Amsyar ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Murali Abdullah, dibintangi oleh Elly Mazlein, Ben Ladin dan Redza Rosli. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea, TV9 bermula 27 Oktober 2016 menggantikan Samudera Rindu. [1]

Amsyar
GenreDrama
FormatDrama Bersiri
PengarahMurali Abdullah
Dibintangi oleh
Elly Mazlein
Ben Ladin
Redza Rosli
Tatty Hassan
Juedian Omar
Lagu pembukaan"Percuma" nyanyian Sabhi Saddi
Lagu penutup"Sabarlah Hati" nyanyian Elly Mazlein
Negara asal Malaysia
Bilangan episod20
Syarikat penerbitan
Zeel Production Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalTV9 (Slot Azalea)
Siaran asal27 Oktober 2016 – 19 November 2016
Kronologi
MengikutiSamudera Rindu
Diikuti olehAinur Mardhiyah

Sinopsis sunting

Mengisahkan Amsyar (Ben Ladin) yang merupakan anak tunggal kepada Farid (Kairul Nizam) dan Arfah (Faralyna Idris). Selepas pemergian ibu bapanya, tiada siapa yang hendak menjaganya. Apatah lagi Amsyar masih muda dan masih bersekolah.

Apabila hendak menumpang duduk di rumah bapa saudaranya ada sahaja yang tidak menyukainya. Adik beradik kepada arwah ayahnya cukup benci akan Amsyar. Mereka bukan sahaja sering memarahinya, malah menderanya dan memikulnya semahu hati.

Tiada sesiapa yang ingin menjaganya kecuali Shahrul (Redza Rosli), Pak Ngahnya. Isteri Shahrul, Lia (Juedian Omar) langsung tidak menyukainya dan mengangap dia adalah satu bebanan. Shahrul tidak sampai hati untuk menghantar anak saudaranya itu ke rumah anak-anak yatim.

Tidak ingin menyusahkan bapa saudaranya, Amsyar lebih rela menetap di sebuah rumah yang menempatkan anak-anak yang kurang bernasib baik sepertinya. Malangnya, Teratak Kasih itu tidak dapat menerima penghuni baharu pada ketika itu. Jadi terpaksalah dia berpindah-randah ke rumah ahli keluarga yang membencinya itu dan terus terseksa. Kehidupan Amsyar amat derita dan dia diperlakukan seperti bola.

Amsyar pernah jatuh sakit dan pengsan akibat tidak tahan dengan penderaan yang diharunginya. Siapakah Amysar ini? Adakah penderaan akan berakhir?

Pelakon sunting

Runut Bunyi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Amsyar. MyInfoTaip. Dicapai pada 11 April 2017