Anak altar

Anak altar (juga b. Mal: budak altar, b. Ind: putra altar/putri altar) atau misdinar (pinjaman Bahasa Belanda: misdienaar, "pembantu misa") adalah lelaki atau perempuan dalam kalangan awam yang dilantik sesebuah gereja untuk membantu paderi-paderi saat mengadakan upacara Perjamuan Suci.

Anak-anak altar dengan barang liturgi penting gereja.

Penerangan umumSunting

PerananSunting

Tugas misdinar antara lain membantu paderi-paderi dalam melakukan perbuatan utama dalam mis, menghantar barangan perjamuan termasuk menuangkan air dan wain serta membawa air cuci tangan para paderi, dan menjadi jurupanduan para jemaah gereja. Keterlibatan mereka ini juga dilihat bertujuan untuk memperkuat iman pribadi dalam kegiatan-kegiatan pengembangan pribadi seperti latihan dasar kepemimpinan), Retret, Out Bond, dan tidak lupa Wisata Rohani.

Pada awal mulanya peranan anak altar merupakan cara yang lazim dalam melibakan diri dalam kegiatan gereja yang membolehkan diri mendapat pentauliahan kepaderian. Orang yang umumnya dipilih untuk peranan ini dalam kalangan lelaki, namun perempuan juga boleh diterima menjawat kini. Mereka yang sudah memegang jawatan ini boleh meneruskan kerja ketika usia lanjut sebagai pelatih atau pembimbing anak-anak altar yang baru masuk setiap penggal baharu (berbeza mengikut mazhab dan gereja tersendiri).

Kelengkapan (vestments)Sunting

Suatu pakaian khusus dipakai para anak altar ini tanpa mengira pangkat yang dipegang sesama mereka mahupun jantina diberi nama cingulum.

KelayakanSunting

Terdapat syarat tertentu yang ditetapkan untuk seseorang awam tidak mengira jantina menjadi misdinar:

  • Beragama Katolik
  • Di bawah usia 21 tahun - setidak-tidaknya sudah menerima Komuni Pertama sebelum ini
  • Bujang
  • Ingin menyertai dengan sukarela tanpa sebarang paksaan
  • Rajin dan setia dalam bertugas
  • Mengetahui secara umum prosedur dan barangan yang digunakan dalam upacara perjamuan - butiran

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Acolyte" (dalam bahasa Inggeris). Episcopal Church. 22 May 2012. Dicapai pada 28 October 2017.
  2. ^ "Acolytes and deacons". augustanadc.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 October 2017. Dicapai pada 28 October 2017.