Andai Kutahu

Andai Kutahu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 arahan Heykal Hanifah, dibintangi oleh Ezany Nizariff, Faezah Elai dan Natasha Hudson. Siri ini memulakan tayangan perdana di slot Ratu TV9 dari 19 Jun 2012 hingga 6 Ogos 2012 menggantikan Lara Hati.

Andai Kutahu
GenreDrama, konflik, keluarga
Ditulis olehMaizura Mohd Ederis
PengarahHeykal Hanifah
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifTini Arshad
Penerbit
Penyunting
  • Harlina Abd. Ghani
  • Tashrif Tajudin
  • Amir Hazim Nawira
SinematografiJufri Ayob
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Radius One
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar
Siaran asal19 Jun 2012 – 6 Ogos 2012

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[1]

SinopsisSunting

Semuanya bermula apabila pasangan suami isteri, Johan (Ezany Nizariff) dan Shariza (Faezah Elai) telah merancang untuk bercuti dan ketika dalam perjalanan ke destinasi percutian, mereka telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya. Kereta yang dipandu Johan telah terhumban ke dalam gaung dan apa yang lebih mengejutkan adalah Shariza telah hilang sejurus selepas kemalangan tersebut!

Kehilangan Shariza telah meninggalkan trauma yang tidak terperi terhadap Johan. Walaupun selepas bertahun-tahun tragedi itu berlaku, sehingga kini Johan tetap tidak berputus asa untuk mencari isteri yang dicintainya itu. Hari berganti hari namun Shariza masih belum ditemui.

Setelah sekian lama bersendirian dan di atas pujukan keluarga, akhirnya Johan bersetuju untuk berkahwin dengan Adura (Natasha Hudson) demi masa depan anaknya, Ezad, yang amat memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang ibu.

Situasi menjadi kian menghairankan apabila Adura hampir terlanggar Shima ketika hendak menghantar Ezad ke tadika. Shima yang wajahnya benar-benar seiras dengan Shariza itu menjadi semakin rapat dengan Adura semenjak dari hari tersebut. Apabila Johan bertemu dengan Shima, ia memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya. Bagi Johan, yang berdiri di hadapannya adalah Shariza! Shima yang kelihatan pelik dengan Johan menafikan sekerasnya anggapan Johan itu.

Johan tidak senang duduk sejak bertemu dengan Shima. Seperti mana dia tidak berputus asa untuk mencari Shariza satu masa dahulu, kini dia akan meneruskan pencariannya itu. Adakah benar Shima adalah Shariza atau adakah mereka hanya pelanduk dua serupa? Adakah kemunculan Shima hanyalah imaginasi Johan yang tertekan akibat tragedi yang berlaku bertahun-tahun yang lepas?

PelakonSunting

RujukanSunting

  1. ^ Andai Kutahu (2012): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 3 Disember 2018.