"Anak" (Bahasa Filipina, yang juga bermaksud anak dalam Bahasa Melayu atau lebih tepat lagi anak lelakiku atau anak perempuanku) adalah sebuah lagu berbahasa Filipina yang telah digubah dan dinyanyikan oleh penyanyi folk dan Pinoy rock lagenda, Freddie Aguilar. Lagu tersebut merupakan finalis untuk Festival Lagu Metropop (Metropop Song Festival) pertama yang telah diadakan pada tahun 1977 di Manila. Lagu ini terkenal di peringkat antarabangsa dan liriknya telah diterjemahkan dalam 29 buah bahasa.[2] Lirik lagu ini menceritakan tentang nilai kekeluargaan dalam masyarakat Filipina.[3] Pemilik hak cipta lagu tersebut yang terkini adalah Star Music.[4] Lagu tersebut telah diterbitkan oleh Celso Llarina daripada kumpulan muzik lagenda Filipina, VST & Co. Tito Sotto, seorang lagi ahli daripada kumpulan yang sama, merupakan penerbit eksekutif untuk lagu ini serta untuk album dengan tajuk yang sama.[5]

"Anak"
Single oleh Freddie Aguilar
daripada album Anak
Sisi A"Anak"
Sisi B"Child"
Dilancarkan pada1978 (1978)
Dirakamkan pada1977
Format7″
GenreFolk
Panjang3:53 (versi asal)
SyarikatSunshine Records
RCA Records (untuk edaran antarabangsa)
Star Music (pemegang hak cipta),
PenulisFreddie Aguilar
PenerbitCelso Llarina[1]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Inspirasi dan gubahan sunting

Freddie Aguilar telah meninggalkan rumah beliau pada usia 18 tahun dan juga tidak menamatkan pengajian tinggi beliau. Bapa beliau yang mahu beliau menjadi seorang peguam, berasa kecewa. Aguilar telah mengembara ke tempat-tempat yang jauh dengan hanya membawa gitar beliau. Tanpa sesiapa pun untuk membimbing dan mendisiplinkan beliau, beliau mula berjudi.

Setelah menyedari dan menyesali kesalahan beliau lima tahun kemudian, Aguilar telah mencipta lagu Anak, sebuah lagu sebagai tanda penyesalan dan permintaan maaf kepada ibu bapa beliau. Beliau pulang semula ke rumah dan memohon keampunan daripada ibu bapa beliau, yang menerima beliau dengan tangan yang terbuka. Setelah bapanya membaca lirik lagu Anak, kedua-duanya menjadi semakin rapat. Kepulangan Aguilar disifatkan tepat pada masanya kerana bapa beliau meninggal dunia tidak lama kemudian.[2] Menurut Felipe de Leon, Jr., seorang pakar mengenai muzik Filipina, lagu ini digubah mengikut gaya Barat tetapi memiliki aspek pasyon, suatu bentuk yang dapat dikenalpasti oleh kebanyakan orang Filipina.[3]

Kesan sunting

Lagu Anak telah terpilih menjadi finalis di Festival Lagu Metropop (Metropop Song Festival) kali pertama yang telah diadakan pada tahun 1977 di Manila. Lagu tersebut terus menjadi sangat popular di seluruh Filipina dan juga di seluruh dunia. Lagu ini kini telah mempunyai lebih daripada 100 versi rakaman semula, telah dikeluarkan di 53 buah negara dan dalam 29 buah bahasa yang berbeza, serta telah terjual sebanyak 33 juta salinan di seluruh dunia.[6][7]

Sebuah filem dengan tajuk yang sama telah dihasilkan pada tahun 2000 di Filipina, dengan jalan cerita yang diilhamkan daripada lirik lagu tersebut.[3]

Rakaman semula atau versi lain sunting

Selain lagu asal yang dinyanyikan oleh Freddie Aguilar dalam Bahasa Tagalog, beliau juga telah merakamkan semula lagu tersebut untuk album beliau dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Itali dan Bahasa Melayu (album untuk pasaran Malaysia, Singapura dan Hong Kong).

