Anak Rimau The Movie

Anak Rimau The Movie merupakan filem sukan bola sepak Malaysia 2022 arahan Areel Abu Bakar. Filem ini mengisahkan sekumpulan anak-anak muda dari pelbagai latar belakang yang ingin mengapai impian menjadi pemain bola sepak. Dibintangi oleh Beto Kusyairy, Idan Aedan, Ahmad Daniel Hakimi, Hanz Daniel Skelchy, Adam Corrie dan ramai lagi, filem ini dijangka akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 1 September 2022.

Anak Rimau The Movie
PengarahAreel Abu Bakar
Dihasilkan oleh
  • Fadzil Manap
  • Johan Abdullah
  • Yusri Yusof
Dibintangi
SinematografiAreel Abu Bakar
Syarikat
penerbitan
Keeklr Entertainment
Tarikh tayangan
  • 1 September 2022 (2022-09-01) (Malaysia)
Masa tayangan
143 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM5.5 juta

Sinopsis sunting

Anak Rimau The Movie memaparkan kisah sekumpulan anak muda berbakat tinggi dalam dunia bola sepak yang terdiri daripada pelbagai kaum ketika menyertai Akademi Bola Sepak Malaysia (Anak Rimau Academy). Mereka mengharungi pelbagai cabaran sebagai individu dan berpasukan ketika menghadapi fasa baru dalam dunia bola sepak. Pemain perlu menentang cabaran peribadi dan halangan pasukan, sebelum berfikir mengenai kemenangan. Keazaman dan ketabahan pemain diuji menerusi kerjasama, isu keluarga, halangan hidup dan perlumbaan untuk menjadi yang terbaik demi memenangi Piala Jemputan Bola Sepak Belia ASEAN. Selain itu, filem ini juga menekankan kebaikan akan sentiasa datang kepada mereka beriman dan berani berpegang kepada kebaikan dalam diri dan orang lain seperti slogan Anak Rimau The Movie, ‘bola itu bulat’.

Pelakon sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting