Andai Itu Takdirnya
Andai Itu Takdirnya [1] ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Jamal Khan, dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Hannah Delisha. [2] Siri ini akan bersiaran di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 6 Mac 2023 menggantikan Akira Khan. [3]
Andai Itu Takdirnya | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Adaptasi novel Andai Itu Takdirnya 1 & 2 karya Siti Rosmizah Semail. |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Jamal Khan |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Andai Itu Takdirnya" - Vanessa Reynauld |
Lagu penutup | "Takdir Cinta Kita" - Asfan Shah & Erin CTJ |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 60 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Syarikat penerbitan | SR One Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 6 Mac 2023 – Kini |
Kronologi | |
Mengikuti | Akira Khan |
SinopsisSunting
Aleya yang berasal dari keluarga yang sederhana meminati salah seorang rakan kolejnya iaitu Syed Adam Aizril. Syed Aizril dikenali dalam kalangan wanita kerana ketampanannya dan penampilan yang menarik. Sebagai anak kepada seorang tokoh korporat, dia sudah biasa dengan gaya hidup kaya dan berbangga dengan kekayaan keluarganya. Dia mempunyai standard yang tinggi dan sentiasa memandang rendah terhadap orang lain. Tanpa disangka, berlaku satu kejadian yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya.
Aleya memulakan kehidupan baharunya sebagai seorang isteri tetapi malangnya Syed Aizril menyeksa hidupnya. Tidak lama selepas itu, Syed Aizril ditimpa kemalangan. Ia mengubah hidupnya dan dia menyesali semua kesalahannya terhadap Aleya. Demi cinta dan anak-anak, Aleya menerima juga Syed Aizril dalam hidupnya. Aleya dan Syed Aizril hidup bahagia bersama anak-anak selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam perkahwinan mereka.
Perkahwinan Syed Aizril dan Aleya tercabar sekali lagi apabila Syed Aizril jatuh cinta pada Sharifah Azreen yang muncul secara tiba-tiba dalam hidupnya. Janjinya terhadap Aleya mudah dilupakan. Pada ketika ini, perasaan Aleya terhadap Syed Aizril sudah hilang sepenuhnya. Hidupnya kini hancur kerana egonya. Patutkah Aleya beri peluang sekali lagi kepada Syed Aizril?
PelakonSunting
Pelakon utamaSunting
- Shukri Yahaya sebagai Syed Aizril
- Hannah Delisha sebagai Aleya
- Dayang Areeda sebagai Sharifah Emilin
- Puteri Sarah Liyana sebagai Umairah
- Idzham Ismail sebagai Ikram
Pelakon pembantu utamaSunting
- Fahrin Ahmad sebagai Lukman Hakim
- Aida Khalida sebagai Puan Sri Sharifah Aishah
- Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Syed Abbas
- Esma Daniel sebagai Syed Rahim
- Laila Nasir sebagai Sharifah Rosnah
- Razman Mahayuddin sebagai Faizal
- Atikah Suhaime sebagai Sharifah Azreen
- Safura Ya'cob sebagai Puan Ramlah
- Kamal Bakar sebagai Encik Idris
- Hariz Hamdan sebagai Azhar
Pelakon pembantuSunting
- Ku Faridah sebagai Mak Mah
- Manan Sulaiman sebagai Dato Razif
- Norlie Tamam sebagai Datin Aida
- Hadif Afiq sebagai Aiman
- Aidil Qayyum sebagai Aizat
- Haziq Nazimuddin sebagai Rudy
- Jeremy Bong sebagai Kelvin
- Airil Hafiz sebagai Danial
- Erry Putra sebagai Pak Su Idham
- Lan Siro sebagai Fariz
- Azrul Zaidi sebagai Mahfuz
Pelakon Kanak-kanakSunting
- Nur Dhia Irdina sebagai Dania Arisya
- Rayyan Mikail sebagai Dany
- Aiman Badrul sebagai Darwin
- Nia Aleena Yap sebagai Dania
- Tia Amanda sebagai Baby Dania
- Hailey Helena Mohd Hanif sebagai Baby Dania
- Nur Inara Mikayla sebagai Baby Dania
- Muhammad Hanif Abdul Qamarul Azim sebagai Baby Dany
- Faleeq Faisal sebagai Baby Dany
- Armel Uraisha sebagai Baby Darwin
Pelakon TambahanSunting
- Aireen Johan sebagai Suzy
- Julieana Anna sebagai Nana
- Dwi Yasmine Ahmad sebagai Dila
- Habeeb Rasely sebagai Abdul Aziz
- Syazwan Abd Rahim sebagai Razi
- Draman Mohamad sebagai Dato Alias
- Amanda Tan sebagai Tina
- Izzulfaiq Zuhairi sebagai Rizal
- Ray Gan sebagai Eric
- Lim Hui Hong (Ah Hong) sebagai Mr. Wong
- Lela Kadir sebagai Kak Yam
- Haliza Othman sebagai Kak Yan
- Eina Roslinawati sebagai Kak Marni
- Wiwin Andris sebagai Doktor Iman
- Juriati sebagai Doktor Rubiah
- Eyda Rahman sebagai Nurse Nini
- Zuhairah Zainodin sebagai Nurse
Runut BunyiSunting
- "Andai Itu Takdirnya" - Vanessa Reynauld
- "Takdir Cinta Kita" - Asfan Shah & Erin CTJ
RujukanSunting
- ^ "Andai Itu Takdirnya". Kepala Bergetar. Dicapai pada 11 March 2023.
- ^ Drama Andai Itu Takdirnya. Myinfotaip. Dicapai 21 Februari 2023
- ^ Amri Hassan (8 Mac 2023). "Naskhah ditunggu 15 tahun, novel Andai Itu Takdirnya didramakan. Peminat teruja sampai trending". Astro Gempak. Dicapai pada 10 Mac 2023.