Bahasa Inggeris sunting

  • Freddie Aguilar - Child, lirik oleh George Canseco (19 April 1978)[8]

Bahasa Itali sunting

  • Freddie Aguilar - Un Bambino, lirik oleh Luigi Albertelli (1979)[9]

Bahasa Melayu sunting

  • kumpulan Sweet Charity - lagu Anak (Balada Seorang Ibu Tua) (album Sweet Charity, 1979)[14]
  • kumpulan Alleycats - lagu Dosa (kisah mengenai pelacuran) (album Terima Kasih, 1979)[15]

Bahasa Indonesia sunting

  • Victor Wood - lagu Anak, susunan muzik oleh Jak Lloys, lirik oleh Efendi[16]

Bahasa Tagalog sunting

  • Tito Sotto, Vic Sotto, dan Joey de Leon (trio Tito, Vic & Joey) - lagu parodi berjudul Anak ng... Kuwan, album Iskul Bukol[17]
  • kumpulan ASIN - album Masdan Mo Ang Kapaligiran, (1978)[18]
  • Larry Matias - album Larry Matias (1978)
  • Yoly Sasis (20 April 1978)[19]
  • kumpulan Nailclippers - album Nailclippers (1978)[20][21]
  • Regine Velasquez - album Tagala Talaga (Oktober 1991)[22]
  • Lea Salonga menyanyikan lagu Anak pada persembahan penutup acara WTO di Singapura (Disember 1996)[23] dan semasa konsert solo beliau Lea Salonga in Concert yang juga berlangsung di Singapura (2015).[24]
  • Gary Valenciano bersama kuartet The TUX menyanyikan lagu Anak dalam 4 buah bahasa - Tagalog, Itali, Inggeris dan Jepun - semasa Festival Lagu Metropop (Metropop Song Festival) edisi 1997, sebagai sebuah penghormatan kepada Freddie Aguilar yang menerima Antonio Barreiro Memorial Award pada festival tersebut.[25]

Valenciano juga merakamkan semula lagu Anak versi bahasa Tagalog untuk filem Anak (2000) lakonan utama pelakon wanita lagenda Filipina, Vilma Santos (hanya boleh didapati dalam album runut bunyi filem tersebut). [26]

  • Lani Misalucha mewakili Filipina dalam Anugerah Lagu Asia (Asian Song Award) 1998 dan menyanyikan semula lagu Anak versi 4 buah bahasa (nyanyian Gary Valenciano bersama kuartet The TUX semasa Festival Lagu Metropop (Metropop Song Festival) yang diadakan pada tahun sebelumnya). Beliau memenangi Anugerah Penyampaian Terbaik (Best Interpreter Award) pada anugerah tersebut.[27]

Beliau juga merakamkan semula lagu Anak versi bahasa Tagalog pada tahun 2018.[28]

