An Outcast of the Islands

novel karya Joseph Conrad

An Outcast of the Islands ("Orang Buangan di Pulau") ialah novel kedua oleh Joseph Conrad, diterbitkan pada tahun 1896, dan diilhamkan oleh pengalaman Conrad sebagai pegawai sebuah kapal wap, Vidar.

Novel ini menceritakan kejatuhan Peter Willems, seorang yang tidak bermoral dan yang mempunyai nama busuk yang sedang melarikan diri dari sebuah skandal di Makassar. Dia mendapat perlindungan di sebuah kampung yang tersorok akan tetapi mengkhianati orang-orang yang menolongnya kerana nafsunya terhadap anak gadis ketua suku kampung. Cerita ini memaparkan watak Tom Lingard, watak berulang Conrad, yang juga tampil dalam buku-buku Almayer's Folly (1895) dan The Rescue (1920), disamping berkongsi watak-watak lain daripada novel-novel tersebut. Karya ini dianggap kerja sastera yang tidak mendapat pengiktirafan sebenar oleh ramai orang.


Pautan luar sunting

An Outcast of the Islands, sebuah buku elektronik bebas di Projek Gutenberg