Amy Search

Penyanyi dan pemuzik Malaysia

Yang Berbahagia Datuk Suhaimi Abdul Rahman (lahir 28 Julai 1958) atau lebih dikenali sebagai Amy Search merupakan seorang pemuzik, penyanyi, penulis lagu dan pelakon Malaysia, terkenal sebagai vokalis utama selaku pengasas dan ketua utama kumpulan SEARCH,SEARCH merupakan band rock Malaysia paling berpengaruh di Malaysia dan merupakan kumpulan rock no 1 Malaysia, Search, yang telah menerbitkan lebih 20 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu dan single yang terlaris, dan puluhan konsert yang sering terjual habis tiketnya. Selain itu, beliau juga bergiat aktif dalam bidang lakonan, antara filem lakonannya termasuk Kembara Seniman Jalanan (1986) dan Fenomena (1990).[1] Sepupu beliau, Amir Pearl atau nama penuhnya Dato Seri Mohd Amir Mohd Esa merupakan seorang vokalis dari Kumpulan Pearl yg popular dengan lagu hits ‘Aku Tak Bersalah’ di awal tahun 90an.


Amy Search

Amy Search beraksi di Konsert Search di Awan Biru pada 2009
Kelahiran
Suhaimi bin Abdul Rahman

(1958-07-28) 28 Julai 1958 (umur 65)
Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PekerjaanPemuzik, penyanyi, penulis lirik, pelakon
Tahun aktif1973–kini
PangkatRaja Rock Malaysia
Pasangan
  • Faridah Fadzil (k. 1983; c. 1985)
  • Norliza Abdul Latiff (k. 1990; c. 1994)
  • Roslisa Ahmad (k. 1995; c. 2000)
  • Datin Norhasliza Hassan (k. 2003)
Anak-anak5 (termasuk Nabila Huda)
Ibu bapa
  • Haji Abdul Rahman Omar (bapa)
  • Hajjah Fatimah Haji Idris (ibu)
Kerjaya muzik
GenreRock, Hard rock, Heavy metal, Glam metal, Pop rock
InstrumenVokal, gitar
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Search, Titanic

Kerjaya muzik sunting

Pada mulanya, Datuk Amy bekerja sebagai seorang seorang penala piano sebelum menjadi penyanyi utama dan pemain gitar irama untuk menubuhkan kumpulan Soft White Eyes yang diketuai oleh Umarul yang merupakan pemain gitar utama Kumpulan Iklim pada tahun 1973. Pada tahun 1978, Awang menyertai kumpulan Soft White Eyes dan bertukar nama menjadi Kumpulan Titanic pada tahun 1979 dan berkubur pada tahun 1981 sekaligus menghidupkan kembali pada tahun 1983. Amy menyertai kumpulan Flash seterusnya mereka menukar nama kepada menubuhkan nama Kumpulan Search bagi menggantikan tempat Zainal sebagai penyanyi dan pemain gitar irama sejak 1981. Apabila Zainal meninggalkan Flash (Search), Datuk Amy menjadi penyanyi utama dan pemain gitar irama selaku ketua kumpulan dan pengasas kumpulan sebelum dia menarik diri dan meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi solo.[2]

Kumpulan Search juga tidak lari dari mengalami perpecahan. Paling tidak dapat diterima oleh peminat setia mereka ialah pengunduran Datuk Amy sekitar tahun 1996 dari Kumpulan Search membuatkan ramai peminat mereka kecewa kerana waktu itu Kumpulan Search sudah bertapak lebih 10 tahun dalam industri muzik tempatan dan di antara kumpulan rock paling lama bertahan di Malaysia. Datuk Amy mengambil keputusan untuk meninggalkan Kumpulan Search lalu menerbitkan album solo yang keduanya iaitu Camouflage. Sebelum Datuk Amy keluar Search beliau juga pernah merakamkan album solo yang pertama yang diberi judul Magic.[3]

Setelah beberapa tahun bergerak secara solo timbul pula hasrat Datuk Amy bersama Kumpulan Search untuk membuat penyatuan semula. Ekoran dari kejayaan Datuk Amy membuat penyatuan semula bersama Search maka ramai artis yang dulu berkumpulan membuat penyatuan semula bersama kumpulan asal mereka seperti Datuk Nash bersama Kumpulan Lefthanded, Yantzen bersama Kumpulan Rusty Blade, Datuk Awie bersama Kumpulan Wings, Joey bersama Kumpulan Bumi Putra Rockers, Mus bersama Kumpulan May, Mael bersama Kumpulan XPDC, Allahyarham Saleem bersama Kumpulan Iklim, Oney bersama Kumpulan Lipan Bara dan ramai lagi.[4]