  • Sharon Cuneta - lagu runut bunyi filem Anak (2000) (digunakan dalam kredit akhir filem tersebut) [29]
  • Kuh Ledesma - album Duet With Me (2000)[30]
  • kumpulan Side A - album The Platinum Collection (2001)[31]
  • Cystine Carreon, pelakon, penyanyi dan pemuzik terkenal Filipina-Belanda yang berasal dari Quezon City, menyanyikan lagu Anak dalam beberapa rancangan televisyen Belanda dengan iringan The Metropole Orchestra.[32][33]
  • Noel Cabangon - album Tuloy Ang Biyahe (2012)[34]
  • Sarah Geronimo - album Pure OPM Classics (2012)[35]
  • Lee Grane menyanyikan lagu Anak pada pusingan Blind Auditions rancangan The Voice of the Philippines pada tahun 2013.[36]
  • Mitoy Yonting menyanyikan lagu Anak pada pusingan akhir rancangan The Voice of the Philippines dan juga untuk album kompilasi The Voice of the Philippines: The Final 4 pada tahun 2013.[37]
  • David DiMuzio dari Amerika Syarikat menampilkan Anna Rabtsun dari Rusia (2015)[38][39]
  • Kumpulan duo The Sistar dari Malaysia yang dianggotai oleh pasangan adik-beradik, Farhana Naslyn dan Fatma Naslyn, bersama pembimbing mereka iaitu selebriti terkenal Mark Adam (yang berasal dari Cebu), menyanyikan lagu Anak versi bahasa Tagalog pada konsert minggu ketujuh rancangan Ceria Popstar 2016.[40][41][42]
  • Froilan Canlas menyanyikan lagu Anak pada pusingan Grand Final rancangan Tawag ng Tanghalan edisi 2017.[43]
  • Kumpulan vokal 5thGen menyanyikan lagu Anak dalam segmen Wishclusive Wish 107.5 Bus terbitan stesen radio Wish 107.5, Quezon City. (2017)[44]
  • KZ Tandingan menyanyikan lagu Anak dalam bahasa Tagalog dan Mandarin pada pusingan Breakout rancangan Singer 2018.[45]
  • Rodimer Basellote menyanyikan lagu Anak dalam rancangan Tawag ng Tanghalan edisi 2018.[46]
  • Kenji Besa menyanyikan lagu Anak dalam rancangan Tawag ng Tanghalan edisi 2019.[47]
  • David DiMuzio menampilkan Jay Kent (2020)[48]

Versi gabungan bahasa Tagalog dan bahasa Cina (Kantonis) sunting

  • Paula Tsui menyanyikan lagu Anak dalam bahasa Tagalog dan Kantonis dalam sebuah konsert yang berlangsung di Coliseum Hong Kong pada Ogos 1987. Pasangan duet beliau, Amorganda Saturnino menyanyikan sebahagian daripada lagu tersebut dalam bahasa Tagalog.[49]
  • Semasa konsert Time After Time yang berlangsung pada tahun 2012, Alan Tam menyanyikan beberapa rangkap lirik daripada lagu Anak dalam bahasa Kantonis (Hai Er), manakala Teresa Carpio, penyanyi terkenal Filipina berketurunan Cina, menyanyikan beberapa rangkap lirik dalam bahasa Tagalog. Mereka berdua kemudiannya menyanyikan rangkap akhir lagu tersebut dalam bahasa Kantonis.[50][51]

Bahasa Jepun sunting

  • Musuko (息子) oleh Jiro Sugita (杉田二郎) - lirik oleh Rei Nakanishi (1978)[52]
  • Musuko (息子) oleh Tokiko Kato (加藤登紀子) (10 September 1978)

Bahasa Korea sunting

  • 아들 (Anak) oleh Jeong Yoon Seon (정윤선) (1978)[53]
  • 아들 (Anak) oleh Lee Yong-Bok (이용복) (1979)[54]

Bahasa Cina (Kantonis, Mandarin, Taiwan) sunting

  • 孩兒 (Hai Er) oleh Alan Tam (譚詠麟) daripada album 反斗星 - bahasa Kantonis (1989)[55]
  • 你的影子 oleh Kenny Bee (鍾鎮濤) daripada album 我的夥伴 - bahasa Mandarin (1979)[56]
  • 你的影子 oleh Lan Yin (蓝樱) - bahasa Mandarin[57]
  • 愛著啊 (Ai Chao A / Loving) oleh Jody Chiang (江蕙) daripada album 愛著啊 - bahasa Taiwan[58][59]

Bahasa Sepanyol sunting

Hermano Mío oleh Miguel Bosé - album Más Allá (1981)[60]
(Bosé juga telah merakamkan semula lagu ini dalam bahasa Inggeris (untuk album Stay The Night, 1981) dan bahasa Perancis.)[61][62]

Bahasa Jerman sunting

  • Kind (Anak) oleh Michael Holm - album Mein Gefühl für dich (1980)[63]
  • Alle Kinder brauchen Freunde oleh kumpulan The Kelly Family (1980)[64]
  • Alle Kinder brauchen Freunde oleh Kurti Elsasser - lirik oleh Kurt Hertha & Dan Kelly [US1], album Meine schönsten Kindheitserfolge (1982)[65]

