Suku Amungme merupakan sekumpulan 13,000 orang Melanesia yang tinggal di dataran tinggi kecamatan Tembagapura Papua Barat, Indonesia. Tanah asal mereka ialah di tanah lombong yang diusahakan oleh PT Freeport di Grasberg, puncak gunung Glasier.

Suku Amungme diarahkan pindah ke kaki gunung agar aktiviti perlombongan emas dan tembaga di Grasberg dapat dilakukan. Malangnya cara hidup di kawasan tanah pamah tidak sesuai dengan cara hidup mereka di kawasan pergunungan. Kini mereka berhadapan dengan penyakit malaria. Malah mereka terpaksa bersaing dengan ramai orang Jawa yang dipindahkan melalui program tranmigrasi pulau Jawa - Madura ke Irian Jaya.

Cara hidup suku Amungme terpaksa / dipaksa berubah. Kiranya mereka masih menggunakan pakaian tradisional, mereka akan dipersoalkan dan dituduh sebagai pemberontak Papua.

Antara pemimpin mereka ialah Kelly Kwalik.

Rujukan sunting