Pada tahun 2008, Datuk Amy mencuri perhatian media Nusantara dengan meluahkan perasaan tidak senang hati atas kecenderungan stesen radio Malaysia yang seakan-akan mengutamakan lagu Indonesia.[5]

Pada 30 Mac 2020, beliau mengumumkan pengundurannya sebagai vokalis Search buat kali kedua, sambil menyifatkan kualiti vokal sebagai punca utama.[6] Beliau dilaporkan tidak akan terlibat dalam mana-mana konsert Search pada masa depan.[7]

Kerjaya lakonan sunting

Amy memulakan kerjaya lakonan pada 1986 menerusi filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani.[8]

Pada tahun 2010, Amy membintangi pementasan muzikal Suatu Masa: Amy yang "bukan berbentuk rock" di Istana Budaya dari 26 hingga 28 Mac.[9] Muzikal anjuran Mentari Channel Network yang mengambil masa sejam 45 minit untuk setiap pementasan ini dijayakan bersama iringan muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, dengan ciri-ciri monolog yang penuh emosi.[10]

Bakat sunting

Profil dan keupayaan vokal sunting

Diklasifikasikan sebagai bersuara “Tenor”, beliau ialah salah seorang penyanyi rock bersama kumpulan Search yang terbaik Malaysia yang memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik, anugerah Malaysia yang bersamaan dengan Anugerah Grammy di Amerika Syarikat.

Adjie Esa Poetra, seorang pengajar vokal Indonesia menyifatkan suara tingginya sebagai "Beliau (Amy Search) sangat berhati-hati dan tidak pernah gagal dalam penghasilan nada dan dia dapat menghasilkan nada yang paling seni dan indah yang mungkin.... Dalam mana-mana lagu, dia boleh menyanyi dengan meringankan tetapi berkuasa selain memiliki lebih daripada empat oktaf pelbagai vokal.

Salah satu lagunya paling rumit untuk dipersembahkan adalah "Tiada Lagi", sebuah lagu dari Mayangsari dipengaruhi Jepun di mana ia memerlukan Amy bermain peralihan alto dan nada vokal tenor dan jarang dipersembahkan secara langsung.

Kehidupan peribadi sunting

Beliau mendirikan rumahtangga yang pertama bersama Faridah, (1983-1985), dan bercerai kemudian berkahwin pula dengan Noorliza Abdul Latiff, (1990-1994). Sekali lagi rumahtangga Amy dilanda krisis dan berpisah lalu Amy mengahwini Roslisa Ahmad, sekali lagi Amy dilanda ujian dalam rumahtangganya membuatkan mereka berpisah lagi hinggalah berjumpa dengan Norhasniza "Nourish" Hassan yang berasal dari Melaka kekal hingga kini.[11] Hasil perkahwinan Amy beliau telah dikurniakan 5 orang cahaya mata semuanya iaitu Nabila Huda (1984), Irisha Myra (1997), Alexander Zulkarnain (2004), Sania Samara (2005) dan yang bongsu Qaqa At-Tameemi (2009). Isterinya, Nourish mengalami keguguran ketika hamil empat bulan.[12]

Beliau ialah seorang penggemar kopi dan teh tarik dan melancarkan jenama teh beliau yang diberi nama Phewiiit!. Amy berkata: "Kepada peminat rock, bersedia untuk Teh Tarik Phewiiit ! istimewa saya. Ini sesuatu yang saya selalu mahu lakukan, kerana saya seorang pencinta Kop . Dari zaman awal saya sebagai seorang pemuzik yang bercita-cita, kepada penyanyi rock, kopi tidak pernah lekang dengan jiwa saya selepas kerja keras seharian".[13]

Diskografi sunting

Album sunting

 
Amy (tengah) bersama kumpulan Search

ALBUM SOLO

ALBUM SEARCH

SINGLE

  • Cinta Kita (1991- duet bersama Inka Christie)
  • Nafas Cinta (1991- duet bersama Inka Christie)
  • Isabella '98 (1998 Duet Amy , Jamal Abdillah , Saleem & Zamani )
  • Jangan Pisahkan (2003 duet bersama Inka Christie)
  • Sesat Di Kuala Lumpur (2006 Duet Amy Search & Saleem Iklim )
  • Petanda (2010- duet bersama Karl Cromok)
  • Songo (2008)
  • Di Buku Ini (2003 duet bersama Inka Christie)
  • Akulah Pejuang (2010 OST Impak Maksima)
  • Isabella (2010 duet Joe Flizzow)
  • Kita Tetap Menang (2010 duet bersama Joe Flizzow untuk Johor Darul Takzim FC)
  • Simetri (2011-duet bersama Hazama)
  • Rentak Laguku (2014- duet bersama Bunkface)
  • Redha Kemenangan (2015-duet bersama Edrie Hashim untuk OST BRAVO 5)