Bahasa Belanda sunting

  • Mijn Dorpje Elst Bij Nijmegen oleh Vader Abraham, lirik oleh Pierre Kartner dan Dick van der Meer (1980)
    (kisah mengenai Elst, bandar tempat beliau tinggal semasa masih kecil) [66]
  • Jim Pownall - album Memories (1997)[67]
  • Maria Fiselier menyanyikan lagu tersebut dalam episod pertama rancangan realiti nyanyian terbitan AVROTROS, Beste Zangers musim yang kesebelas (2018).[68]

Bahasa Finland sunting

Lapselle oleh Danny - lirik oleh Pertti Reponen, album Taikaa (20 Mei 1997)
(Danny juga telah merakamkan semula lagu Child untuk album yang sama.) [69][70]

Bahasa Thai sunting

Loong Kee Mao (ลุงขี้เมา) oleh kumpulan Carabao (คาราบาว)[71]

Bahasa Vietnam sunting

  • Con Yêu oleh Cẩm Vân - lirik juga oleh Cẩm Vân, album Cơn mưa lao xao[72]
  • Con Yêu oleh Cẩm Vân, Khắc Triệu dan Doanh Nhân Hát menampilkan Koir MPU (MPU School of Music) (2016).[73]
  • Con Yêu oleh Diễm Liên[74]

Bahasa Myanmar sunting

  • Tha Chin Myar Nae Lu oleh Than Naing (1980)
  • သီခ်င္းမ်ားနဲ႔လူ ( ေတးျမံဳငွက္ ႏွစ္ (၅၀) ၂ (၂၀၀၃) ေတးစု ) oleh Htoo Ein Thin

Bahasa Bangladesh sunting

Chole Gecho Tate Ki (চলে গেছো তাতে কি) oleh Akash Sky (2010)[75]
(Lagu ini dirakamkan semula oleh Saif Zohan pada tahun 2019.)[76]

Versi instrumental sunting

  • Blonker (kumpulan yang diasaskan oleh pemain gitar Jerman, Dieter Geike) - album "Fantasia" (1982) / Wellness - Musik für die Seele[77]
  • kumpulan CUSCO - lagu instrumental Philippines, album Virgin Islands (1983)[78]
  • Botticelli and His Orchestra (1987)[79]
  • Ramon Jacinto (pemain gitar terkenal Filipina) - album instrumental The Guitarman II (1992)
    (digunakan dalam sebuah lagu medley instrumental bersama lagu Walk Don't Run dan Diamond Head) [80]
  • Peter Weekers - versi panflute, album Peter Weekers 16 Panflute Melodies[81]
  • The Smooth Orchestra - versi saksofon, album Sax Deluxe Vol. 2 (2011)[82]
  • Orkestra Simfoni Remaja Manila (Manila Symphony Junior Orchestra) menyampaikan lagu tersebut di bawah pimpinan Jeffrey Solares di Dewan Seni Youngsan, Seoul, Korea pada 27 Julai 2019.[83]

