Anas ibn Malik al-Ansari

Anas bin Maalik ibn Nadar al-Khazraji Al-Ansari (Arab: أنس بن مالك الخزرجي الأنصاري, c.612-712, atau meninggal dunia 709[1]) adalah seorang sahabat Nabi S.A.W yang dikenali.

Anas ibn Malik

Beliau adalah seorang Ansar dari kalangan Bani Khazraj. Beliau tidak boleh dikelirukan dengan Malik ibn Anas. Anas ibn Malik, adalah sahabat terakhir yang meninggal dunia dan meninggal beliau adalah di al-Basrah pada 93 Hijrah berusia 103 tahun.[2]

Biografi sunting

Anas ibn Malik dilahirkan 10 tahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad   kepada suku Bani Khazraj dari Yathrib. Beliau hadir di Madinah semasa baginda Nabi Muhammad   berada di sana dan selepas kewafatan baginda. Beliau merupakan sahabat Nabi yang paling lama hidup, meninggal dunia 93 tahun selepas Hijrah (kira-kira 711 Masihi).[3]

Era Muhammad sunting

Beliau dilahirkan oleh Umm Sulaim (daripada Banu Najjar) dan Malik ibn Nadr. Selepas bapa Anas meninggal dunia sebagai bukan Islam, ibunya berkahwin semula dengan seorang mualaf (Abu Talha ibn Thabit), dan beliau mendapat abang tiri, Abdullah ibn Abu Talha.[4]

Beliau telah dipersembahkan kepada Muhammad   sebagai pembantu oleh ibunya pada usia yang muda. [1]

Selepas Muhammad sunting

Selepas kewafatan Nabi Muhammad   pada 632, beliau mengambil bahagian dalam perang penaklukan,[1] dan pergi ke Syam dan kemudian menetap di Basra.

Beliau adalah salah seorang sahabat Muhammad   yang hidup paling lama.

Legasi sunting

Pada 25 Februari 2006, makam beliau di barat Basrah telah diserang dan dirosakkan.

Pandangan Sunni sunting

Beliau adalah salah seorang perawi utama hadith, dan seperti semua Sahabat, riwayat beliau dianggap boleh dipercayai.

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ a b c Finding the Truth in Judging the Companinons, 1. 84-5; EI2, 1. 482 A. J. WensinckJ. Robson
  2. ^ T. P. Hughes, 1885/1999, Dictionary of Islam, New Delhi: Rupa & Co.
  3. ^ "سير أعلام النبلاء » ومن صغار الصحابة » أنس بن مالك". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-15. Dicapai pada 15 October 2013.
  4. ^ Biography of Rumaysa bint Milhan - Mother of Anas bin Malik at Compendium of Muslim Texts

Pautan luar sunting