Dáil Pertama (Ireland: An Chéad Dáil) ialah Dáil Éireann yang bersidang pada 1919–1921. Pada 1919, calon yang telah dilantik dalam pilihan raya Westminster 1918 enggan mengiktiraf Parlimen United Kingdom dan sebaliknya berhimpun sebagai parlimen revolusi ekadewan dipanggil "Dáil Éireann". Penubuhan Dáil Pertama ini terjadi pada hari yang sama dengan ketercetusan Perang Kemerdekaan Ireland. Selepas pilihan raya baharu pada 1921, Dáil Pertama digantikan oleh Dáil Kedua 1921–1922.

Anggota Dáil Pertama, 10 April 1919
Baris pertama, kiri ke kanan: Laurence Ginnell, Michael Collins, Cathal Brugha, Arthur Griffith, Éamon de Valera, Count Plunkett, Eoin MacNeill, W. T. Cosgrave dan Ernest Blythe. Kevin O'Higgins di baris ketiga (kanan)