Rujukan sunting

  1. ^ Anak at discogs
  2. ^ a b Dot Ramos Balasbas-Gancayco (2006-12-12). "Still up on his toes (an interview with Freddie Aguilar)". The Philippine Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-10. Dicapai pada 2020-05-??. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  3. ^ a b c Rodell, Paul A. (2002). Culture and customs of the Philippines. Greenwood Publishing Group. m/s. 186. ISBN 978-0-313-30415-6. Dicapai pada 2009-07-03.
  4. ^ "Star Music - About Us". abs-cbn.com.
  5. ^ Anak album at discogs
  6. ^ Gil, Baby A. (4 Mac 2015). "The continuing odyssey of Anak". The Philippine Star. Dicapai pada 30 November 2020.
  7. ^ Magano, Louie (20 April 2018). "FAST FACTS: Freddie Aguilar's "Anak" @40". ABS-CBNnews.com. Dicapai pada 30 November 2020.
  8. ^ fritz51334. (20 April 2014). Freddie Aguilar - Anak (Child) 1980 (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=d-nz7iamfLk
  9. ^ erik travis. (6 September 2012). ANAK BY FREDDIE AGUILAR..ITALIAN VERSION (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=MAaIiXrAlfM
  10. ^ JOE TERUNTUM GARAGE. (28 Mei 2019). FREDDIE AGUILAR -ANAK (MALAY VERSION) (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=nMPXX5Mn-_4
  11. ^ Shariff FunFun. (8 April 2019). Freddie Aguilar Anak (Malay Version) HQ (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=4tHtUu1bYwE
  12. ^ XNaMa Lite & Easy. (26 Mac 2021). Koleksi Lagu2 Melayu Freddie Aguilar (1979) (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=1kWFeD4EY4c
  13. ^ Carefree - Topic. (30 Disember 2018). Anak (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=iffLycsFMj4
  14. ^ Dunia Muzik Warner Malaysia. (6 Disember 2016). Sweet Charity - Anak (Balada Seorang Ibu Tua) (LP Remastered) (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=II6FTIrfdv4
  15. ^ UniversalMYVEVO. (15 September 2018). Alleycats - Dosa (Audio) (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=BLeOAo2Wds0
  16. ^ Bimo Sabrian. (10 Julai 2015). Victor Wood - Anak (versi Indonesia) [HQ] (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=ZuROZ7V9OME
  17. ^ TITO VIC & JOEY - Topic. (24 Mac 2019). Anak ng… Kuwan (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=afqkKEkjPFM
  18. ^ reynold lumidao. (30 Julai 2013). ASIN ANAK (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=d1E5QZ4FQ2U
  19. ^ limva123. (17 April 2010). ANAK (1978) - Yoly Sasis (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=xLCqXpQQM3w
  20. ^ limva123. (21 Jun 2012). ANAK - Nailclippers (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=9fJTBYAjwhY
  21. ^ Clipper - Topic. (31 Ogos 2018). ANAK (息子) (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=f35LpdKma1o
  22. ^ Regine Velasquez - Topic. (25 Mac 2019). Anak (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=0Ptie61JrvU
  23. ^ home2009singapore. (26 April 2009). LEA SALONGA sings ANAK in Tagalog !!! (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=dIku9rP387A
  24. ^ Rochelle Ocampo. (27 Mei 2015). Lea Salonga ANAK - Lea Salonga in Concert Singapore (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=86eWusDK7aY
  25. ^ Danny Tan. (29 September 2020). GARY VALENCIANO & The TUX - ANAK - 1997 Metropop (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=KIq-QsoeR3E
  26. ^ ABS-CBN Star Music. (18 Disember 2018). Gary Valenciano - Anak (Audio) 🎵 | Anak OST (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=sSMnxpeWlZE
  27. ^ Danny Tan. (22 November 2020). LANI MISALUCHA - ANAK - 1998 ASIA SONG FESTIVAL (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=taGink2sg1c
  28. ^ ABS-CBN Star Music. (2 September 2018). Lani Misalucha - Anak (Audio) 🎵 (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=PUYUM_wg_jU
  29. ^ ABS-CBN Star Cinema. (23 November 2013). Anak Music Video Trailer | Sharon Cuneta | 'Anak' (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=WH5s-ztVUDE
