Anak-ku Sazali
Anak-ku Sazali mula ditayangkan di pawagam pada 27 Oktober 1956. Filem lakonan P. Ramlee ini menyaksikannya memainkan dua watak yang berbeza iaitu sebagai bapa dan anak. P. Ramlee memainkan watak Hassan yang dewasa dan Sazali, anaknya yang sudah dewasa.
Anak-ku Sazali | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Phani Majmudar |
Penulis | Phani Majmudar |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Brothers Ltd |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Singapura, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Bahasa | Melayu |
Pengarah Sunting
Filem ini diarahkan oleh Phani Majmudar. Pembantu pengarah untuk filem ini ialah P. Ramlee.
Sinopsis Sunting
Hassan (P. Ramlee) ialah seorang anak yatim piatu yang bekerja dengan seorang yang kaya. Orang kaya (Malek Sutan Muda) tersebut mempunyai dua orang anak, Mansor dan Mahani. Hassan telah diusir keluar dari rumah orang kaya tersebut kerana membawa Mansor dan Mahani pergi menyaksikan persembahan keroncong. Hassan begitu meminati alunan muzik sehingga dia sanggup membelanjakan wangnya untuk membeli sebuah biola dan kemudian pergi belajar dengan seorang guru biola. Persahabatan Hassan, Mansor dan Mahani begitu erat. Apabila dewasa, Mansor (Nordin Ahmad) dihantar belajar ke Singapura sementara Mahani (Zaiton) pula hendak dikahwinkan dengan pilihan ayahnya. Hassan yang mempunyai perasaan kasih terhadap Mahani, tidak dapat menerima kenyataan itu lalu melarikan diri ke Singapura. Mahani yang juga terlalu mengasihi Hassan mengikutnya ke Singapura dan berjumpa Mansor. Mahani dan Hassan berkahwin dengan persetujuan Mansor yang sememangnya sedar tentang perhubungan adiknya dengan sahabatnya itu. Mansor juga turut berkahwin dengan seorang gadis bernama Rubiah (Rosnani Jamil). Selepas itu, Hassan meneruskan minatnya kepada muzik dan berjaya menjadi seorang ahli muzik terkenal. Hassan begitu gembira apabila Mahani mengandungkan anak sulung mereka.
Malangnya Mahani meninggal dunia ketika melahirkan anak lelaki yang kemudiannya dinamakan Sazali. Kasih sayang dan kepercayaan Hassan terhadap Sazali begitu tinggi sehingga menyebabkan Sazali membesar menjadi seorang yang kurang ajar dan membuat pelbagai kejahatan. Sazali juga telah menodai Rokiah (Hashimah Yon) yang merupakan anak kepada Mansor dan Rubiah. Rokiah terlalu kecewa sehingga mengambil keputusan membunuh diri kerana dirinya sudah berbadan dua. Sazali (P. Ramlee) mempunyai pengikut yang ramai dan menjadi seorang ketua gengster yang paling dikehendaki di Singapura. Pada suatu hari, pihak polis berjaya mengesan rompakan yang sedang dilakukan oleh kumpulan Sazali, selepas kumpulan gangster Big Boss (Shariff Dol) memberi kerjasama dengan pihak polis tetapi Sazali dapat melepaskan diri walaupun cedera akibat ditembak polis. Dia tetap kembali ke rumah ayahnya untuk mendapatkan perlindungan. Hassan terpaksa membuat keputusan yang begitu berat bagi menebus kesilapannya di masa lalu dan terus menelefon pihak polis. Sazali akhirnya berjaya diberkas oleh pihak polis ketika sedang lena tidur di dalam biliknya.
Pelakon Sunting
- P. Ramlee sebagai Hassan dan Sazali
- Zaiton sebagai Mahani
- Rosnani Jamil sebagai Rubiah
- Nordin Ahmad sebagai Mansor
- Hashimah Yon sebagai Rokiah
- Daeng Idris sebagai Cikgu Sulong (pengetua)
- Habsah Buang sebagai Mak Mansur & Mahani
- Malek Sutan Muda sebagai bapa Mansur & Mahani
- Ibrahim Pendek sebagai geng Sazali
- S. Kadarisman sebagai pelakon bangsawan
- Siti Tanjung Perak sebagai pelakon bangsawan
- Udo Omar sebagai pemilik bangsawan
- Kemat Hassan sebagai Cikgu Rahman
- Nyong Ismail sebagai Encik Sulaiman (guru biola)
- Mustarjo sebagai Aziz (pemilik perahu)
- Mak Dara sebagai Mak Timah
- Omar Suwita sebagai Ahli Geng Sazali
- Shariff Dol sebagai gangster Big Boss
- Tony Castello sebagai Sazali - kanak-kanak[1]
- Habibah Haron sebagai Rokiah - kanak-kanak
- Jins Shamsuddin sebagai penumpang kereta api (pelakon tambahan)
- H. M. Rohaizad
- H. M. Busra (pelakon tambahan)
Anugerah dan pencalonan Sunting
- Festival Filem Asia Pasifik ke-4, 1957 (Tokyo)
- Pelakon Lelaki Terbaik - P. Ramlee
- Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Tony Castello.
Rujukan Sunting
- ^ [http://www.hmetro.com.my/articles/AnakkuSazalimeninggaldunia/Article Anakku Sazali meninggal dunia Oleh Nor Akmar Samudin.]