Amukan Pocong ialah sebuah siri drama televisyen seram ghaib Malaysia 2012 dibintangi oleh Azhan Rani, Ezany Nizariff, Iqram Dinzly dan Elly Mazlein. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Seram TV3 dari 15 Mac 2012 hingga 7 Jun 2012 menggantikan Santau Merasuk.[1][2]

Amukan Pocong
Genre
Ditulis olehSofia J. Rhyland
PengarahAidilfitri Md. Yunos
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Mungkin Ada Lagi" oleh Han
Lagu penutup"Mungkin Ada Lagi" oleh Han
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifAdli Bakri Shaary
PenerbitNor Aliah Lee
Penyunting
  • Johan Bahar
  • Fazidi Rosli
  • Hafiz Che Noh
Lokasi
SinematografiNazir Ahmad
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Padi Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
Format audioStereo
Siaran asal15 Mac 2012 – 7 Jun 2012
Kronologi
MengikutiSantau Merasuk
Diikuti olehWaris

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis sunting

Mengisahkan Long Husin, seorang kaki judi dan dua orang rakannya yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenangi pertaruhan terbesar termasuklah menjalankan upacara ilmu hitam selepas berjumpa dengan bomoh Siam.

Malangnya, Long Husin tidak menjangka sesuatu yang lebih dahsyat menanti mereka akibat perbuatan terkutuk itu. Walaupun berjaya mendapat habuan besar pertaruhan, namun, tindakan mereka juga telah ‘membangkitkan’ pocong yang kini berkeliaran ganas dan menuntut darah 13 gadis sunti seperti yang telah janjikan sebelum ini. Siapakah yang bakal menjadi mangsa amukan si pocong dan siapa pula yang berjaya menumpaskan kuasa ilmu hitam ini?

Pelakon sunting

Utama sunting

Pembantu sunting

Penampilan khas sunting

Penerbitan sunting

Menurut pengarah drama ini, Aidilfitri Md Yunos, Amukan Pocong tidak hanya menampilkan unsur hantu, namun masalah ketagihan judi yang mengakibatkan kehilangan wang simpanan yang menjurus kepada kegiatan jenayah serius. "Kami berharap drama ini sedikit sebanyak dapat menimbulkan kesedaran dan memberi amaran kepada penonton tentang bahaya dan kesan negatif kerana judi boleh memusnahkan kehidupan dalam sekelip mata jika tidak berhati-hati. Malah, drama ini juga menceritakan kisah hantu pocong yang selama ini dianggap makhluk itu suka melompat sedangkan ia sebenarnya berguling".[4]

Rujukan sunting

  1. ^ Budiey (22 Februari 2012). "Drama Amukan Pocong". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 17 April 2014.
  2. ^ "Selepas Santau Merasuk, Amukan Pocong bakal mengamuk di Slot Seram TV3". Selebriti Online. 15 Mac 2012. Dicapai pada 17 April 2014.
  3. ^ Amukan Pocong (2012): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 21 Jun 2018.
  4. ^ Feride Hikmet Atak (29 Februari 2012). "'Amukan Pocong' Beri Pengajaran Kepada Penonton". mStar Online. Dicapai pada 17 April 2014.