  30. ^ Kuh Ledesma - Topic. (26 Mac 2019). Anak (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=JT9uLXlC-x0
  31. ^ Side A - Topic. (12 November 2014). Anak (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=KnN7f04TDwA
  32. ^ mvb. (17 Mei 2009). Cystine Carreon - Anak ('Het Metropole Orkest ontmoet...') (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=8M-WvJUBEM4]
  33. ^ [nlavin. (19 November 2013). Anak (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=XFf6VcARm_A
  34. ^ Noel Cabangon - Topic. (19 Mei 2018). Anak (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=bSEGmBBY1C4
  35. ^ Viva Records. (28 November 2017). Sarah Geronimo — Anak (Official Lyric Video) (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=XWho3SdqItM
  36. ^ ABS-CBN News. (22 Jun 2013). 'Voice PH' artist Lee Grane tops worldwide trends on Twitter (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=VpT19RerqlE
  37. ^ The Voice of the Philippines. (28 September 2013). The Voice Philippines Finale: Mitoy Yonting | Anak | Live Performance (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=-anJgSU4aTc
  38. ^ David DiMuzio. (20 Mac 2015). Pretty Russian Girl Sings "ANAK" w/David DiMuzio (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=PkBTBryQVJs
  39. ^ Anna Rabtsun. (30 Jun 2015). Russian girl and American guy sing ANAK by Freddie Aguilar - I LOVE OPM (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=qfpWhy6L7Y4
  40. ^ Astro Ceria. (13 Mei 2016). Ceria Popstar 2016: Konsert 7 - Sistar & Mark Adam 'Anak' (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=NJ02_ioKIp8
  41. ^ Astro Ceria. (13 Mei 2016). Ceria Popstar 2016: Konsert 7 - Sistar & Mark Adam 'Anak' + Video Istimewa Mark Adam (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=lVnWFKVsl_g
  42. ^ Media Milan TV. (3 September 2017). ANAK~Freddie Aguilar cover by Malaysian girls (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=I_9gP3Lo_8U
  43. ^ ABS-CBN Entertainment. (7 Mac 2017). Tawag ng Tanghalan: Froilan Canlas | Anak (Ang Huling Tapatan Day 2) (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=Q0n7PwOo9r0
  44. ^ Wish 107.5. (14 April 2017). 5thGen covers "Anak" (Freddie Aguilar) LIVE on Wish 107.5 Bus (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=2mhDOuzhqMI
  45. ^ Kristine KZ Tandingan. (6 April 2018). KZ Tandingan proudly sings Anak for the Breakout Round of the Singer 2018. #PinoyPrideKZ #LabanKZ #AngatOPM (Fail video). Dicapai dari https://www.facebook.com/KZTandinganOfficial/videos/1623036874418787/
  46. ^ ABS-CBN Entertainment. (4 Mei 2018). Tawag ng Tanghalan: Rodimer Basellote | Anak (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=SKGh6xJlx_M
  47. ^ ABS-CBN Entertainment. (18 Februari 2019). Tawag ng Tanghalan: Kenji Besa | Anak (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=5wdCrvNuqbQ
  48. ^ David DiMuzio. (14 April 2020). ANAK (Official Music Video) - David DiMuzio - feat. Jay Kent (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=YlP3XGXhEP8
  49. ^ MrRainbow64. (18 November 2010). Anak - (Cantonese & Tagalog) - Paula Tsui (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=gJ_KdXZuQW0
  50. ^ Alan Tam - Topic. (24 Julai 2018). Hai Er / Anak (Live in Hong Kong / 2012) (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=psrhquw_R_0
  51. ^ 637 TWS. (21 September 2018). 譚詠麟 & 杜麗莎 ~ 孩兒/Anak (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=mpSAfbJTGXE
  52. ^ NARO. (20 Mac 2019). 杉田二郎 - 息子 (ANAK) 1978 (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=Idp0f-VCijM
  53. ^ 정윤선,진미령 - Topic. (31 Disember 2016 / 1 Januari 2017). 아들 (ANAK) (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=t5gUlUXLNmA
  54. ^ 이용복 - Topic. (18 September 2018). 아들 (ANAK) (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=oyYkbc80GYc
  55. ^ Alan Tam - Topic. (10 Januari 2019). Hai Er (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=n-Bf96YJ6r4