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1986 Kembara Seniman Jalanan Dirinya sendiri Filem pertama, pelakon undangan
1987 Rozana Cinta 87 Pelakon undangan
Sayang Rizal
Kepala Angin Penyanyi latar
1990 Fenomena Suhaimi
Isabella Amy Filem usahasama Malaysia - Indonesia
2005 Rock Juri Pelakon undangan
2010 Lu Pikirlah Sendiri de Movie Driver Lori Ayam Penampilan khas
2024 Tan-Ti-Ana Dirinya sendiri Penampilan khas

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2017 Asam Pedas Pewitt Amy TV3

Anugerah dan pencalonan sunting

  • Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album, album Magic, Anugerah Industri Muzik ke-2 (1995)
  • Album Rock Terbaik, penerbit Amy, album Camouflage, Anugerah Industri Muzik ke-5 (1998)
  • Album Rock Terbaik, penerbit Amy & M.Nasir, album Aku, Anugerah Industri Muzik ke-7 (2000)
  • Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album, album Suatu Masa, Anugerah Industri Muzik ke-8 (2001)
  • Juara Persembahan Terbaik, lagu Isabella, Anugerah Juara Lagu TV3 (1989)
  • Anugerah Cakera Platinum Berkembar Tiga, album Karisma terjual melebihi 170,000 unit di Malaysia (1991)
  • Album Terbaik, penerbit Search, album Gema Di Timur Jauh "Unplugged", Anugerah Industri Muzik ke-3 (1996)
  • Album Rock Terbaik, penerbit Search, album Gema Di Timur Jauh, Anugerah Industri Muzik ke-3 (1996)

Darjah kebesaran sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ketika Band Malaysia Kuasai Musik Indonesia KapanLagi.com (30 Jun 2012). Dicapai pada 18 Ogos 2012.
  2. ^ Bissme S. (13 April 2009). "Search still on". The Sun. Dicapai pada 22 Januari 2010.
  3. ^ Lim, Elaine (27 Ogos 1990). "Pulling 'em in with Search and hype". New Straits Times (Times Two). m/s. 25. Dicapai pada 19 Januari 2010.
  4. ^ Abd Aziz Itar (4 Ogos 2009). "Sayang sistem bunyi 'hancur'". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-12. Dicapai pada 22 Januari 2010.
  5. ^ Ary Hermawan dan Desy Nurhayati (5 September 2008). "Malaysia, Indonesia quarrel turns to music". The Jakarta Post. Dicapai pada 19 Januari 2010.
  6. ^ Sylvia Looi (30 Mac 2020). "Malaysian rocker Amy leaves group Search, again". The Malay Mail. Dicapai pada 31 Mac 2020.
  7. ^ Sylvia Looi (25 Februari 2020). "Amy Search will not be taking part in the group's concert next month due to other commitments". The Malay Mail. Dicapai pada 31 Mac 2020.
  8. ^ Kembara Seniman Jalanan masih relevan? Nasir Jani. Sinar Harian. Dicapai pada 22 Februari 2016.
  9. ^ Rizal Johan (20 Januari 2010). "Amy Search turns to musical". The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-27. Dicapai pada 22 Januari 2010.
  10. ^ Nur Aqidah Azizi (5 April 2010). "Search no further for Amy". Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-09. Dicapai pada 5 April 2010.
  11. ^ Dennis Chua (6 Mei 2019). #Showbiz: I didn't marry Amy because he was rich, says Search singer's wife Nourish New Straits Times. Dicapai pada 18 Ogos 2019.
  12. ^ Dennis Chua (5 Julai 2018). #Showbiz: 'The heartbeat eventually stopped' - Amy Search's wife suffers miscarriage New Straits Times. Dicapai pada 18 Ogos 2018.
  13. ^ Dennis Chua (24 Mac 2017). Teh tarik from Amy Search New Straits Times. Dicapai pada 18 Ogos 2017.
  14. ^ Tazali, Muhammad Shahizam (24 Ogos 2022). "PM ketuai 883 penerima Darjah Kebesaran Melaka, Amy Search kini bergelar Datuk". Utusan Malaysia. Dicapai pada 24 Ogos 2022.

Pautan luar sunting