Amru bin Hisyam (Arab/Jawi: عمرو بن هشام) atau lebih kenali sebagai Abu Jahal (أبو جهل) merupakan seorang pembesar di Makkah yang terkenal kerana permusuhannya terhadap Nabi Muhammad dan umat Muslim. Beliau juga digelar sebagai Abu Hakam (bapa kebijaksanaan) dalam kalangan penduduk Mekah. Beliau mempunyai seorang anak yang memeluk agama Islam iaitu Ikrimah bin Abu Jahal yang memeluk Islam selepas peristiwa pembukaan Kota Mekah.