Amuk tembakan Aurora 2012

Amuk tembakan Aurora 2012 terjadi pada 20 Julai 2012 semasa penayangan filem terbaru, Batman The Dark Knight Rises di pawagam Century 16, Aurora, Colorado, A.S. Seorang lelaki bersenjata, memakai pakaian perlindungan , asap atau kanister gas telah menembak ke arah penonton dengan pelbagai senjata api. Akibatnya 12 orang terbunuh dan mencederakan 58 yang lain. Polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun bernama James Holmes Eagan, suspek tunggal, di luar pawagam.[2]

Amuk tembakan Aurora 2012
Lokasi tembakan
  • Kiri bawah: Peta Colorado, Denver dan Aurora ditandakan
  • Atas: Peta Aurora Tengah
  • Kanan bawah: Pusat Bandar Aurora dan lokasi pawagam Century 16
Map
Lokasi14300 E. Alameda Avenue
Aurora, Colorado, A.S.
Koordinat39°42′21″N 104°49′14″W / 39.7059°N 104.8206°W / 39.7059; -104.8206Koordinat: 39°42′21″N 104°49′14″W / 39.7059°N 104.8206°W / 39.7059; -104.8206
Tarikh20 Julai 2012 (2012-07-20)
12:38 am (UTC-6)
Jenis serangan
Pembunuhan beramai-ramai
Senjata
Kematian12
Tercedera58
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tembakan rambang sunting

Serangan berlaku di Teater 9 ,pawagam Century 16 (dijalankan oleh syarikat Cinemark ) bersebelahan dengan pusat beli-belah Aurora. Pada waktu tayangan tengah malam itu, penembak telah membeli tiket dan berjalan ke dalam teater.Dia memakai pakaian perlindungan dan membawa semula senapang .Kira-kira 30 minit filem ditayangkan, dia berpakaian serba hitam. Dia memakai topi keledar balistik, bingkap balistik, tekak pelindung, pelindung pangkal paha, topeng gas, dan sarung tangan hitam taktikal.

Dia kelihatan berpakaian seperti pelakon filem untuk lagak ngeri atau sebagai promosi pawagam. Serangan itu bermula pada 12:38 pagi. Lelaki bersenjata dan bertopeng itu melemparkan satu tong gas atau asap untuk membuatkan penonton berasa gatal pada bahagian kulit, leher, dan mata menjadi pedih. Beliau kemudian melepaskan tembakan dari senapang patah ke arah siling dan penonton. Beliau juga melepaskan tembakan menggunakan senapang semi automatik jenis Smith & Wesson AR-15. Seterusnya menggunakan senapang tangan Glock. Senapang tangan Glock 22 dijumpai dalam kereta suspek. Mulanya dia menembak di bilik belakang dan kemudian ke arah orang yang melarikan diri di satu lorong.

Panggilan kecemasan 911 diterima pada jam 12:39 am dan polis tiba dan menangkap suspek pada 12:45 pagi.Lebih 200 orang saksi ditemubual untuk mendapatkan keterangan. Sebahagian penyiasat percaya bahawa penembak bertindak sendiri, tidak melibatkan mana-mana kumpulan.Suspek telah membeli hampir 7,000 butir peluru dalam tempoh 60 hari .Senapang dan peluru yang digunakan telah dibeli di kedai pistol tempatan, dan peluru menerusi talian internet .

Suspek telah mengecat rambut dengan warna merah dan memanggil dirinya "Joker", satu watak dalam filem Batman.

Mangsa sunting

Mangsa yang cedera telah dirawat di Hospital Kanak-kanak Colorado , Pusat Kesihatan dan Perubatan Denver, Pusat Perubatan Aurora , Hospital Parker Adventist , Pusat Perubatan Rose, Hospital Sweden , dan Hospital Universiti . Umur mangsa-mangsa antara tiga bulan hingga 51 tahun. Tiga warga Indonesia turut cedera.

Pejabat Koroner Arapahoe County menyenaraikan mereka yang terbunuh sebagai Jonathan T. Blunk, 26; Alexander J. Boik, 18; Jesse E. Childress, 29; Gordon Cowden, 51; Jessica Ghawi (Redfield), 24; John T. Larimer, 27; Matthew McQuinn, 27; Micayla Medek, 23; Veronica Moser-Sullivan, 6; Alex M. Sullivan, 27; Alexander Teves, 24; dan Wingo Rebecca, 32.

Suspek: James Eagan Holmes sunting

James Eagan Holmes dilahirkan pada 13 December 1987, dan dibesarkan di San Diego , California .Beliau pada mulanya adalah seorang pelajar yang cemerlang. Beliau adalah graduan neurosains dan tiada rekod jenayah. Kesan tapak kaki digital dan e-mel universiti serta foto Myspace ditemui. Beliau pada mulanya dipenjara di Pusat Tahanan Arapahoe sementara menunggu caj dakwaan.

Pangsapuri sunting

Setelah ditangkap, Holmes mendakwa rumahnya dipenuhi dengan bahan letupan. Beberapa wayar dan alat letupan ditemui di dalam pangsapuri miliknya.

Reaksi sunting

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengarahkan bendera dikibar separuh tiang sehingga 25 Julai.Calon Presiden Obama dan Mitt Romney menangguhkan iklan kempen di televisyen di Colorado.

Pengedar filem Dark Knight , Warner Bros menyatakan rasa sedih. Tayangan perdana di Paris, Mexico, dan Jepun turut dibatalkan. Perhimpunan nyalaan lilin telah diadakan di tapak kejadian.

Keselamatan di pawagam dipertingkat selepas serangan kerana takut ada yang meniru. Topeng atau senjata palsu tidak lagi dibenarkan.

Rujukan sunting

  1. ^ Wade, Diane A. (23 Julai 2012). "James Holmes appears in court being accused of killing 12 people in Aurora cinema shooting". BelleNews. Dicapai pada 8 Ogos 2012.
  2. ^ 1terkorban menonton filem Batman, The Dark Knight Rises