  56. ^ EmperorTam. (18 May 2010). 你的影子 (Nide Yingzi - Anak) - Kenny Bee (鍾鎮濤) (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=M-04L3wzSPs
  57. ^ eosyeo. (2 April 2015). 蓝樱 Lan Yin - 你的影子 Anak (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=0d-AgD8b6xQ
  58. ^ 王志平. (5 November 2017). 愛著啊~江蕙/陳子鴻 (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=KFiRliTyP2A
  59. ^ Jody Chiang - Topic. (24 September 2019). Loving (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=TtNRLbBMgto
  60. ^ Miguel Bosé. (8 November 2014). Hermano Mio ' Anak ' (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=Fi_XoNqDGPU
  61. ^ besmuiscchannel. (14 Ogos 2013). Miguel Bosé - Child "Anak" 1981 (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=5FZK2ocCREg
  62. ^ besmuiscchannel. (14 Ogos 2013). Miguel Bosé - La dame de coeur "Anak" (Hermano mio) 1982 (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=LsVrmSj-wFE
  63. ^ Michael Holm - Topic. (23 Sep 2015). Kind (Anak) (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=AD4C6eEE7_c
  64. ^ vorname nachname. (20 November 2019). The Kelly Family Alle Kinder Brauchen Freunde (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=5C-D8jW4yn4
  65. ^ Kurti Elsasser - Topic. (18 Mei 2014). Alle Kinder brauchen Freunde (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=ueol--PHITk
  66. ^ Ed Cooper. (21 Ogos 2018). Vader Abraham - Mijn Dorpje Elst Bij Nijmegen (Anak) - 1980 (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=ktLeGCQADJ8
  67. ^ Jim Pownall - Topic. (23 Mei 2015). Anak (Dutch Version) (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=wp_3jZgQw9o
  68. ^ AVROTROS. (1 September 2018). Maria Fiselier - Anak | Beste Zangers 2018 (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=sbaxgHwK7Vk
  69. ^ Danny - Topic. (27 Julai 2015). Lapselle (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=_5MleLKpLpc
  70. ^ Danny - Topic. (27 Julai 2015). Child (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=p1o_POtgKWM
  71. ^ Carabao Official (12 September 2014). คาราบาว - ลุงขี้เมา (Official Music Video) (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=IHvzsDAZCzc
  72. ^ Cẩm Vân - Topic. (17 Februari 2019). Con yêu (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=rC4jBrIQPTg
  73. ^ MPUSchoolofMusic. (29 November 2016). Con Yêu | Cẩm Vân - Khắc Triệu - Doanh Nhân Hát ft. MPU Choir | Giấc mơ đêm mùa đông 2015 (OFFICIAL) (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=F5gKRqb67o8
  74. ^ Cảm Ơn Âm Nhạc. (19 November 2018). Diễm Liên - Con Yêu (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=ol6motGcBIA
  75. ^ Akash Sky. (8 Julai 2015). chole gecho tate ki by main singer akash sky (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=at9ONrWTnCo
  76. ^ Saif Zohan. (20 Ogos 2019). Chole Gechho Tate Ki | চলে গেছো তাতে কি (New Sad Version) ft. Saif Zohan | Bangla New Song 2020 (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=4nX9CF-oTEY
  77. ^ Blonker - Topic. (28 Julai 2018). Anak (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=AMkGusT8h70
  78. ^ CUSCO MUSIC CHANNEL. (26 November 2013). Music by CUSCO - Philippines (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=-qRALL9VErA
  79. ^ Craig Winstanley. (26 Februari 2015). Anak ~ The Botticelli Orchestra (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=JoU-RaSUl_k
  80. ^ RJ Jacinto. (1 Mac 2017). RJ Jacinto - Walk Don't Run / Diamond Head / Anak Medley (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=IWY-37zC76c
  81. ^ Peter Weekers - Topic. (18 Julai 2018). Anak (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=kgdwMndrOhM
  82. ^ The Smooth Orchestra - Topic. (11 Julai 2014). Anak (Sax Version) (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=Dw_596qP7yM
  83. ^ Manila Symphony Junior Orchestra. (13 Ogos 2019). "Anak" by Freddie Aguilar, Transcribed for Cello and Strings by Jeffrey Solares (Fail video). Dicapai dari https://youtube.com/watch?v=CFR90HLHNzo