah Media Corporation (TV Hijrah) Berhad; Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Tabung Angkatan Tentera; Pengarah Eksekutif/Pengarah Urusan, Boustead Holdings Bhd.; Pengarah Eksekutif/Pengarah Urusan Kumpulan, Sime Darby Property Berhad dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, CIMB Bank Berhad.

Beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan seperti Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengarah Eksekutif Media Prima Berhad; Ketua Pegawai Eksekutif, Sistem Televisyen Malaysia Berhad; Ketua Pegawai Eksekutif, Nat Seven TV Sdn Bhd; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Kumpulan Media Prima Berhad; Ketua Pegawai Kewangan, Sistem Televisyen Malaysia Berhad; Ketua Pegawai Operasi, Putera Capital Berhad; Ketua, Kewangan Korporat, Malaysia Resources Corporation Berhad.; Ketua Pegawai Operasi/Pengurus Besar Kanan Kewangan, Renong Berhad dan Pengurus, Kewangan Korporat, Amanah Merchant Bank Bhd.

Dato’ Sri Amrin Awaluddin dilantik sebagai PUK/KPE Tabung Haji pada 6 Mei 2021.

Amrin Awaluddin pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Acadia, Kanada dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dengan kepujian dari University of Hull, England.

Kerjaya sunting

Kerjaya Amrin bermula sebagai presiden, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) (1999-2000)[1] ; Ketua Pegawai Operasi Putera Capital Berhad (2001); Ketua Pegawai Kewangan TV3 (2001) ; CFO Kumpulan Media Prima Berhad (2003) ; CEO ntv7 (2006) ; Ketua Pegawai Eksekutif TV3 (2008); Ketua Pegawai Operasi Media Prima Berhad (Jun 2009) dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima (September 2009).

Beliau juga dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3); Synchrosound Studio Sdn. Bhd., Primeworks Studios Sdn. Bhd. dan Alt Media Sdn. Bhd.[2] TV3 menjadi stesen televisyen terunggul di Malaysia selama 25 tahun. Pada masa ini terdapat 6 saluran TV terestrial dan hampir 100 saluran tersedia untuk orang ramai di Malaysia melalui TV berbayar dan platform IPTV. TV3 boleh dilihat di seluruh dunia melalui www.tv3.com.my malah boleh ditontotn di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) mahupun di Auckland, New Zealand.

Rujukan sunting

  1. ^ 10 BUMIPUTERA CEO OF PRIVATE COMPANY
  2. ^ "About NSTP Group". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-03. Dicapai pada 2012-05-25.